Thursday, May 27, 2010

SEMUANYA KERANA BOLA

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja melayani pandangan mata melihat kiri kanan keindahan ciptaan tuhannya, terdengar dalam berita radio Sinar Pagi menyatakan kemungkinan bulan Ogos satu kelab bolasepak terkaya di dunia Real Madrid akan datang ke Kuala Lumpur dalam sesi latihan mereka disini selama seminggu.

Teman teruja kerana berita itu menyebut bahawa FAM melaporkan bahawa satu syarikat dari Singapura akan menguruskan kehadiran kelab itu. Teman terus ` menyekuh ` suratkhabar Star yang ada ditangan teman untuk mengesahkannya ! dan memang betul……sekali teman dilanda senyum.

Otomatik dengan tenang teman tersenyum bukan kerana terpandang wajah – wajah pemain mereka yang hebat – hebat seperti C. Ronaldo, Kaka, Raul, Cassilas, Indra Putra ! Eh ….maaf tersilap nak datang ke Malaysia yang mutu bolasepak negara sestandard Timor Leste atau Papua New Guinea kata orang, tapi bukan teman kata.

Tetapi teman terlintas, kenapa Singapura ? takde syarikat – syarikat di Malaysia yang kaya kaya raya, taukeh – taukeh judi nak uruskan ataupun  sebagai tanda penghormatan yang  mereka banyak  dapat dari Malaysia atau hadiah untung Isu tanah KTMB tu ?. Harap – harap bukan.

Teman mengawal emosi,  mungkin kerana ingauan buruk rakyat Malaysia sahaja kerana sering di ajak dan di ajar keluh kesah dengan tindakan dan keputusan pemimpin mereka yang pernah adil dengan rakyat, walaupun kos iklan mempromasikan Rakyat DiDahulukan ` tak tahu nak nyakap ` banyaknya.

Teman faham semuanya kerana bola dari bayi yang baru lahir hingga datuk, nenek yang status mereka `rumah kata pergi kubur kata mari ` semua bercakap BOLA, BOLA, BOLA hingga ada pulak drama di siarkan di TV bertajuk ` Nenek FC `, sehingakan Pak Imam pun sembang bola kat beranda masjid. Jawabnya dapat pahala bola le.

Pening….pening, tapi yang kaya dan masyukkk ialah taukeh – taukeh kroni, rakyat akan dibuai mimpi bola, makan bola, kerja bola dan segala isu kepincangan negara kita ambil peduli selepas kita pulang dari Afrika Selatan nanti.

Peminat Real Madrid jangan marah teman, nanti teman mesyuarat dengan Alex Ferguson nanti teman nak cadangkan kepada dia supaya beli balik si Ronaldo tu Ke MU.

Semuanya kerana bola.

1 comments:

Bola,jangan kita jadi bola sudah le!ditendang lawan dan musuh.

Post a Comment

1 comment:

  1. Bola,jangan kita jadi bola sudah le!ditendang lawan dan musuh.

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More