Thursday, December 16, 2010

SURAH WAL ASRI DIINGAT TAPI DILUPAKAN

 Diantara surah Al – Quran yang mesti dibaca malah tidak ` mist ` di sebut dalam mana – mana program…. tapi surah ini  dilupakan oleh kerana sikap alpa orang yang berjuang ialah surah Wal – Asri.

Teringat teman teka teki zaman kanak - kanak ditadika  dulu....kata cikgu ` murid - murid apakah benda waktu kita bermain dipadang....waktu ingat kita tinggal, tapi waktu kita lupa kita bawak....pening - pening bebudak tadi....akhirnya cikgu bagitahu jawapannya ialah ` KEMUNCUP `yang lekat kat seluar.

Ciri – ciri keberkatan perjuangan Islam ialah pendokongnya menepati masa, tidak membuang masa dan menghormati masa….bahkata orang putih ` TO BE ON TIME `…..baru ada berkatnya.

 Kita sering melafazkan kalimah`` Wal Asri ``  yang bermaksud  ` demi masa sesungguhnya manusia didalam kerugian `` diakhir pertemuan samada berbentuk tazkirah, kuliah, majlis ceramah dan ilmu maupun pertemuan biasa. Namun begitu  banyak kita melafazkan kalimah ini lebih banyak lagi  tidak mempratikannya dalam kehidupan seharian.

Kenapa ianya berlaku. Adakah ini juga retorik [ dengan izin ]….sebelum kita bercakap ` Road To Putrajaya` benda yang basic ini pun kita lepas….bagaimana ye ?.

Teman kadang –kadang tersenyum sorang – sorang kerana ada yang bernama pakar motivasi, penceramah, fasilitator  bentangkan kertas  pengurusan konflik, pengurusan diri, pengurusan masa hebat….tapi terkena pada batang hidung sendiri ` cakap tak serba bikin `.

Setiap pekerjaan menjadi sebahagian daripada amal ibadat jika dilakukan mengikut syaratnya. Islam memandang mulia semua jenis pekerjaan sama ada bekerja sendiri atau makan gaji dan memandang hina sesiapa yang malas kerja serta mengharapkan belas ihsan orang lain. Galakan bekerja dituju kepada golongan lelaki yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada keluarganya.

Etika kerja dalam Islam menitikberatkan disiplin serta menepati masa. Setiap pekerja diberi syarat termasuk waktu berkerja dan menjalankan segala arahan dalam masa ditetapkan. Malangnya, ada sebilangan yang suka curi tulang.

Amat malang bagi mereka yang diamanah sebagai pekerja jamaah Islam samada dipejabat dan sebagainya mengekalkan `` datang lambat `dengan menciptakan alasan demi alasan.

Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taubah, ayat 105 yang bermaksud:
“Dan katakanlah (wahai Muhamad): beramallah kamu (akan segala) yang diperintahkan, maka Allah dan Rasulnya serta orang beriman akan melihat apa kamu kerjakan, dan kamu akan dikembali kepada (Allah) yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, kemudian dia menerangkan apa yang kamu kerjakan.”

Salah satu perkara yang ada pada orang Melayu yang teman tak suka adalah tidak menepati masa. Janji pukul 9.00, maka 10.00 baru sampai. Sehinggakan ada yang menjadi malas untuk hadir ke majlis-majlis dan juga ceramah-ceramah lantaran sikap Melayu yang memang susah menepati masa.

Teman kadang – kadang naik hot jugak kerana ada juga yang hendak mengiyakan tindakan lambat mereka dengan memberikan alasan `` alahai Almarhum Ustaz Fadzil  Noor pun datang lambat ``…..yang itu teman tak dak komen…mungkin beliau ada alasan yang orang bawahan tak nampak….apa – apa alasan  pun teman kurang setuju.

Selama teman bersama organisasi Islam ini , belum pernah teman lihat mana-mana majlis orang Melayu Islam yang dimulakan tepat pada masa. Ceramah politikpun macam tu. Penceramahnya selalu datang tidak menepati waktu (mentang-mentanglah ada diantara mereka menjadi penceramah jemputan)....tak bagi duit ` salam ` baru tahu.

Penyakit orang melayu ini sebenarnya telah meresap didalam orang yang berjuang jamaah  Islam ini. Realitinya sudah menjadi trend terkadang – kadang sengaja melewatkan diri hadir ke program dengan alasan jika program jam 10.00 pagi, terdetik dihati mereka….alahai biasa lee…pukul 11.00 pagi tak mula lagi….maka yang suka melayani karenah cucu yang balik dari KL ke, maka cucu didahulukan. yang perempuan atau muslimat yang suka menonton drama Indon` cinta kirana `, maka menonton drama didahulukan, jika orang muda sukakan bola, maka bola didahulukan dan akhirnya mereka ketempat program, mesyuarat, usrah, taklimat, perjumpaan dan sebagainya lewat mengikut jadual. 

Sebenarnya penyakit tidak menepati masa ini juga telah meresap sebahagian daripada pimpinan jamaah Islam. Ada ahli - ahli baru yang terpaksa mengadaikan prinsip menepati masanya kerana berada di organisasi barunya itu.

Itu belum teman bercakap isu etika pakaian kerana perkara ini selalunya sensitif. Ada yang kita perhatikan ketempat kerja….masyaAllah.... semua pakaian diseterika hingga tak da ruang semut nak mencelah, angun bergaya dan sebagainya.  Tetapi jika tempat program jamaah seolah – olah sengaja pakaian lusuh dan tidak kemas terkadang – kadang pakaiannya tidak masuk dengan suasana program.

Penyakit yang lain pula, terdapat dikalangan ahli - ahli mesyuarat yang kebiasaannya ` datang lewat balik awal` kerana sebab- sebab tertentu,  tetapi  boleh berjam - jam ` bersembang ` di lobi markaz, pejabat, kedai kopi selepas keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.

Kenapa orang kafir di Korea atau Jepun, mereka sangat menepati masa. Ini adalah fakta. Tiada siapa dapat menafikan. Jika mereka terlewat, mereka merasakan seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar walaupun tempoh terlewatnya tidaklah terlalu lama. 

Kalau orang kafir boleh bersikap sebegitu rupa, kenapa kita orang Islam tak boleh ? ….cakap tentang Islam berdegar-degar tapi tunjukkan teladan yang tak baik.

Terkadang – kadang program yang kita anjurkan untuk bukan Islam, kita yang lambat, tetapi mereka datang awal sebelum program diadakan.

Mulakan perubahan sekarang. Kita mampu mengubahkannya.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More