Thursday, May 6, 2010

MANUSIA KRISIS DALAM MEMBUAT PILIHAN

Teknologi dan kemajuan yang wujud pada hari ini telah menawarkan kepada manusia pelbagai bentuk pilihan yang melekakan dan membingungkan manusia. Keragaman dan kepelbagaian bentuk ini dapat dilihat daripada jenis dan warna pakaian, jenis makanan, bentuk tempat tinggal dan sebagainya. Mungkin pada 50 tahun dahulu ketika kemajuan tidak menjengah lagi, pilihan yang ada mungkin tidak sebanyak dengan yang ada pada hari ini. Dengan globalisasi dan kehidupan manusia yang beralih kepada hidup dalam jaringan, apa yang diinginkan boleh berada di hadapan mata dalam beberapa ketika lantaran kemudahan teknologi komunikasi yang ada pada hari ini.

Sebagai contoh: kita mudah mendapati di sebuah kedai makan yang menghidangkan budu, cincalok, tempoyak dan air asam di mana pada suatu ketika dahulu, makanan cincalok atau budu hanya dimakan dan dihidangkan di dalam kelompok masyarakat tertentu sahaja.

Kini segala-galanya telah berubah. Manusia mempunyai pilihan yang amat pelbagai pada hari ini sehingga mereka sibuk dan leka dalam membuat pilihan dan juga sibuk mencari wang untuk mempunyai keselesaan nanti untuk membuat pilihan.

Kesemua ini merupakan ujian kepada manusia, apatah lagi kepada mereka yang senang dan kaya. Kuasa membuat pilihan itu tinggi dan mereka boleh membuat keputusan berdasarkan kepada keinginan mereka. Kerap kali juga manusia silap membuat keputusan dan kerap juga manusia membuat double standard dalam membuat pilihan.

Persoalannya, adakah manusia membuat pilihan dan keputusan itu berdasarkan kepada agama atau kepada adat melayu? (oleh kerana ia orang melayu). Atau adakah keputusan itu berdasarkan kepada akal dan nafsunya semata-mata manakala persamaan dengan adat dan agama itu hanya secara kebetulan sahaja.

Seringkali pilihan dan keputusan yang dibuat berdasarkan kepada hawa nafsu sahaja dan seringkali pilihan dibuat tidak menguntungkan Islam. Mereka double standard, malah triple standard dengan Allah. Contoh: Nak pergi solat, pakai baju yang lusuh atau pakai baju melayu yang tidak cukup butang tetapi bila pergi pejabat, bukan main lagi penampilannya.

Berdasarkan kepada ayat al-Quran, manusia mempunyai beberapa sifat semula jadi yang Allah ciptakan sebagai ujian kepada manusia. Manusia menggunakan sifat semula jadi ini sebagai criteria di dalam membuat pilihan dan keputusan di dalam hidupnya. Sejauh mana manusia mengawal sifat semula jadi ini, maka sejauh itulah manusia akan berjaya di dalam hidupnya.

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (٧)فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (٨)قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (٩)وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Maksudnya; Berjayalah mereka yang menyucikan dirinya dan rugilah mereka yang mengotorkannya.
 Sifat semula jadi manusia.

1. Manusia suka melayan dan menuruti nafsu (makan, rumah, pangkat, kereta, seks, pujian, dll)

Dalil:
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

فَإِنْ لَمْ يَسْتَجِيبُوا لَكَ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَاءَهُمْ وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنَ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًى مِنَ اللَّهِ

Contoh krisis dalam membuat pilihan.
a. Nak solat kat surau ke atau dirumah sahaja. Surau jauh, badan pun penat, baru je balik kerja.
b. Nak pilih fish ball yang mahal sikit ke atau yg murah. Yang tu orang melayu buat tapi yang ni tak pasti sapa yang buat.
c. Nak sembahyang sunat ke tidak. Fenomena – ramai yang sanggup / rajin buat kerja sebab ada orang puji.
d. Kalau buat program yang ada disediakan makan, ramai yang datang.
e. Pasal apa kalau duduk di padang bola atau tengok tv, tak lenguh berbanding dengan menghadiri kuliah.

2. Nafsu manusia tidak puas-puas – pentingkan diri sendiri

Dalil:
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ (1) حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2)

لَوْ كَانَ لاِبْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنَّ لَهُ وَادِيًا آخَرَ وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ وَاللَّهُ يَتُوبُ عَلَى مَنْ تَابَ

Maksudnya: Sekiranya anak adam itu memiliki satu lembah daripada emas, ia masih menyimpan harapan untuk memiliki satu lembah lagi. Ia tidak akan merasa puas melainkan setelah menemui ajal. Sesungguhnya Allah akan mengampuni mereka yang bertaubat. (Muslim).

Contoh krisis dalam membuat pilihan.
a. Kalau dapat/ada peluang, biasanya akan mengutamakan diri sendiri baru orang lain. Keluarga sendiri baru keluarga orang lain.

3. Manusia suka kepada hiburan / perkara yang santai / tidak memberatkan kepala

Dalil:
وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انْفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Contoh krisis dalam membuat pilihan.
a. Nak ke pasar malam ke atau nak dengar kuliah. Kenapa tidak uruskan masa agar tidak mengorbankan masa kuliah, solat dll.
b. Nak rehat kat rumah ke atau nak pergi gotong royong.
c. Sanggup lama-lama shoping tapi tak sanggup lama-lama dengar kuliah.
d. Kerja kebajikan ni, bukan ada untung pun. Fenomena - professionalisme di tempat kerja sebagai pegawai, akauntan etc tidak dibawa bila berada di dalam masyarakat.

4. Manusia suka keuntungan dan kemewahan. Tidak mahu taklifan dan tanggungjawab melainkan kalau dapat pulangan. Tidak mahu bersusah-susah dalam perkara agama.

Contoh krisis dalam membuat pilihan:
a. Nak jadi ajk ke atau larikan diri sahaja. Kalau terlantik juga, buat kerja sambil lewa sahaja.
b.
Baca quran tak mau, alasannya tak reti. Tapi kalau bos yang suruh buat kerja, walaupun tak reti, susah payah buat.
c. Kursus untuk bisness sanggup berhabis duit tetapi nak masuk kursus baca quran berat sekali.
 
5. Manusia kedekut berbelanja untuk kebaikan

قُلْ لَوْ أَنْتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَائِنَ رَحْمَةِ رَبِّي إِذًا لأمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ الإنْفَاقِ وَكَانَ الإنْسَانُ قَتُورًا (١٠٠)
فَإِذَا مَسَّ الإنْسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لا يَعْلَمُونَ (٤٩)

Contoh krisis:
a. Nak
derma / sedekah RM1 ke atau RM0.10
b. Ketika pergi surau, nak pakai baju yang elok ke atau berlebih kurang sahaja.
c. Buat rumah, habis RM100 ribu, derma buat surau RM10 pun susah.

Sumber  :  myfaisal.online

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More