Wednesday, May 12, 2010

MASA MUDA YANG BERLALU

Buat tatapan pejuang muda.
Terdekat ini teman cuba sentuh kisah seorang sahabat lama teman yang begitu istiqamah dengan perjuangannya.Kami sama – sama bermula dalam sayap pemuda sejak  sekian lamanya.
Ketika itu perjuanganya lebih sukar dan mencengkam.Dimana ada pilihanraya kecil disitu kami ada bermula pilihanraya kecil  DUN Bayu dalam Parlimen Baling pada tahun 1987 ketika Ustaz Yusof Ismail bertanding.
Dimana ada demontrasi disitu kami ada.Demontrasi dulu diadakan pada hari kerja dan hari minggu tidak kira malam dan siang.Tapi sekarang hanya menunggu ramainya umat Jumaat sahaja.
Itulah kelainannya.
Sahabat teman ini berdarah rawa dan beliau bangga dengan rawanya.Sebagaimana bangganya juga Dr.Mujahid dan Aqil Hay dengan rawanya. Sebenarnya kami   berdua sama - sama dalam Perpaduan Nasional.Teman juga bangga dengan darah kerinci dan bando  teman.
Sahabat teman ini walaupun beliau nampak low profile  tetapi sebenarnya seorang  graduate dalam Hotel Catering Services semasa menuntut di ITM, Kuala Trengganu.Pengalaman beliau pernah bertugas di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur.Disinilah beliau berkenalan dengan gadis pilihannya yang hitam manis dan di awal perkenalan mereka  sahabat teman ini diuji memasak dirumah keluarga girls friendnya itu.Maksud teman semacam ` besoreh ` le gamaknya.
Oleh kerana kecenderungannya kepada perjuangan beliau balik ke Taiping dan memulakan hidup barunya disini.Jiwanya memang seorang perjuang.Beliau tidak kisah tentang kerjayanya asalkan halal dan berprinsip dengan kerjanya.
Sahabat teman ini pernah berkerja membawa lori lebih 24 tayar dan pusing 1 Malaya dan beliau bangga berkibarnya bendera pas dari satu bandar ke satu dan dari negeri ke satu negeri.Pernah suatu majlis ceramah Dato ` Mahfoz Omar di suatu tempat terpencil di Terengganu.Beliau membunyikan ` hon ` lorinya dan berhenti seketika mendengar ceramah.Tiba – tiba pengerusi majlis mengumumkan bahawa jika ada yang hadir pada malam ini pemandu lori dari Taiping yang bernama Man sila kerumah tempat ceramah  kerana  Dato ` Mahfoz mengajak makan sekali.
Begitu hebatnya manusia ini.Semua pimpinan mengenalinya lebih – lebih lagi Abang Mat Sabu.Pemimpin diawal kami memang begitu mesra jamaah dan memahami perasaan orang bawahannya kerana mereka memuliakan sahabat.Kini suasana itu seolah – olah semacam tiada lagi.keluhan teman.

