Sepertimana diingatkan Muryidul Am PAS dalam suatu kuliahnya iaitu ` Perumpamaan orang yang berpegang teguh pada agama dan yang tidak berpegang pada agama seperti layang-layang yang ada tali dan layang-layang yang putus talinya`.
Layang-layang yang berterbangan di udara yang terputus talinya ini nampak 'galak' ke sana ke mari, melenggang-lenggok, melintang-patah dan sebagainya. Tetapi, ke mana berakhirnya ia? Ke dalam sungai, ke dalam laut, atas pohon buluh dan lain-lain.
Begitu juga dengan orang yang tidak mengambil agama sebagai panduan hidupnya. Mereka seperti layang-layang yang putus talinya. Nak berbuat apa sahaja tanpa ada batasan. Nak berzina, nak rasuah, nak hina orang, nak kurung orang dalam ISA, tak tahu bila nak dibicarakan, sedangakan mereka hidup seronok bersendirian..., semuanya boleh, tetapi mereka hanyalah layang-layang yang terputus.
Orang yang berpaut pada agama dalam hidupnya ini seperti layang-layang yang ada tali. Bila layang-layang itu terbang tinggi ke udara, ia masih ada tali untuk diturunkan oleh tuannya dan boleh pula diterbangkan lagi pada keesokan harinya. Inilah lebihnya orang yang berpegang teguh pada agamanya.

0 comments:
Post a Comment