Friday, May 21, 2010

DENDAM DIDAHULUKAN, KEBENCIAN DIUTAMAKAN

 Setiap tahun tanggal 16 Mei 2010 negara kita menyambut Hari Guru,  masih tidak lewat teman mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru semoga pengorbanan kalian diberkati dan di nilai sebagai amalan saleh.
Teman juga mengucapkan tahniah di atas pengumuman yang dibuat oleh kementeriaan tersebut di atas durian runtuh untuk guru cemerlang.
Ganjaran RM 900.00 hingga RM 7,500 akan di berikan sebagai insentif kepada pengetua, guru besar dan guru bagi sekolah yang berjaya melonjakkan prestasinya.
Sebelum ini kita ada terdengar arahan bahawa guru dilarang berbincang mengenai politik di sekolah walaupun di kantin (berdasarkan laporan Malaysiakini 20 September 2008).
Alasan yang dikemukakan oleh beliau ialah perbincangan ini akan membebankan tugas guru yang sedia ada. Amat dangkal hujah dan hujah yang bodoh sombong dan ego dengan jawatan dan kuasa.
Terbaru ini kita mendapat maklumat daripada sumber yang betul menyebut terdapat rungutan daripada warga guru tentang campurtangan politik yang dilakukan oleh  seorang  exco perempuan  Negeri Perak yang namanya tidak layak di sebut di sini kerana kerajaan kepimpinan partinya hasil lompatan 3 ADUN yang tidak bermoral dan memalukan. Itulah talian hayat mereka.
Exco ini di katakan  bekerja kuat  memantau penglibatan guru – guru dalam politik kepartian, malahan beliau di katakan sanggup menyimpan maklumat terperinci dari pihak sekolah.
Bukan itu sahaja tugasan barunya sebagai exco ini  ialah memantau blog – blog yang menyokong kepartian untuk di ambil tindakan. Beliau juga di katakan mempergaruhi pihak sekolah supaya mengarahkan guru – guru berkenaan mengemukakan surat tunjuk sebab dan ada kes di katakan setiap salinan surat dit tujukan kepadanya. Persoalannya kenapa salinan surat di tujukan kepadanya ?.
Jika benar bagai dikatakan oleh guru – guru yang berkenaan itu, adalah suatu tanda yang amat malang bagi rakyat Negeri Perak kerana mutakhir ini isu akhlak, moral dan intergriti kepimpinan negara menjadi bualan rakyat umum.
Apakah kepentingan beliau di sini ? Beliau hanya di amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan, dan Hal – Ehwal Wanita.
Persoalannya kenapa beliau begitu sibuk dalam perkara ini ataupun beliau mendapat portfolio yang baru bagi memudahkan beliau mendapat tempat dalam karier masa depan politiknya.
Tindakan  ini lebih merupakan satu usaha untuk mengeluarkan golongan guru daripada arus perdana negara.Kita akur dengan perintah am yang melarang penglibatan kakitangan awam dalam aktiviti politik. Di manakah letaknya peruntukan perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara? Jika berasas larangan ini, adakah guru sahaja yang dilarang, bagaimana dengan penjawat awam lain.
Dalam saat negara berusaha menerusi Kementerian Pelajaran untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama, golongan guru pula diarahkan menjadi golongan berminda kelas yang tidak diketahui.
Golongan guru sedar di mana kedudukan mereka kerana guru merupakan golongan yang peka dengan situasi semasa. Bersesuaian dengan taraf mereka sebagai golongan pendidik. Pengetahuan mereka tidak terhad di dalam buku teks.Buah fikiran guru – guru bernas dan pemikiran mereka menerusi perbincangan juga adalah bernas.
Adakah perbincangan sesama rakan sejawat menjadi satu kesalahan?
Jika menjadi kesalahan, elok kiranya diharamkan terus kemasukan akhbar-akhbar dan media perdana lain di kawasan sekolah dan kenapa pula pihak Umno dengan sewenang – wenang menggunakan dewan – dewan sekolah untuk kepentingan parti mereka.
Jangan bimbang, golongan guru merupakan golongan yang matang untuk menilai situasi. Memadailah golongan guru akur dengan perintah am, tidak perlu lagi perintah tambahan.
Adakah dengan menafikan hak guru untuk bercakap mengenai politik, taraf pendidikan akan meningkat? Atau penafian ini akan melahirkan guru-guru yang dicucuk hidung dan mandul pemikirannya?
Lebih baik bagi exco  ini berfikir bagaimana untuk meningkatkan sahsiah pelajar yang hari ini semakin merosot dan akhlak mereka semakin menjunam , malah anak luar nikah di kalangan mereka seolah - olah menjadi trend yang menakutkan.. Ini salah siapa ?.
Mengambil anak - anak luar nikah yang dijumpai merata - rata tempat sebagai anak angkat bukan jalan penyelesaian.
Bukan salah guru kerana kuasa politiklah yang menentukan halatuju negara.Sudahlah jangan buat kerja yang mendatangkan kebencian manusia. Kamu tumpukan bagaimana membangunkan industri dan usahawan melayu yang perlu diutamakan.
Berlaku adillah kita sesama manusia. Janganlah kerana dendam dan kebencian membuatkan kita tidak berlaku adil. Di sana ada pembalasannya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More