Monday, May 3, 2010

PERJUANG ISLAM DAN KESIHATAN

Semalam sehari suntuk teman menghadiri  Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi kali yang 27.Teman amat letih kebetulan teman mempergerusikan muktamar tersebut dari jam 11.00 pagi sehingga jam 7.45 malam dan sebelum itu diadakan majlis perasmian sempena muktamar tersebut.
 Teman terasa teruja dalam muktamar kali ini kerana berlangsung dalam suasana agak panas walaupun diperingkat awalnya agak mandom dengan perbahasan, tetapi sikap teman yang suka mengusik dan memanaskan perwakilan akhirnya perbahasan menjadi berani dan panas. Mengembirakan teman lagi terdapat muka – muka baru dan pelapis yang bangun berucap malah berani juga mengusik emosi teman sebagai pengerusi tetap.Alhamdulillah dengan tenang teman menanganinya.Ini berkat kerana hampir 15 tahun teman diamanahkan jawatan tersebut yang powernya setahun sekali tu.

Teman speaker sah bukannya seperti speaker haram DUN Perak tu.Tanggungjawab teman besar dan berat bagi memastikan perjalanan muktamar berjalan dengan baik dan harmoni.Diwaktu yang sama teman terpaksa mengawal muktamar berdasar perlembagaan parti,etika dan peraturan muktamar,mengawal emosi persidangan dan memanaskan muktamar sekiranya dingin dan sebagainya.ada juga perwakilan yang kurang jelas dan faham hanya salah pengerusi tetap dan pimpinannya.Sambil selamba teman mengusik perwakilan iaitu `Pengerusi Tetap bercakap bahasa tua, perwakilan bercakap bahasa muda.Bahasa tua penuh tenang dan nasihat,bahasa muda penuh emosi dan darah perwira `.Akhirnya mereka tenang dan faham. 

Kali ini dalam teman berseloka kepada sidang perwakilan kerana terdapat 4 – 5 exconya berpenyakit seperti ghout termasuk diri teman yang sering sakit – sakit badan.Maksud teman angin le tu.

Akhirnya isu ghout dan penyakit – penyakit menjadi perbahasan yang menarik kerana ada 2-3 perwakilan menyeru pimpinan dan ahli – ahli mementingkan penjagaan kesihatan yang berjadual.

Ada juga perwakilan bangkitkan kepada penganjur program supaya jangan hidangkan pimpinan dengan makanan yang banyak dan enak dan cukup sekadar lapik perut ataupun dalam bahasa sinis Peraknya ` boleh tarik ghebor cukup `.Teman setuju sesangat kalau boleh ulam – ulam diutamakan dan kalau mewah pun sekadar gulai tempoyak ikan sungei.,gulai kemahang, gulai keladi dah tentu `Melelih ayor lior yeop`.

Itu belum lagi kita usik isu merokok yang kebiasaannya memang panas untuk mempertahan kan keperokokannya.Cuma teman nak ingatkan dalam isu Apko Yahudi ini pihak yang merokok fikir – fikirlah sendiri.

Kepada pihak yang dapati perutnya semakin naik,maka perbanyakkan senaman ringan dan kalau sebaiknya senaman berat diamalkan.Bayangkan  dirumah  kalau bersama orang rumah nanti berlaga perut le jawabnya.Dimana seronok dan klimaknya.

Tiba – tiba dalam perjalanan balik ke Kuale,teman diberitahu oleh seorang sahabat bahawa Ustaz Mustafa Shaari yang juga pimpinan teman hampir jatuh dalam kuliah yang dihadirinya kerana mungkin terlalu letih.Beliau ini sebenarnya lebih muda sikit umurnya dari teman.

Justeru kali ini teman nak  kongsi dengan tokoh – tokoh Ikhwanul Muslimin mendidik ahli – ahlinya wajib menjaga kepentingan kesihatan diri bagi memungkin kecergasan diri tidak menghalang dalam kerja – kerja dakwah disemua peringkat.

Dalam hidup ini, kita memahami bahawa untuk mencapai sesuatu perkara yang besar perlu kepada persediaan. Begitu juga untuk melaksanakan tuntutan dakwah. Tugas yang besar dan agung ini terletak di atas bahu para daie yang bersedia melaksanakannya serta memahami tuntutan-tuntutannya. Sebagaimana kata-kata yang biasa didengari oleh seorang daie ‘Aslih nafsak wad’u ghoirak’ ( Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain).

Marhalah ini dikira sebagai marhalah yang paling penting yang akan dilalui oleh para daie. Ia merupakan asas yang akan terbina di atasnya marhalah-marhalah berikutnya. Umpama tiang konkrit yang menguatkan komposisi sesuatu bangunan, begitulah pentingnya individu muslim dalam pembentukan sebuah masyarakat Islam.

Di antaranya seorang muslim itu akan bertarung dengan nafsunya, yang mana akan sentiasa hidup bersamanya pertembungan yang berterusan sehingga akhirnya ia mampu memandu serta menghalanya ke arah matlamat dan tuntutan Manhaj Islam.

Inilah juga yang dinamakan tarbiah kendiri. Berkata Iman Hasan Al-Banna ketika melalui marhalah ini ‘wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’.

Antara perkara yang perlu ada pada diri seseorang daie ialah :

  1. Memiliki Fizikal yang kuat (?? ???? ??? ????? )

Setiap Muslim wajib mengetahui bahawa untuk melaksanakan tugas amal Islami, tanggungjawab serta bebanan yang ada padanya tidak akan terlaksana melainkan dengan memiliki badan yang sihat dan kuat. Kita memahami bahawa tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibuat sambil lewa tanpa perlu kepada kesungguhan dan perancangan yang teliti.

