Tuesday, January 4, 2011

SUK SELANGOR SUK PERAK 2 KALI 5

25 Percen

Nampaknya tangan - tangan Kasim Pentolan kembali lagi menyaksikan jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat seperti berlakunya di Negeri Perak dulunya akan berlakunya di Negeri Selangor nanti.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi menegaskan, beliau tiada agenda politik apabila dilantik memegang jawatan tersebut berkuat kuasa kelmarin.
Memang le mungkin kamu  tak de agenda politik….tapi yang nmenghantar kamu kesitu memang ada agenda politik.

Bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

Minggu lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Khusrin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, dilaporkan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Dah nasib negeri – negeri yang dikuasai oleh bukan Bn….mesti ada perancangan politik.

Kita tengok sendiri  semasa Pakatan Rakyat memimpin negeri Perak dimana Setiausaha Kerajaan Negerinya, Dato` Abdul Rahman Hashim pun begitu perangainya….nampak baik tawadu, pijak semut tak mati, pegang etika perjawatan  tapi dibelakang buat kerja menjatuhkan kerajaan rakyat.

Antara pemain utama dalam rampasan kudeta Perak dah bersuara!

So.... Kerajaan PR Selangor... standby….nasib kamu seperti Perak akan menyusul.
Kasim Patalon UMNO ni dah keluar ayat suruh gi Mahkamah tuh!.......So, kalau dah sampai ke Mahkamah.. faham-faham laaaa….serupa macam bagi free je la apa yang ada kerana di Malaysia hanya mahkamah A.R Tompel sahaja yang nampak adil.

Sebelum ni kita pernah dengar jawatan yang sama bagi Negeri Kelantan iaitu semasa Dato` Wan Hashim bermasalah dengan kepimpinan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan diawal – awal Pakatan Ummah menang di Negeri Serambi Mekah itu di era 90an.

Pada sidang media hari ini, Khusin juga menegaskan, beliau tahu akan tanggungjawab dan peranan sebagai penjawat awam.

“Saya ingin tegaskan bahawa sebagai penjawat awam saya tahu peraturan dan tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat oleh penjawat awam.

“Saya tidak ada apa-apa agenda politik dan tugas saya adalah untuk membantu jentera kerajaan negeri sekarang berjalan dengan baik dan memastikan perhubungan antara eksekutif dengan pentadbir akan bertambah baik,” katanya.

Beliau juga berkata, tiada masalah sekirannya kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak membenarkannya menghadiri mesyuarat exco.

“Saya tiada masalah, saya tahu pelantikan saya adalah sah. Selagi saya tidak mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar saya tidak boleh menghadiri mesyuarat.

“Tiada masalah,” katanya yang akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Khamis ini.

Terdahulu, Khalid pada sidang media berkata Khusrin tidak akan hadir pada sebarang majlis mesyuarat kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi sebagai ‘ex-officio’.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Teman perhatikan dalam dunia ini khususnya di Malaysia ini ada 2 kejadian memalukan kerana yang pertama orang yang menang menjadi kalah manakala orang kalah menjadi menang sepertimana berlaku di Perak tadi.

Kalaulah teman ditempat DS Zambry teman orang yang paling malang dalam dunia kerana orang yang kalah boleh diangkat jadi Menteri Besar.

Manakala orang yang bermasalah ketika memimpin satu institusi agama di Selangor….tiba – tiba diangkat menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri….dah lah pulak mengaku tak beberapa boleh bercakap orang putih….yes no alright....ini kerajaan Negeri bukannya JKKK.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More