Saturday, May 8, 2010

SEMUANYA KERANA BOLA

 Bolasepak Piala Dunia di Afrika Selatan semakin hampir. 

Berdasarkan sejarah bola sepak bermula sejak daripada zaman Dinasti Han di China pada kurun ke-2 Sebelum Masehi. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya. Permainan tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil. 

Orang-orang Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak

Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

 Janganlah kerana bola kita mengabaikan tanggungjawab kita kepada perjuangan Islam ini.Meminati bolasepak sekadar merehatkan diri dan bukan keutamaanya.Ada diantara kita umat Islam leka dengan dunia bolanya disamping juga leka dengan dunia – dunia yang melalaikan disekelilingnya.

Mengapa kita perlu bernazar membotakkan kepala jika pasukan yang kita taasub menang,mengapa kita perlu bertatoo jika kita meminati sesorang pemain,Mengapa perlu kita berjudi kerana  bola,mengapa perlu kita meninggalkan solat yang fardu kerana bola,mengapa kita perlu ponteng  dan prestasi kerja lemah kerana bola.Inilah kegilaan bolasepak.

Dalam keghairahan kita menanti ’kegilaan’ ini, kita mesti sedar bahawa umat Islam tetap menjadi perhitungan utama Barat. Di samping persiapan ke arah perlawanan bola sepak, persiapan menghadapi kaum Muslimin tidak pernah hilang dari pertimbangan Barat.

 Perang melawan keganasan terhadap Islam tidak mengenal tempat dan masa. Mereka sentiasa ingat akan agenda mereka untuk memburuk dan menghapuskan Islam. Bagaimana pula dengan umat Islam? Umat Islam sebaliknya telah leka dengan pesona dunia, terpukau dengan sebiji bola yang ditendang ke sana-sini dan dikejar oleh 22 orang manusia.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More