Di atas permintaan kekawan, teman siarkan kembali kisah dairi pelakun – pelakun dunia tanpa agama dengan sedikit pemurniaan semula.
1. Anak-anak yang bersekolah dibangunkan pagi oleh ibubapa nya atau pengasuh Indonnya terus kebilik air.Kena ibubapa yang tak peduli tentang sembahyang anak – anak terus bersarapan dan terus mengalas bag sekolah yang berat bagai nak pergi perang tanpa jadual harian,tanpa doa perjalanan, tanpa doa keluar rumah meninggalkan ibunya juga tanpa bersalaman.
2. Orang yang bekerja di pejabat, lesu bukan kerana sembahyang malamnya tapi kerana bolanya, kerana laghonya semalaman dengan kekawan terus menghidupkan enjin kereta. Memikirkan fail yang bertimbun-timbun, kerja yang terbengkalai, kerenah 'bos' dan birokrasi yang tercatat dalam jadual kerja harian.Keluar rumah pula tanpa niat bekerja suatu ibadah. Silap – silap mandi wajib pun lupa, lebih malang tak tahu langsung.Kes berat ni !
3. Guru-guru pula terpaksa 'bersilat' awal ke sekolah. Anak-anak yang akan di 'transit' ke nursery itupun mujur nursery,tapi kalau bagi mak yang jaga jawabnya mak bertuankan anak le jawabnya,tak ketinggalan ko-korikulum yang memenatkan, belum lagi kerenah anak-anak murid yang semakin ' kurang sopan' mutakhir ini kerana terikut – ikut dengan ` Akademi Fantasia dan Pentas Raja Lawak. Pening - pening!
4. Kelab Orang Pencen (KOP) , selepas subuh, tiada lain yang difikir - nasi lemak, teh tarik, roti canai dan tumpuan kedai janda dan bangga dengan kepulan asap-asap rokok ibarat hutan simpan yang terbakar, menjadi agenda penting setiap pagi. Tak lupa juga, suratkhabar yang bersedia untuk memutar otak-otak mereka yang menghentam ulama dan perjuangan Islam dianggap sebagai sumber ` qath`ie. Quran? Lain tahun baca atau tunggu pesta tahunan musabaqah diadakan.
5. Ahli-ahli politik yang 'tak siuman' nak fikir apa? Kena fikir nak 'makan siapa' hari ni. Nak cipta fitnah apa hari ni. Nak pilih balai polis mana nak buat report yang mengada-ngada, yang lebih kepada nak glamor dalam tv sahaja.Bagi derma dengan cek berbentuk replika untuk nampak seluruh 1Malaysia. Nak tidur dan nak dengkur pukul berapa dalam sessi perbahasan parlimen hari ni. Kemudian berlagak dan mendakwa jadi pembela rakyat dan JUARA RAKYAT.

6. Yang berstatus Dato` ke , Tan Sri Ke sibuk pula ke dang – dut dan mengintai mana – mana selebriti yang ` merenyang ` untuk dijadikan isteri ke 2 atau ke 3.Alamak berperang le yang pertama.Mereka juga tak sedar Mak Datin juga pandai mencari gigolo.
7.Bloggers pula sibuk dengan cari bahan terkadang – kadang makan pun lupa dan kena pula bloggers yang tak islamik sembahyang pun ` kantoi `.
8.Seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pula siang malam berfikir macamana nak jejak aktivis – aktivis PAS dikalangan guru – guru untuk diberikan amaran dan menghantar mereka mengajar jauh di pendalaman.
9. Para cerdik pandai agama termasuk mufti pula hari – hari cakap tak serba bikin kerana yang penting dapat penghormatan dan dijemput ke forum perdana, janji masyukkkk.
10. Mak chik – mak chik sebelah petang menanti maghrib dok sembang pok pet – pok pet mengenai menu bengkang tak menjadi atau karenah anak menantu mereka.Sekali menantu lelaki sembang dengan kawannya kisah karenah banyak mak mertuanya baru mereka tahu.Baru ADIL.
11.Polis dok sibuk mantau ceramah politik pembangkang dan menghalang demontrasi aman , kerja dan fail kes – kes lama dimakan anai – anai dan bubuk.
12.Remaja yang berpeleseran kerana mak ayah tak peduli dok sibuk melihat bilik gerakan mereka untuk memilih tempat – tempat lepak hari ini.
13.Artis – artis yang putus cinta, putus tunang, putus kahwin pula mula mengintai Dato` , Tan Seri yang berprofil `rumah kata pergi kubur kata mari `tu untuk menjadi suami mereka.Walaupun tua tetapi serba serbi pengalaman.Pendek kata jalan pintas cerah masadepan.
14. Pemimpin Melayu sebut bercakap sana – sini merekalah pejuang Melayu. Pasang stikers di kenderaan masing – masing tertulis ` MELAYU LEKA HILANG KUASA`.
15.Pembesar – pembesar SPRM suka buat kejutan, tapi yang tangkapnya ikan bilis. Ikan jerungnya pula jadi parners main golf.
16.Kaki pancing pula ada juga diantaranya langsung tak peduli hujan ke ribut ke yang penting hobinya jangan dihalang.
17. Kaki bola sibuk sembang – sembang bola, makan bola, tidor bola, mimpi pun bola pendek kata bola, bola, bola.
Pesanan ini di bawa oleh dengantenang sebagai ` Tanbhigul Ghafilin ` yang bermaksud peringatan bagi yang lupa.
0 comments:
Post a Comment