Thursday, May 20, 2010

BERMADU ITU MADU - Siri 1 : Tenangkan Tension Anda

Entry kali ini, teman lakarkan kisah atau adengan yang ramai tidak mahu lihat iaitu berkaitan bermadu atau bahasa mudahnya berkahwin lebih satu.   Memohon kemaafan jika menyinggung perasaan  mana – mana pihak.
Semua orang inginkan perhatian dan kasih sayang.
Jika surirumah berkunjung ke pasar, pasarmalam, supermarket, pasartani  membedik – bedik buah – buahan disitu semua memilih dan maukan buah – buahan bermadu. Jambu madu, belimbing madu, limau madu, kelapa madu dan berapa banyak macam madu daaa….!
Cuma istilah dan terpalitnya status bermadu memang kadang – kadang sukar di terima, walaupun sesorang itu ahli mengaji ilmu agama ataupun isteri pimpinan gerakan Islam pun  sebaliknya. Bermadu sebenarnya madu kerana madu itu sunah mengubati penyakit kecuali mati.
Teman suka mengusik kawan – kawan teman bertanyakan anak mereka berapa orang. Selalunya mereka menjawab 3, 4, 5 orang anaknya, tapi teman ingatkan kepada mereka jawapan itu salah dan mesti sebut di amanahkan dan baru ada 3, 4 . 5 dan sebagainya.Kata teman lagi kerana anak – anak itu adalah amanah dan mesti sebut perkataan baru itu pula adalah doa untuk mendapatkan zuriat lagi.Kawan teman itu tersengih faham.
Kawan teman tanya teman pula. Anak mike berapa orang pulak ?.Teman jawab di amanahkan anak teman baru 5, tapi belum kahwin lagi. Kawan teman terkejut `` kenapa pulak !. teman kata kepada dia `` mike ni macam umno lambat faham `` maksud teman belum kahwin seorang lagi. Kawan teman bertambah tersengih dan ` nyerogen ` hingga nampak seronoknya pada dirinya kerana dapat motivasi baru. Pada adatnya ini sunahhtulah dan normal dalam kehidupan..
Pada suatu  hari teman dan kekawan ada program di Penang, singgah di suatu tempat namanya agak ganjil iaitu Kubang Semang. Teman terdengar ada kuliah di masjid itu `` kata ustaz tersebut semua orang doakan panjang umur tapi sampai masanya umurnya di matikan oleh Allah Swt. Tambahnya lagi  `` katanya mana – mana si isteri yang bermadu akan mendapat kebajikan daripada si suami yang baik yang membuat kebajikan kepada perjuangan menegakkan Islam ini. Dan inilah sebenarnya maksud doa panjang umur. 

Tahniah kepada yang bermadu kerana ` tak berpasai ` dapat pahala daripada suami.Teman setuju sangat.
Usik teman lagi. Kadang – kadang kita perhatikan emak mertua kita selalu menyembang petang – petang menanti maghrib dengan jiran sebelah rumah menceritakan kisah perangai banyaknya menantunya yang bermacam  ` peel ` dan ragam.
Kali ini kita tukar pula si menantu lelaki petang – petang bersantai dengan kekawan cerita pula kisah, ragam banyaknya mak mertua kita pula. Baru ` adil ` dan ngam. Maaf teman mengusik aje….!
Di bawah ini teman kongsikan perbincangan supaya kita adil dalam membuatkan keputusan bersama.
Jika tidak dapat berlaku adil, maka bernikahlah seorang sahaja.  Itulah pesanan Allah sejak awal-awal lagi.  
Kenapa perlu takut jika si suami mengaku mereka mampu. Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai. Berbincanglah dengan Allah. Bermaksud berbincang Allah dulu ialah melalui Istiqarah kepadanya.Jika mahu tahu kemampuan berlaku adil atau tidak, tanya Allah dulu melalui istikharah dan mendengar yang arif dan berpengalaman.
Amalan perbincangan merupakan sunnah yang di lakukan oleh Rasulullah termasuk dengan isteri - isterinya.
Poligami adalah medan untuk memimpin dengan adil antara isteri-isteri.  Jika berlaku aniaya kepada mana-mana isteri, maka isteri berhak keluar dari wilayah yang zalim tersebut.Carilah keadilan dari Yang Maha Adil yakni Allah.  Jalan terakhir dengan merujuk  wakil Allah di muka bumi ialah qadhi dan hakim yang menunaikan amanah.
Jika benar mahu ikut sunnah Nabi, mesti ikut semua sunnahnya termasuk menegakkan politik Islam, melaksana undang-undang Islam dan banyak lagi. Jangan memilih akan sunnah Nabi untuk kepentingan diri.
 Ada di kalangan si suami yang jiwanya kecil tetapi angan-angan besar. Seseorang yang baik dan niatnya betul tidak perlu takut dengan risiko
Jika lelaki mahu menegakkan hak dirinya bernikah ramai yang hukum asalnya harus, maka mereka harus sedar hak-hak ALlah yang lebih besar terhadap diri mereka bertaraf wajib yakni menyuruh ummat berbuat maaruf dan mencegah dari kemungkaran.
Jika akhlak Rasulullah s.aw tidak menjadi ikutan, maka dengan akhlak siapa mahu dipimpin isteri-isteri?
Tahniah bagi  yang sabar menghadapi dan mengharungi  ujian yang besar ini. Perkara yang penting mestilah berpandukan nas dan bimbingan  al-Quran atau hadis.  Ia tidak khusus untuk kes wanita yang dimadukan sahaja. Bahkan bagi suami-suami yang sabar berhadapan dengan kerenah isteri-isterinya.

Ini bukan bohong sunat atau nak hidup seperti dailog dalam filem ` Madu 3 ` tetapi mesti berpandukan kepada wahyu agama. Pengalaman Bung Mokhtar dengan Zizie tu cukup teruja bagi yang bergelar suami.`` wowww ``....tak tahu nak nyakap.

Ada satu cerita namapun cerita. Kawan teman sorang tu tiap - tiap hari berjumpa ` nyembang ` riuh nak pasang sorang lagi kerojenya. Tapi abuk pun tarakk. 

Dia kate kat teman dia nak kahwin 4, satu di Selatan, satu di Pantai Timur dan satu di Utara. Elok le kata teman. Teman perli dia kalu mike ada duit mike belikan kereta untuk bini - bini mike. Kalu nama Khadijah orang Johor mike beli plat keretanya JAH, Kalu nama dia Timah orang Melaka mike beli plat keretanya MAH,  kalu nama Saodah orang Kelantan mike beli plat keretanya DAH. Tapi kalu nama Atiqah orang Kedah mike beli plat keretanya KAH. Nanti orang akan kah...kah....kah kan mike.Marah benor dia pada teman. Mike bior bebenor. Ate mike yang mule.

Ttottt.... angin takde ribut takde kawan teman sorang lagi yang pendiam tu...pijak semut pun tak mati....tiba - tiba teman dengor udah weh pasang tige bini yee!. Ya Allah.... aje yang handei. Kawan teman yang riuh tu.... udah sohh ! gamaknya malu le tu. Teman juga nak niru ambil langkah diam macam kawan teman tu. Maklum le ambil berkat.

Itu semua cobaan...... dan ini adalah suatu kehidupan.

1 comments:

APA JADI BAITUL MUSLIMIN .Mike kosong tige lagi JE!,

Post a Comment

1 comment:

  1. APA JADI BAITUL MUSLIMIN .Mike kosong tige lagi JE!,

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More