Sekretariat Bloggers PAS Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia terutamanya di Perak. Kenyataan Media pertama dari Sekretariat boleh dibaca dibawah.
Kenyataan Media (16 Mei 2010)
JANGAN BERMAIN DENGAN API
Sekretariat Bloggers PAS Perak telah menerima aduan tentang gangguan politik terhadap kakitangan awam khususnya di negeri Perak. Pihak Sekretariat beranggapan bahawa gangguan dan campurtangan politik terhadap kakitangan awam adalah sesuatu yang melanggar etika profesionalisma. Bacul dan hina. Sehubungan dengan itu, pihak Sekretariat mengingatkan agar pihak-pihak yang terlibat khususnya majikan mestilah mengamalkan profesionalisma kerja dan telus.
Aduan yang diterima kini menyatakan bahawa ada kakitangan kerajaan Kementerian Pelajaran khususnya di Perak telah diganggu dengan ugutan dan tekanan. Laporan yang diterima juga menyatakan bahawa seorang guru Kementerian Pelajaran telah ditukar ke luar negeri dengan tempoh arahan pertukaran 24 jam.
Tiada tuduhan disiplin selain dikaitkan dengan tuduhan terlibat dengan politik pembangkang. Beberapa orang guru juga dilaporkan sedang diugut dan ditekan untuk mengaku keterlibatan aktif mereka dengan politik pembangkang.
Sayugia dimaklumi bahawa sebarang gangguan politik akan menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam. Kami sangat yakin pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang menjawat jawatan sebagai kakitangan awam bersifat professional dan tidak mencampuradukkan antara politik dan tugas rasmi mereka.
Adalah diharapkan agar pihak Kementerian tidak terikut-ikut dengan rentak politik sempit beberapa individu yang terdesak untuk mempopularkan diri mereka. Beberapa individu yang disyaki terlibat di Perak yang menganggu kakitangan Kementerian Pelajaran telah dikenalpasti. Maklumat dan perincian agenda individu-individu itu juga telah lengkap diperolehi. Pihak Seketeriat amat kesal dengan campurtangan tersebut.
Adalah diingatkan kepada mana mana individu yang terdesak, agar tidak memangsakan kakitangan awam untuk mempopularkan politik mereka. Jika agenda ini berterusan digunapakai oleh individu itu dengan menggunakan kuasa politik menganggu kakitangan awam, demi keadilan dan pembelaan, Sekretariat akan mengarahkan seluruh gabungan Bloggers PAS dan Pakatan Rakyat Perak menggunakan kuasa media baru sepenuhnya untuk menghalang cita cita jahat tersebut. Jangan bermain api.
Sehingga kini pihak Sekretariat Bloggers PAS Perak telah dan berterusan mengumpul maklumat-maklumat kepincangan serta salahguna yang dilakukan oleh individu-individu yang terbabit. Ia juga termasuk masalah moral dan akhlak. Segala maklumat sedang diteliti dan terus diperkemaskan untuk tindakan jika gangguan jahat kepada kakitangan awam masih berterusan.
Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pendedahan dari maklumat awam untuk kami teliti. (sila emailkan aduan terus kepada Albanjari Online di alamat email, albanjari_online@yahoo.com)
Adalah menjadi disiplin dan akhlak Bloggers PAS untuk tidak menyerang individu dalam mencapai matlamat politik. Namun sekiranya gangguan politik terus digunakan untuk menganggu kakitangan awam yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan khidmat mereka terhadap rakyat, disiplin dan akhlak tersebut dikecualikan, biar wajah politik jahat yang terlindung selama ini terdedah dan diburaikan ke pengetahuan rakyat.
Sekali lagi Sekretariat Bloggers PAS Perak mengingatkan ahli politik UMNO agar jangan menggunakan kuasa politik untuk menganggu tugas kakitangan awam. Kuasa media adalah jauh lebih kuat dari kuasa politik. Kami akan menggunakan sepenuhnya kekuatan kuasa media bagi memperbetulkan kepincangan dan sebarang salah gunakuasa dan campurtangan di luar batasan.
Pihak kami akan terus memantau perkembangan ini dan akan bertindak jika sebarang gangguan dan campurtangan tidak dihentikan segera. Kami telah bersedia untuk melaksanakannya khususnya kepada seorang exco Perak yang cukup aktif melakukan kerja-kerja kotor lagi jahat ini. Kita memiliki banyak akses dari sumber dalaman UMNO sendiri yang benci dengan janji kosong serta sikap sombong beliau.
Albanjari
Presiden Sekretariat Bloggers PAS Perak.
2 Jamadilakhir/16 Mei 2010

Nota : Dengan tenang juga sedang mengumpulkan maklumat terakhir dan akan dedahkan wajah sebenar exco yang tidak bermoral dan beretika itu. Ingat langit tidak selalu cerah.
0 comments:
Post a Comment