Tuesday, May 25, 2010

BAHAYA SANGKAAN BURUK DALAM JAMAAH

Hari ini teman membuat persiapan sempena  mesyuarat yang akan diadakan  di pejabat teman dimalam nanti. Tajuk tazkirah yang akan disampai oleh pimpinan mengikut jadual sebelum agenda mesyuarat dimulakan   kali ini ialah   ` Bahaya Sangkaan buruk dalam jamaah `.

Teman dakap tajuk yang diberikan oleh boss teman ini  iaitu Pesuruhjaya  wajar kerana mutakhir ini semacam ada ` something wrong `dalam  ukhwah dan bersahabat.

Semangat ini teman kemukakan sedutan kuliah bersiri oleh TG Haji Nik Aziz Nik Mat buat renungan kita bersama.

Tafsir ayat dalam surah al-Hujurat. Surah tersebut banyak mengajar manusia bertatasusila. Ini kerana dalam diri manusia ada nafsu yang bermacam-macam. Manusia dijadikan oleh Allah tidak sama dengan tumbuh-tumbuhan dan batu-batan.

Dengan adanya nafsu jahat dalam diri manusia, menyebabkan mereka berbalah dan berpecah belah. Ini berlaku semenjak zaman Nabi Adam a.s lagi. Walaupun perbalahan berlaku, penawarnya tetap ada iaitu hidayah Allah swt.

Usaha kita ialah memberi keinsafan kepada manusia supaya jangan ikut panduan manusia lain, bahkan ikut nasihat Allah. Ini kerana manusia rosak perlu mencari tukangnya iaitu Allah swt. Komputer rosak perlu kita cari tukang komputer bukan tukang rumah, begitulah seterusnya.

Namun, kita tidak mampu mencari Allah swt kerana Allah tidak sama dengan manusia. Tapi, Allah kirimkan kita Rasul iaitu Muhammad saw yang diwajibkan kepada kita untuk mengikuti jejak langkah Baginda saw. Baginda mendapat wahyu terus dari Allah swt melalui perantaraan Jibril a.s. Nabi saw tidak berusaha untuk menjadi Nabi atau Rasul. Baginda dipilih oleh Allah Taala sendiri untuk menjadi 'orang suruhan' Nya demi kerahmatan sekalian alam, samada Nabi untuk orang Melayu, Cina, India, Arab, orang asli dan sebagainya.

Kenapa Nabi Muhammad saw 'khatamul anbiyaa' (penyudah segala Nabi)?

Jawabnya kerana sistem alam atau sistem Allah sedemikian rupa (akan berakhir). Sebagai contoh: pokok kelapa yang tumbuh dan membesar, berakhir dengan mati. Ia tidak menjadi tinggi dan membesar hingga ke langit. Begitulah sistem kenabian. Dengan ertikata segala penyakit-penyakit rohani manusia boleh diubati melalui 'ubat' yang dibawa oleh Nabi saw. Ini kerana manusia mempunyai dua perkara iaitu fizikal dan roh.

Hari Jumaat, Nabi saw selalu baca dalam solat Subuh surah as-Sajdah pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat yang kedua. Dalam surah as-Sajdah ini mengandungi ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian manusia sehinggalah peristiwa-peristiwa pada hari qiamat. Asal- usul kejadian manusia ialah daripada tanah yang bermula dari Adam as yang dijadikan oleh Allah tanpa ibu dan bapa. Kemudian dari intisari tanah itu, Allah keluarkan manusia dari mani.

Berbalik kepada surah al-hujurat ini, Allah swt memanggil manusia dengan seruan 'hai orang-orang yang beriman' (orang-orang yang yakin dengan Allah) dan sanggup bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Di dalam al-Quran tidak disebut 'wahai orang-orang Islam' (ya ayyuha allazina aslamu), bahkan yang ada hanyalah tiga seruan: wahai orang-orang yang beriman, wahai orang-orang kafir dan wahai manusia.

Jadi, masalah berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan kita seperti mencuri, zina, rasuah, rogol, ragut dan sebagainya adalah kerana kita ini hanyalah seorang islam (muslim) sahaja, tidak beriman (mukmin) kepada Allah swt. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertakwa. (al-Hujurat: 13)

Dalam surah al-Hujurat: 14 juga ada menyebut yang bermaksud: Orang-orang Arab Badwi itu berkata: "Kami telah beriman, katakanlah (kepada mereka): kamu belum beriman, tetapi katakanlah: kami telah tunduk (muslim), kerana iman itu belum masuk dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan rasulNya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalanmu.

Pada permulaan surah tersebut Allah mengingatkan kita supaya jangan terkedepan (mendahului) Allah dan RasulNya yang mana setiap apa jua yang diperintahkan oleh Allah, janganlah kita langgar. Kemudian Allah melarang orang-orang yang beriman dari bercakap dengan suara yang kuat bila berdepan dengan Nabi saw. Ini kerana jika berbuat demikian, Allah akan runtuhkan (hapuskan) segala amalan atau aktiviti kebaikan yang kita lakukan untuk mendapat pahala dari Allah swt.

Pernah dalam satu kuliah yang lain, TG menyatakan bahawa ayat tersebut ditujukan kepada sahabat Nabi saw yang berdepan dengan Nabi, hendaklah beradab dan tidak meninggikan suara mereka. Namun, ayat tersebut juga ditujukan kepada kita sebagai orang yang beriman, bernabikan Nabi Muhammad saw. Bagaimana dikatakan 'meninggikan suara', sedangkan Nabi saw telah wafat dan meningalkan kita? TG menjawab: kita memperlekehkan atau menghina hadis-hadis atau sunnah-sunnah Nabi kita saw, dan menganggap pandangan kita lebih tepat dari Nabi. Ini membolehkan amalan baik kita dihapuskan oleh Allah swt.

Dalam ayat ke 4 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar bilikmu, kebanyakkannya mereka tidak mempunyai akal (tidak mengerti). Ada di antara sahabat Nabi saw tidak sabar-sabar hendak belajar dengan Nabi. Kadang-kadang Nabi sebagai manusia biasa berasa letih dan berehat dalam bilik. Mereka terus berdehem-dehem di luar rumah Nabi, dan sebahagian mereka menjentik-jentik anak batu untuk menyatakan bahawa ada orang di luar rumah Nabi. Lalu Allah menyatakan bahawa mereka ini tidak ada akal, tidak mengerti keadaan Nabi saw.

1 comments:

Rupa untuk mengenali teman seperjuangan,tidak perlu lama.Watak dan perwatakan sudah cukup.Apabila petugas parti tidak dihargai,tunggulah saat kita tidak boleh pergi jauh lagi.

Post a Comment

1 comment:

  1. Rupa untuk mengenali teman seperjuangan,tidak perlu lama.Watak dan perwatakan sudah cukup.Apabila petugas parti tidak dihargai,tunggulah saat kita tidak boleh pergi jauh lagi.

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More