Malaysia sebuah negara yang kaya dengan slogan dan lebih kaya dari sejarah bijih timah yang terdapat di dalam negara kita seperti di Daerah Kinta, Perak ini.
Rakyat perlu sedar bahawa setiap slogan itu berharga mahal kerana ada penasihat di belakangnya bagi mempromosikan kepimpinan mereka.
Diantara slogan yang masih segar dalam ingatan dulunya seperti Bersih, Cekap dan Amanah [ BCA ], Kepimpinan Melalui Teladan, Islam Hadhari, Penerapan Nilai – Nilai Islam dan dan sebagainya.
Ini tidak termasuk slogan – retorik dalam menyambut mana – mana perayaan agama dalam negara seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Tilawah Al - Quran dan sebagainya.
Persoalannya siapakah di belakang tabir slogan – slogan ini.
Semua orang bercakap ‘Konsep Satu Malaysia’, yang di cetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia kini meniti dibibir setiap pemimpin UMNO/BN di seluruh negara yang melaungkan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”, Perkara yang jelas ini semua slogan kosong semata - mata.
Budaya rasuah yang sedang mengila, kronisma yang tiada penghujung , amalan boros dan pembaziran serta perkauman masih hidup subur dalam budayanya?
Isu - isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani sehingga sekarang.Rakyat menuntut reformasi bagi menjamin hak mereka.Inilah impian negara ` Malaysia Yang Adil `
Kini sudah slogan UMNO apabla ketiga-tiga elemen 3D bersatu. Sebelum ini berbuih mulut pemimpin UMNO menuduh PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Hari ini UMNO menjadi kuda tunggangan Yahudi, kuda tunggangan taukeh judi dan kuda tunggangan syarikat todi.
Mereka juga sebelum menjaja seluruh negara menuduh DS Nizar sebagai kuda DAP, tetapi mereka juga di lihat sebagai kuda MCA. Malah sanggup membantu parti ini dengan memperuntukkan duit kerajaan.
Peliknya ada lagi golongan bodoh sombong yang menyokong kepimpinannya walaupun lesen perjudian diluluskan.
Kini masyarakat ramai mulai sedar, bahawa sebenarya slogan yang betul dan tepat untuk Umno dan BN ialah 1Malaysia, 1Israel kerana merekalah penasihat yang sebenarnya.Kenapa perlu marah kepada rakyat. Ini adalah realiti.
Kini masyarakat ramai mulai sedar, bahawa sebenarya slogan yang betul dan tepat untuk Umno dan BN ialah 1Malaysia, 1Israel kerana merekalah penasihat yang sebenarnya.Kenapa perlu marah kepada rakyat. Ini adalah realiti.
Rakyat semakin cerdik dan sepertimana cerdiknya juga rakyat di rumah – rumah panjang, jauh pendalaman dan sebagainya
Rakyat mahukan perubahan dan bukannya slogan.
Tulisan semakin umph! Menarik dan ada isi.Bersama kita Say No To Umno Memang Nipu Orang>
ReplyDeletepedas dan bernas,bersama-sama kita semarakan kesedaran rakyat untuk menghentikan keangkuhan UBN pada PRU 13. Selamat berjuang.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteQuality writing must copying..halal ya..