Kali ini teman ingin berkongsi kebimbangan umat Islam dewasa ini kerana masih ramai wanita dibayangi masalah kurang faham mengenai isu ` menutup aurat `sepertimana dikehendaki oleh Islam.
Dulu kita maklumi bahawa diera tahun 80an pihak Arqam telah memulakan kempen menutup aurat dan diikuti beberapa pertubuhan Islam seperti ABIM dan sebagainya.Selepas itu kesedaran dikalangan umat Islam mula dirasai.
Kalau dilihat ketika itu ramai dikalangan kakitangan pejabat termasuk pelajar disekolah sudah mula mempratikan pemakaiannya walaupun masih belum dianggap sempurna.Cuma kedangkalan dan kenakalan pemimpin negara yang tidak peka kerana berpaksikan sekular dan berlaku pernah dizaman pemerintahan Dr. Mohamad mengatakan yang penting adalah keikhlasan hati,soal tutup atau buka itu persoalan lain,katanya.
Akhirnya kita era Islam Hadhari dan diikuti dengan 1Malaysia telah mula Nampak bahawa arahan tutupan Allah terhadap menutup aurat ini dianggap bukan perkara utama lagi kerana yang penting adalah perpaduan kaum sahaja.
Kini tidak hairan lagi terdapat wanita – wanita bekerja samada struktur awam atau swasta memang ramai yang tidak menutup aurat yang sempurna,malah ramai lagi yang membuka aurat.Teman kadang – kadang rungsing juga jiran sebelah pejabat teman sebagai contohnya iaitu Pejabat Pelancungan Negeri dimana kakitangan dengan bangganya berfesyen dan menunjukkan rambut masing – masing.
Memang tidak dinafikan bahawa adalah satu Kempen Menutup Aurat Secara Sempurna yang pernah diadakan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak ,tetapi kesannya tidak menyeluruhnya.Malah kakitangannya termasuk Jabatan Mufti, Bank Islam pun dilihat masih berfesyen ala sendiri yang menampakan bentuk tubuh dan sebagainya.
Untuk apa program ini diadakan.Lu fikirlah sendiri....
Kita pergi pula ke kedai – kedai makan pula,masih terdapat ramai pekerjanya yang tidak menutup aurat dan adakala pelanggan pula segan kerana pekerjanya ambil order makanan menampakan bentuk buah dada,parit punggung, ketiak dan sebaiknya yang memalukan pelanggan itu sendiri.
Agama Islam tidak pernah melarang kaum wanita berfesyen selagi mereka tidak melanggar batas - batas yang telah digariskan oleh Allah keatas mereka.
Persoalannya : Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna
Soalan:
Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai ‘jeans’ dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?
Jawapan:
Jawapan:
Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..
Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.
Firman Allah ayat dari Surah-Araf ayat 26 :
``Hai anak keturunan Adam,sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian untuk perhiasan,Dan pakaian taqwa yang paling baik ``.
0 comments:
Post a Comment