Tuesday, May 18, 2010

SOALAN YANG DIJAWAB DAN TIDAK OLEH MUFTI DAN TOKOH AGAMA

Soalan;

Assalamualaikum Dato` Seri, saya musykil dgn satu perkara; adakah memasukkan jari ke dalam pusat badan termasuk di dalam perkara yg membatalkan puasa dan jika ianya tergolong di dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan? terima kasih

Jawapan;

Tidak membatalkan puasa kerana pusat bukanlah rongga terbuka yang mempunyai saliran yang sampai ke perut. Kecualilah jika pusat itu mengalami luka atau tertusuk menembusi ke perut maka ketika itu batallah puasa jika dimasukkan sesuatu (menurut mazhab Syafi'ie).

Keluar mani ketika tidur

Soalan; Ustaz saya ingin bertanya; apabila saya bangun dari tidur selepas subuh saya dapati air mani saya telah keluar tanpa saya sedari,adakah batal puasa saya?

Jawapan;

Sesuatu perkara yang membatalkan puasa yang berlaku tanpa disengajakan dan di luar kawalan kita, tidaklah membatalkan puasa seperti makan tanpa sengaja, keluar mani kerana mimpi, muntah tanpa disengajakan dan sebagainya. Nabi s.a.w. bersabda tentang muntah; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Baginda juga bersabda; "Diangkat pena (yakni tidak dihitung dosa) dari tiga orang; dari orang tidur hingga ia bangun, dari kanak-kanak hingga ia dewasa (yakni baligh) dan dari orang gila hingga ia siuman" (HR Imam at-Tirmizi dan Saidina 'Ali r.a.. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib).

Masuk air dalam dubur; adakah membatalkan puasa?

Soalan;

Assalamualaikum , Dato` Seri saya hendak menanyakan soalan yang membuatkan saya muyskil. Apakah batal puasa kita sekiranya air memasuki ke dalam qubul atau dubur semasa berinstijak menggunakan air??

Jawapan;

Perkara ini menjadi khilaf ulamak. Menurut mazhab Syafi’ie; ia membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja (termasuk kerana berlebihan ketika beristinjak iaitu membasuh berak atau kencing (khususnya bagi perempuan)). Begitu juga, akan membatalkan puasa jika memasukkan jari. Jika tidak sengaja atau terpaksa tidaklah membatalkan puasa. Contoh terpaksa ialah orang yang mengidap buasir di mana lubang punggung terkeluar dan ia terpaksa menjoloknya dengan jari untuk memasukkan semula, tidaklah membatalkan puasa kerana ia terpaksa melakukannya.

Menurut Imam Daud, Ibnu Hazm dan as-Syaukani; ia tidaklah membatalkan puasa sama ada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja kerana tiada nas yang menegaskannya dan tidak pula dapat dikiaskan dengan makan, minum atau jimak. Pandangan kedua inilah yang ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fiqh Shiyamnya.

SOALAN – SOALAN YANG TIDAK DIJAWAB OLEH MUFTI DAN TOKOH AGAMA

Politik

Soalan : Assalamualaikum Dato` .Saya ada beberapa kemuskilan berkaitan politik.Saya harap penjelasan dari Dato`.

1. Apakah ada ajaran politik di dalam al-quran dan as-sunnah?
2. Apa hukum orang yang berkata; ”politik suku, agama suku”?
3. Kenapakah perlu kuasa politik untuk melaksanakan syariat allah?
4. Benarkah allah memerintahkan nabi muhammad s..a.w. supaya berdoa memohon kuasa politik?

Jawapan :

1.apakah ada ajaran politik di dalam al-quran dan as-sunnah?

Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89). Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut. (Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan. (Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti baginda sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

2.apa hukum orang yang berkata; ”politik suku, agama suku”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular. Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya. Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

3.kenapakah perlu kuasa politik untuk melaksanakan syariat allah?

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik. Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan munkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir). Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

4.benarkah allah memerintahkan nabi muhammad s..a.w. supaya berdoa memohon kuasa politik?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”. (al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

1 comments:

This comment has been removed by the author.

Post a Comment

1 comment:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More