Teman teruja dengan pemimpin dulu yang dengan tenang boleh bermalam di markaz bersama ahli - ahli. Pemimpin sekarang ada diantara mereka  memilih  di hotel tidak di markaz.Maklumlah sekarang ada title dan bergelar, kenderaan pun bermata belalang dan berbentuk kacang.
Itulah kelainannya.
Oleh kerana masalah kekangan masanya tidak dapat bersama dengan jamaah.Maka beliau berhenti sebagai pemandu lori dan membuka kedai membaiki kasut sehingaa lekat namanya sehingga hari ini sebagai ` MAN KASUT `. Nama ini semakin popular dan lebih popular dari namanya yang sebenar iaitu MOHD SAAD.Kadang – kadang ada sahabat memangilnya sahaja Dato ` MK [ Man Kasut ]
Teman teringat dalam satu Mesyuarat Agung PAS Taiping sesi 2009 – 2011 yang ada pemilihan dan teman hadir sebagai wakil Perhubungan Negeri dimana beliau tidak terpilih kerana gara – gara kertas undi tertulis nama Mohd Saad. Sesama anggota jamaah lebih mengenalinya sebagai Man Kasut. Bagi teman ada  ` something wrong ` dalam jamaah di Taiping ini kerana ukhwahnya perlu dimantapkan lagi.
Beliau selepas itu menceburi  bidang masakan pula dan menawarkan khidmat katering untuk majlis – majlis tertentu dan diwaktu yang sama miliki kedai makan di Tepi Padang Bola,Tupai di Taiping.Kalau semua nak tahu dikedai inilah parlimen yang kedua selepas bangunan Parlimen di Kuala Lumpur kerana sambil memasak beliau mampu berhujah isu semasa yang dilontarkan oleh pelangannya yang terkadang nakal memanaskan situasi yang memang panas itu.
Teman selalu bertukar pandangan dengan sahabat ini dan selalu juga menasihati beliau dalam perjuangan ini mesti banyak cool, banyak bersabar dan tidak emosi menangani isu kerana setiap masalah itu mematangkan perjuangan. Itulah semangat berkawan.
Dilubuk hatinya memang cepat marah apabila ada di antara jamaah yang cuba timbulkan alasan dalam kerja – kerja berjamaah.Beliau cukup panas jika ada ahli jamaah yang keasyikan dengan usrah tapi malas hadir program jamaah begitu juga dengan jamaah yang istiqamah mengaji dari satu masjid ke masjid tetapi kantoi dalam kerja berjamaah.Kami juga selalu berseloroh sesama sendiri memerhatikan terdapat gelagat pemimpin jamaah yang kedekut wang ringgitnya kepada parti, malah ada kes – kes tertentu agak berkira meminjam kereta mereka ketika sahabat seperjuangan dilanda masalah.
Itulah kelainannya.
Walaupun apa sahaja nama yang dipanggilnya itu tidak penting kerana baginya keikhlasan dan pengorbanan yang tinggi mampu menerjah kemenangan setelah sekian lamanya beliau menuai diladang yang subur ini iaitu perjuangan Islam.
 Kini Man yang saya kenali ini bukan dulunya.Dulu beliau mampu berdepan dalam situasi berlengan bila – bila masa kerana Islam jika maruah dan Islamnya dicabar.Setakat 5 – 6 orang didepannya dengan tenang beliau  hadapi.Jiwanya sudah berumur dan kematangan bersamanya.
Sahabat teman ini mula celik I.T dan mampu ada blognya sendiri yang bernama raotaiping.blogspot.com dan sebelum ini asing baginya.Malah teman diberitahu juga dan facebooknya sendiri.Hebat – hebat.Itu juga kelainan.
Baginya perjuangan  ini bukan tempat untuk mereka – mereka yang bijak mencetuskan alasan kerana setiap alasan itu akan dibantu oleh syaitan.
Tahniah sahabatku suatu yang baik itu tidak perlu kata – kata indah. Biar bermandi lumpur atau bermandi  darah demi kemenangan yang dijanjikan.

Abang Man ini sering mengingatkan pelapis muda dalam jamaah supaya perkasakan diri dan tidak manja dalam perjuangan. Jadikan seperti anak burung helang yang baru menetas diatas kemuncak gunung lalu diterajang oleh ibunya terkapai - kapai untuk mulakan hidup yang baru. 

Jangan jadikan diri kita seperti burung - burung dalam sangkar yang baru dilahirkan mendapat layanan yang baik oleh ibu dan tuannya.Ingat bahawa perjuangan ini tidak disambut dengan permaidani merah ,adakalanya disambut dengan darah - darah merah. Itulah sunahtullah.
Semoga istiqamah sahabat ini diikuti dengan istiqamah teman.Doakan.
Itulah kelainan bagi yang bersahabat.

2 comments:

mak aiii. buleh demam teman kalo gini gaye nye..apa2 pun . marilah kita bekerja utk islam dengan jujur dan istiqomah. kedepan pun boleh ketengah pun boleh .suruh tunggu di belakang pun boleh. semuanya utk ISLAM .TAKBIRR

Askm wah panjang cerita tentang man ( mohd saad ) orang kuat pas. saya pulak orang kuat keadilan .abang dgn adik nak bagi hancur MELAYU UMNO.

Post a Comment

  1. mak aiii. buleh demam teman kalo gini gaye nye..apa2 pun . marilah kita bekerja utk islam dengan jujur dan istiqomah. kedepan pun boleh ketengah pun boleh .suruh tunggu di belakang pun boleh. semuanya utk ISLAM .TAKBIRR

    ReplyDelete
  2. Askm wah panjang cerita tentang man ( mohd saad ) orang kuat pas. saya pulak orang kuat keadilan .abang dgn adik nak bagi hancur MELAYU UMNO.

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More