Posting kali ini teman nak berkongsi pengalaman dalam mendepani karenah perjuangan menghadapi istiqamah orang yang berjuang sebagai peringatan bersama.
Bukan bertujuaan untuk menunding jari atau mencari kesalahan orang lain, tetapi bertujuan untuk mengingatkan dan mengetuk hati – hati kita sendiri serta kalangan sahabat, lebih – lebih lagi berstatus adik – adik teman yang bersemangat juang. Inilah proses ` thanbihul ghafilin ` sesama yang bergelar sahabat.
Teman ini tidak le....hebat sangat....ada juga kerap dijemput memberikan motivasi kepimpinan dan hadharah berorganisasi kepada ahli – ahli dan kepimpinan dalam parti maupun adik – adik di jamaah kampus.
Teman selalu ingatkan mereka bahawa perjuangan Islam ini tidak disambut dengan pemaidani merah, tetapi adakalanya disambut dengan darah – darah merah, malah jauhi diri kita daripada bersikap ` manja ` dalam perjuangan. Pejuang Islam mesti bersikap seperti seekor burung helang yang baru menetas diatas kemuncak gunung lalu diteranjang oleh ibunya dan terkapai – kapai mengerbang sayapnya untuk belajar terbang, sedangkan burung – burung yang lain selepas dilahirkan dengan manja dibelai oleh ibunya.
Teman juga juga selalu ingatkan mereka dalam tamrin – tamrin orang muda bahawa adakala dikalangan orang muda memang bersemangat waja tetapi mulai lesu apabila memegang sesuatu yang bersifat seperti mendapat ` gaji yang pertama ` iaitu mendapat pekerjaan dan ` malam pertama ` iaitu perkahwinan dan terus langkah perlahan untuk bersama dengan orang yang berjuang. Maka beranika alasan menghantui mereka dan akhirnya terkandas syahid diatas dakapan yang bergelar isteri ataupun suami.
Penyakit ini sebenarnya bukan sahaja terdapat kepada isteri – isteri yang tiada fikrah Islam, malah dikalangan mereka yang ada fikrah Islam juga mulai sayang untuk meningalkan rumah menghadiri program – program jamaah.
Dalam merungkaikan masalah ini teman pernah menulis satu artikel yang bertajuk ` suami mendapat isteri cantik, isteri mendapat suami jumud `.
Cerita ini mengisahkan seorang anak muda yang bersemangat dengan usrah, solat sunat, membaca Quran malah adanya Quran kecil didalam poket bajunya, akhirnya apabila bergelar suami atau ayah sudah hilang segala – galanya, malah bencinya kepada rokok semasa belajar di menara gading, akhirnya memberikan istiqamahnya merokok dibibirnya.
Anak muda ini memang bersemangat dan bersedia memegang mana – mana jawatan, tetapi akhirnya kerjanya mula tiada berfokus kerana alasan isteri takut tingal dirumah waktu malam ataupun orang rumahnya mula – mula pening, loya, muntah kerana perbuatan suami nya.....`` abang....abang....sayang....sayang semua program jamaah akan terbang dan melayang !.
Ingatlah bahawa kita bukan golongan fahaman ` asabiyah ` yang meletakkan ` melayu leka, hilang kuasa ` tetapi kita akan hadapi ` jamaah leka, Islam hilang kuasa ` dan pastinya kita akan terpalit dosanya disisi Allah swt.
Penyakit ini sudah menular dikalangan yang berstatus ` ustaz `. Adanya memberikan alasan `` ana tak dapat ke program jamaah sheikh `` kuliah ana banyak....lagi pun ada tempat - tempat tu kubu umNO.... dan bermacam - macam alasan untuk mengiyakan tindakan mereka itu betul. Dimanakah ilmu ` Fiqh Aulawiyyat ` yang mereka pelajari tu.
Ingatlah bahawa kita bukan golongan fahaman ` asabiyah ` yang meletakkan ` melayu leka, hilang kuasa ` tetapi kita akan hadapi ` jamaah leka, Islam hilang kuasa ` dan pastinya kita akan terpalit dosanya disisi Allah swt.
Penyakit ini sudah menular dikalangan yang berstatus ` ustaz `. Adanya memberikan alasan `` ana tak dapat ke program jamaah sheikh `` kuliah ana banyak....lagi pun ada tempat - tempat tu kubu umNO.... dan bermacam - macam alasan untuk mengiyakan tindakan mereka itu betul. Dimanakah ilmu ` Fiqh Aulawiyyat ` yang mereka pelajari tu.
Manusia adalah makhluk yang akan berubah sama ada dalam bentuk fizikal, pemikiran, emosi dan paling besar ialah hidayah. Perubahan ke arah positif adalah terpuji, manakala perubahan ke arah negatif adalah mencelakakan. Inilah yang membimbangi kita jika kita tergolong dalam golongan yang mempunyai penghabisan nafas terakhir dalam golongan celaka bukannya berhidayah.
Terbaca teman dalam sebuah buku yang memetik kata masyhur daripada John Maynard Keynes: `` Apabila fakta berubah, saya mengubah fikiran saya `.
Jika memperolehi fakta yang baru, kebarangkalian seseorang untuk berubah pemikirannya adalah tinggi. Jika ditambah dengan dorongan material dan emosi (pujukan syaitan, nafsu dan orang tersayang dan berkepentingan), istiqamah dalam perjuangan akan layu. Teringat saya ketika TG Fadzil Noor meninggal dunia, TG Haji Hadi berkata dalam maksud lebih kurang begini ‘ beruntung ustaz kerana matinya dalam perjuangan, kita belum tentu lagi’.
Mukmin sejati tidak cukup hanya dengan mengatakan, "Ya, Engkau Tuhan kami !" Namun, ia akan mengorientasikan hidupnya pada kehidupan hari akhir. Allah SWT sendiri mengatakan, "(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, ‘Sesungguhnya kami (Bani Adam) orang-orang yang lengah terhadap hal ini (keesaan Tuhan).’" (QS Al-A’raaf, 7 :172).
Dengan demikian, kepercayaan serta kesaksian terhadap keesaan Tuhan akan melahirkan sikap hidup yang berorientasi yaumil akhir (qiyamah). Hidup yang berorientasi qiyamah berarti keyakinan bahwa semua perbuatan dan kehidupannya di dunia ini akan dimintai pertanggungjawabannya dihadapan Allah SWT. Sekiranya dia ingin selamat, tentu ia akan me-menuhi serta mewarnai perbuatannya dengan kebajikan-ke-bajikan dan bukan sebaliknya. Bila ini dilakukan secara kon-sisten ia mempunyai kemungkinan "terbebas dari dosa dan kesalahan" (ma’shum). Tentu hanya sedikit orang yang mampu mencapainya. Para ulama menyebut sikap seperti ini seba-gai sikap istiqamah.
Teman menulis bukan kerana nama. Bersama kita doakan semoga kita tergolong dikalangan pejuang yang terus ISTIQAMAH sehingga kita menemui dengan tenang akan Allah SWT nanti.
salam..ada org kat tempat ana,bininya br bersalin dia pulak ikut berpantang dr sebarang aktiviti jemaah..haru..haru..ustaz pulak tuuu....
ReplyDeleteiye bebenor lah tu wehhh.yg runsinnye bile deme baru terlibat dok bersaroh ke kita yg dah kutai ni.itu lah ini lah . bile dapat bini . hrmmm soohhhh. kta org parit . ape bunyi pon tak ade
ReplyDelete