Ronaldo pemain pujaan dunia MELOMPAT tinggi untuk menanduk bola yang sukar itu untuk menjaringkan gol emas bagi pasukan 1 Portugal itu di saat berakhirnya masa tambahan.Kata pengulas sukan Hasbullah Awang yang ulasannya banyak pro 1 Malaysia.
Kebanyakan rata – rata penduduk 2 buah kampong orang asli kecewa MB Perak tidak turun merasmikan program ` Dekat Di Mata, Lekat Di Hati ` dan hanya mewakili 2 orang pegawai khasnya sahaja datang untuk merasmikan program tersebut di Kampung Tangkai Cermin dan Kampung Cenderong Kelubi dekat Tanjung Tualang. MB Perak itu lupa bahawa rakyat disitu MELOMPAT kegembiraan apabila dapat tahu beliau akan hadir buat sekian kalinya dalam sejarah kepimpinanya.
Tahniah MB Perak.
Datuk Lee Chong Wai gagal MELOMPAT tinggi untuk membuat ` smashing ` yang tajam kea rah musuh tradisinya iaitu Li Dan dalam perlawanan separuh akhir antara 1 Malaysia dengan China.Di fahamkan ramai pemain negara masih trauma dengan pelukan manja isteri PM yang betul – betul melekat di dadanya yang montok laksana Dolly Parton tu selepas perlawanan antara 1 Malaysia dengan Jepun dalam kumpulan yang sama. Apa – apa pun tahniah pemain badminton negara.
Tahniah Datuk Lee Chong Wai.
Setiap kali berpilihanraya supporter Be – end termasuk puterinya yang bukan puteri sebenarnya. MELOMPAT kegembiraan sambil menyorak dan mengayakan punggungnya kea rah parti lawan. Sungguh kurang asam aksi itu.
Tahniah Puteri.
Semua kepimpinan MCA Bahagian seluruh Negeri Perak MELOMPAT sakan apabila dikatakan akan mendapatkan habuan RM50 ribu kepada bahagian – bahagian mereka.Merujuk katanya Zambry MB Perak di dalam sebuah akhbar.
Tahniah MCA
Ezam anak Mohd Nor juara kumpul kotak dunia MELOMPAT sambil ` guling pering ` apabila di lantik sebagai Senator. Usahanya berbaloi.
Tahniah Ezam.
Ahli Parlimen Wangsa Maju yang namanya tidak layak di sebut di sini MELOMPAT keluar sebagai anggota PKR semalam.Kini menambahkan lagi koleksi bahan – bahan terbuang di galeri usang lipatan politik negara.
Tahniah MP Wangsa Maju.
LOMPAT LAGI.
Teman semakin gundah gulana.Politik negara tidak menentu.Teman sedar sebagai seorang yang berjiwa besar mesti tabah mendepani krisis kerana setiap krisis mematangkan perjuangan.
Teman semakin gundah gulana.Politik negara tidak menentu.Teman sedar sebagai seorang yang berjiwa besar mesti tabah mendepani krisis kerana setiap krisis mematangkan perjuangan.
Pilihanraya Umum Ke 13 semakin dekat.Teman nak komen di sini samada parti teman atau parti kawan teman jangan kita melompat – melompat atau ` me`reyang ` nak beranding semata – mata nak lihat kekuatan diri masing – masing.
Pilihlah tokoh – tokoh yang berkelayakan dan sebaik – baik memang jiwanya seorang ahli politik yang tulin untuk di angkat sebagai calon.Sekurang – kurangnya telah bersama dalam organisasi politik dan BUKANYA BIDAN TERJUN.
Janganlah kerana kita mendapat persetujuaan tempat bertanding dan dasarnya kita tangkap muat sahaja. Banyak cerita yang kita dengar dan nama pun cerita di mana adanya memilih calon ketika orang itu berada dalam asyiknya di kebunnya lalu dipelawa untuk bertanding.
Malah ada yang kita dengar memilih calon ketika orang yang berkenaan tidak tahu sepak tersungkur politik dan hanya membaca dan melanggan surat khabar parti kita di anggap sebagai boleh mewakili parti dalam pilihanraya. Ingat ini politik dan bukannya pasar borong.
Jawatan ini amanah dan menjadi calon dan wakil rakyat juga amanah dan bukanlah hanya mengisi kekosongan jawatan semata – mata.
Kalau tidak mampu dan tidak keupayaan, maka jalan yang terbaik berikan kepada yang mampu. Maka isu LOMPAT LAGI tidak akan popular dan menjadi mimpi ngeri rakyat kerana masing – masing faham dengan amanah kepimpinan.
Ini bukan retorik atau slogan kosong. Ini betul - betul.
0 comments:
Post a Comment