Friday, May 7, 2010

JUDI BOLEH MALAYSIA BOLEH

Negaraku Malaysia memang terkenal dengan MALAYSIA BOLEH.
Ingat ! Nombor ini bukan untuk di beli.
  Ada kawan teman  sindir sepatutnya dunia mengiktirafkan Malaysia dalam buku `guiness book of world record `kerana banyaknya perkara pelik menjadi tidak pelik,perkara haram menjadi halal.

Isu terbaru ialah dengan kenyataan Datuk Dr Awang Adek Hussein, Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi lesen judi bola sepak sempena Kejohanan Piala Dunia Jun ini.
Itu belum  yang kita  dengar kenyataan sempena Kuala Lumpur tuan rumah Piala Thomas dan Uber yang akan diadakan pada 9 hingga 16 Mei ini.
Tidak cukup dengan industri judi ditempat – tempat peranginan,pusat – pusat hiburan,pusat nombor ekor, pusat nombor ramalan dan stable lumba kuda hingga sampai kekampung – kampung.Malah pertandingan siput babipun boleh dipertaruhkan.
Teman pun peminat bola juga dan Argentina pilihan temanTeman teringat dengan pemain Perak dan Kebangsaan dulu yang merupakan  kesayangan teman diera awal 90an dulu iaitu Azizul Abu Hanifah yang dibuang daerah kerana menjual perlawanan.Kesian dia maklum le pemain ini hanya ikan bilis sahaja.Ikan jerung lepas.Itulah negaraku.
  
 Teman juga teringat zaman teman bebudak dulu dimana setiap tahun ada program rakyat termasuk adanya judi dalam kawasan istana sempena keputeraan Sultan.Teman juga masih  ingat irama penyeru judi itu berbunyi ` ma lawe  ta ti li gatoi `.Begitulah bunyinya.Kalau salahpun tak mengapa dan tak rosak aqidah teman pun.Teman bersyukur perkara diatas telah tiada lagi.
Apa juga alasan dan hujahnya untuk membenarkan judi bolasepak, judi tetap haram. Tak ada judi halal dan judi haram. Hanya zaman Umno berada dalam kerajaan maka diperkenalkan istilah judi halal dan judi haram.
Di Ipoh ini teman perhatikan ada seorang anggota trafik  dengan bangganya dan istiqamah membeli nombor ekor setiap hari.Kalau nak tahu Polis kena risiklah sebab risik itu kerja Polis.

Rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khasnya boleh menilai sendiri sikap pemimpin Umno seperti Awang Adek yang sering bercakap dan menyerang Pas kononnya memperalatkan Islam tetapi terbukti mereka sendiri sangat jahil tentang tuntutan dan apa yang dicegah oleh Islam.

Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin MCA, Gerakan atau MIC saya tak pelik kerana mereka bukan Islam. 

Teman nak nasihatkan Datuk Awang Adek ini.Kalau pandangan ulama tak nak dengar,sekurang - kurang dengar nasihat Datuk Ahmad Kilau dalam lagu ` Gila Judi ` iaitu liriknya satu ringit, dua ringgit, tiga ringgit,empatttt ringgittt.Kalau sudah gila judi....

Tetapi bila kenyataan ini walaupun dalam bentuk cadangan keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam ia merupakan sesuatu yang sangat memalukan.

Jadi tak hairanlah apabila pemimpin Umno yang turut meneguk arak dan memiliki saham judi serta terlibat dengan skandal memperlekehkan dan menghina sejarah lampau hidup Dato Zaid Ibrahim semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana bagi pemimpin Umno seperti itu umpama mengesahkan bahawa dalam Umno dalam bab tertentu arak dan judi adalah halal.

Maka dalam pilihan raya kecil itu kita dapat menyaksikan ramai pemimpin Umno yang maksum!

 Isu panas yang  telah sejuk yang perlu dipanaskan semula iaitu APCO Yahudi dalam pentadbiran negara,Rampas kerajaan Rakyat dengan Rasuah,Rasuah politik yang tidak bernoktah dan macam – macam adaaa.Hanya tekan maka keluar isu – isu negara.`Eh ! macam astro pulak.

Dengan tenang nak tunggu perjelasan Mufti Perak dalam isu ini.Jangan lari tajuk sudahlah seperti demontrasi anti APCO Yahudi di Masjid Negeri tempohari tu.Manalah tahu beliau berkata pula bola tu haram atau Piala Dunia tu bidaah atau macam - macam.Alamat mengamuk le kaki - kaki bola termasuk teman.

Teman tunggu.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More