Tuesday, May 11, 2010

KES LIWAT - MALU YANG HILANG

Jiwa teman terusik dengan isu – isu mutakhir negara.Ini membayangkan bahawa manusia bernama Melayu dan Islam kini seolah – olah sudah hilang sifat norma kehidupan dan  malu dalam dirinya.Insiden pembunuhan,rogol,liwat,rompak dan sebagainya sudah menjadi perkara rutin harian, malah terkadang – kadang di anggap dirinya sebagai hero dan glamor.

Kita hayati perbicaraan DS Anwar Ibrahim dalam isu tuduhan liwat keatas dirinya.Perbicaraan kesnya semakin hari semakin panas dan sebenarnya memalukan Islam itu sendiri di kaca mata masyarakat.

Peguambela Anwar Karpal Singh mempersoalkan dakwaan Saiful bahawa dia telah diliwat "tanpa kerelaan". Dakwaan ini telah menjadi tajuk utama media arus perdana Utusan Malaysia hari ini iaitu "Diliwat Tanpa Kerelaan".

Dakwaan Saiful itu menyebakan Karpal terpaksa memohon mahkamah membenarkan beliau melihat keterangan Saiful kepada pihak polis. Apa yang menarik di sini ialah, jika benar Saiful diliwat tanpa kerelaan maka kenapa beliau mengatakan ada menggunakan minyak pelincir pada duburnya sebelum diliwat Anwar. Malah banyak keterangan beliau semalam yang jelas sekali telah memerangkan dirinya. Ikuti perjalanan prosiding kes hari ini.

Ada juga manusia jenis ini bangga dirinya diliwat dan ditontoni umum.

Memang terbukti orang yang melakukan maksiat dan dosa nasib mereka terbela .Sejarah menunjukkan dalam kes Rahim Tamby Chik dalam isu kanak - kanak dirogol ,tetapi pihak yang membela iaitu Lim Guan Eng dihumban ke dalam penjara.

Pembuat dosa kepada undi rakyat kini dianggap sebagai pencinta rakyat.Kita lihat dalam isu rampasan kuasa di Perak.Tangan – tangan yang menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat kini selesa dibuai mimpi indah.Malah ada diantara mereka dikurniakan pingat dan sebagainya.

Catatan  isu yang  masih segar dalam ingatan umat Islam iaitu dalam pendedahan glamornya seorang  artis Ning Baizura yang menyatakan beliau mampu mengadakan hubungan seks dengan beberapa orang lelaki dalam suatu masa.Dunia tidak hairan kalau yang bercakap itu artis Hollywood dan sebagainya.

Manusia juga akan hilang sifat malunya demi kuasa.Maka rakyat marhein ditaburkan dengan janji – janji dan akhirnya tinggal janji.Mereka angkuh dan tidak malu dengan rakyat yang di tipunya kerana yang penting adalah kuasa.

Kita lihat dalam terbaru ini iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak serius terhadap Orang Asli bagi memastikan pembangunan dan kebajikan mereka diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri dapat di lihat setelah majlis perasmian program 'Dekat di mata, lekat dihati’ di Kampung Tangkai Cermin dan Kampung Cenderong Kelubi, Tanjung Tualang hanya dirasmikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Azhar Ahmad serta di hadiri oleh Pegawai Khas (Hal Ehwal Orang Asli) Menteri Besar, Panjang Ali Sohor.

Mungkin setelah dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti, barulah Datuk Seri Zambry akan turun bertemu dengan Orang Asli nanti.
 
Allah menganugerahkan manusia akal fikiran yang sempurna. Dengan akal fikiran inilah manusia dapat mencapai kemajuan dunia yang begitu menakjubkan.

Persoalan di sini, apakah yang menyebabkan manusia itu hilang martabat kemuliaannya? Antaranya ialah kerana tidak mempunyai sifat malu iaitu tidak malu sesama manusia dan lebih-lebih lagi tidak malu terhadap Allah.

Oleh sebab tidak mempunyai perasaan malulah, seseorang itu sanggup membelakangkan dan melanggar hukum Allah...Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada 70 cabang dan sifat malu adalah salah satu cabang daripada iman." - (Hadis riwayat Muslim).

Sesungguhnya orang yang mempunyai sifat malu itu akan sentiasa dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan mungkar yang boleh mendatangkan keaiban pada dirinya atau orang lain dan menyebabkan nama atau kedudukannya tercemar.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang beriman, sekiranya kamu membela agama Allah, nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan pendirian kamu." - (Surah Muhammad ayat 7).

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More