Monday, May 10, 2010

ISU TEMBAK REMAJA SEMACAM MUSIM DURIAN

Anda seorang ibubapa yang penyayang.Tahukah anda dimanakah anak – anak anda sekarang.Kasihkan mereka dan jejaklah dimana mereka berada sekarang.

Begitulah kebimbangan ibu bapa sekarang terhadap keselamatan anak – anak mereka.Mungkin mereka mudah terjebak dengan dadah,lepak tanpa tujuan,bohjan, bohsia, hidu gam, rempit dan penyakit sosial yang lain.

Mutakhir ini sudah acapkali kita dihidangkan dengan isu remaja ditembak disana sini.

Teman tak mau komen sebab dan musababnya.Cuma teman terasa terkadang – kadang semacam musim durian di kampong aje.Mana tidaknya belum habis panas isu tembakan mati keatas remaja yang bernama Aminulrashid tiba – tiba isu seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu,baru – baru ini.

Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa.``Katanya.

Teman teringat zaman bebudak dulu bila sampai musim main layang semua pakat main layang, bila sampai musim main gasing semua pakat main gasing,begitu juga zaman budak milenium sekarang ni bila sampai musim main kereta kontrol semua kedai jual kereta kontrol.

Maksud teman begini bila isu tembak – menembak ini timbul seolah – olah macam musim buah - buahan aje.`` jangan main – main Yeop ! ini peluru bukan pistol ayor.``Kata seorang veteran Polis kepada kawannya  `dilobi parlimen ` sebuah masjid selepas solat maghrib tadi.

 Kata veteran Polis ini, dulu zamannya mana – mana Polis yang pergi kursus dilatih selama 1 tahun dan keluar pakai cota sahaja.Tapi sekarang dah singkat hanya 3 bulan aje dan keluar dah pegang pistol.He…. takut teman.`` katanya lagi.

Begitu juge mengeluhnya rakyat ramei.Dulu  musim bangunan runtuh macam - macam runtuh, bas accident lepas satu - satu accident, artis bercerai lepas sorang - sorang bercerai. Semuanya heboh. Keluhan seorang Ketua Kampung semasa menghirup ` kopi janda `di suatu warung kedai favorite yang taukehnya juga berstatus janda.

Teman teringat juga dalam satu cerita koboi ` high chaparall ` namanya`.Bapanya bernama John,isterinya Victoria dan anak tirinya bernama Blue.Bila Blue keluar ke ladang bersama koboi yang lain, ibu tirinya selalu bimbang kerana Blue yang berumur belasan tahun ini berani pandai bermain pistol.Teman tak minat Blue tapi minat Manolito sebab dia ni romantik. 

Berbalik kita kepada mangsa kejadian iaitu  Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.
Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus.
Mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

 Teman dan masyarakat orang awam mengharapkan  supaya pihak yang berkenaan bijak menangani isu ini dan bijak juga memulihkan kesangsiaan rakyat.Jangan sampai yang menjadi mangsa itu anak atau keluarga ahli politik, anak menteri tertentu baru kelam kabut 1 Malaysia.Maklum le anak menteri.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More