Bangunan yang tampak megah berdiri akhirnya akan tumbang jika hakikatnya tidak ada tiang-tiang  konkrit yang kuat dan kukuh. Begitulah diibaratkan seorang daie yang lemah dan sering sakit akan mudah putus asa dan bermalas-malasan dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, Allah S.W.T mengurniakan badan yang sempurna dengan segala pancaindera adalah supaya kita bersyukur dan menjaganya dengan baik demi melaksanakan amal ibadah kepada-Nya.

Rasulullah S.A.W juga pernah menegaskan perihal pentingnya penjagaan badan serta menjaganya dari terkena penyakit, supaya anggota ini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang di tuntut oleh Islam dengan sebaik-baiknya.Berkaitan dengan ini sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang ( dhoif ) lemah” Juga maksud sabda baginda s.a.w. lagi : “Sesungguhnya bagi jasad kamu ada hak ke atas kamu (penjagaan)”.

Bahkan jika kita mengkaji sirah kita akan mendapati bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat memiliki kekuatan fizikal yang tidak boleh dipertikaikan lagi.Mereka berjuang di medan perang umpama singa yang lapar. Kita meyakini disamping bantuan Allah yang dijanjikan kepada mereka, semuanya ini tentu sekali memerlukan persediaan yang rapi dan mantap juga strategi yang tersusun.

Nabi S.A.W dan para sahabat memahami bahawa kemenangan bukan sahaja akan tercapai dengan keimanan yang teguh, tetapi juga dengan usaha dan persediaan yang penuh kesungguhan. Benarlah firman Allah s.w.t. “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya” ( ar-Ra’d : 11).

Aspek fizikal dan kekuatan adalah penting bagi seorang muslim terutama untuk menghadapi musuh atau menghadapi situasi- situasi yang sukar dan mencabar. Dalam sebuah hadith Nabi S.A.W pernah bersabda, “Ajarilah anak-anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim yang memahami betapa syumulnya Islam, amat perlu bagi kita mementingkan latihan-latihan fizikal seperti olahraga, semua permainan yang menguatkan tubuh, berjoging, berenang, memanah dan sebagainya.

Semuanya ini merupakan wasilah untuk kita menyihatkan tubuh badan dan mengeluarkan peluh selain dari aktiviti-aktiviti lain yang seumpamanya.

Sirah juga pernah mencatatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bergusti dengan seorang pegusti yang handal ketika itu, dan baginda S.A.W berjaya mengalahkannya! Padahal Rasulullah S.A.W lebih tua dan berumur. Bayangkan, baginda S.A.W mula berjihad ketika berumur 50-an. Jika zaman ini, dengan umur yang sama, tentu ramai yang sudah bergelar datuk dan mempunyai cucu, tidak mampu berjalan jauh apatah lagi bersukan. Agak menyedihkan apabila ada yang menganggap bahawa sukan sudah tidak penting lagi bila mencapai usia dewasa.

Lebih menyedihkan ada segolongan mahasiswa yang berpendirian begitu. Mereka memberi alasan sibuk dengan pengajian, tidak cukup masa dan sebagainya. Ini adalah satu kefahaman yang silap.

Dalam hal ini As-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga telah memberi beberapa panduan dan nasihat untuk individu muslim supaya mengambil berat tentang fizikalnya, katanya :

‘Wajib ke atas individu muslim membuat pemeriksaan doktor, dan berikhtiar mengubati penyakit sekiranya ada penyakit.Hendaklah menitik berat atas sebab-sebab yang boleh memberi kekuatan pada fizikal dan juga penjagaan kesihatan. Beriltizam dengan riadah sekalipun hanya dengan berjalan kaki, dan juga hindari daripada mengambil terlalu lebih manisan dan selainnya yang boleh memberi mudharat pada kesihatan’.

Kesimpulannya, amat penting kita ,menjaga :

1)       Kesihatan badan dan hindari daripada penyakit. Kesihatan badan mempunyai pengaruh terhadap jiwa dan akal. Orang-orang dahulu berkata : Akal yang sihat berada dalam tubuh yang sihat. Tubuh yang sakit tidak mampu melaksanakan tugas-tugasnya. Oleh itu perlu diberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebersihan, pemeliharaan kesihatan dan perubatan, begitu juga kita perlu menjauhi kebiasaan yang merugikan seperti berjaga sehingga jauh malam, merokok dan sebagainya. Selain itu kurangkan minuman berkafein seperti kopi dan teh serta hentikan merokok sama sekali.

2)       Kekuatan jasmani dan keterampilannya. Hal ini kerana, penjagaan tubuh badan tidaklah mencukupi jika sekadar terhindar dari penyakit saja, bahkan harus kuat,bertenaga, berketrampilan serta mampu bergerak dengan cepat dan mudah. Buatlah jadual harian atau mingguan untuk riadah sama ada secara individu atau berkumpulan.

3)       Stamina dan ketahanan tubuh. Kesihatan dan kekuatan tubuh tidaklah memadai, selama ia tidak terbiasa, menahan derita mengatasi kesulitan serta sedia menghadapi bermacam-macam situasi seperti panas dan dingin, daerah lembah dan tanah berbukit-bukit, keuntungan dan kerugian. Oleh sebab itu orang mengatakan “Biasakanlah hidup susah kerana nikmat itu tidak kekal.”

4)       Pemakanan yang seimbang dan amalkan memakan makanan yang memang diakui boleh mengubati penyakit seperti madu, habbatus sauda’ dan lain-lain.

ditulis oleh : Ibnu Hisham

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More