Orang Melayu memang terkenal dengan gelaran masing – masing dalam kehidupan mereka. Ianya berbeza dengan orang Arab memanggil nama anaknya dengan nama yang indah dan penuh barakah seperti ` Ya Mohammad Najib ` ataupun jika perempuan ` Ya Rosmah ` terkadang – kadang mereka panggil anak – anaknya dengan datuknya sekali seperti contoh ` Ya Mohammad Najib Bin Abdul Razak Bin Noh `.
Berbeza dengan orang Melayu…nama anaknya sedap – sedap belaka tapi jika anaknya bernama Muhyidin….maka dipanggilnya ` `Yid ` atau ` Din ` saje…itu pun ada pulak bermacam – Din gelarannya ada` Din Renyang , Din Ronsing, Din Mangkok dan bermacam – macam Din lagi…itu tak termasuk yang bernama ` Mat ` lagi banyak le jawabnya….Mat Skru, Mat Spana….pun ada…pening – pening teman.
Itu yang tok lakinya...tapi kalau perempuan tentu nama yang indah seperti Rosmah tadi, Salmah, Normah, Sarimah....dah tentu tentu panggilannya ` Mah `....kena pulak si Mah tu badannya gemuk ke buncit ke, tetek besar ke macam isteri PM tu....tentu dipanggil Mah mana ?.....alahai ` Mah` yang ` montel ` tu....ha ha ha.
Itu yang tok lakinya...tapi kalau perempuan tentu nama yang indah seperti Rosmah tadi, Salmah, Normah, Sarimah....dah tentu tentu panggilannya ` Mah `....kena pulak si Mah tu badannya gemuk ke buncit ke, tetek besar ke macam isteri PM tu....tentu dipanggil Mah mana ?.....alahai ` Mah` yang ` montel ` tu....ha ha ha.
Itu tak termasuk yang kategori suka melakukan kejahatan..maka ada gelarannya pulak seperti ` kaki betina, kaki judi, kaki tonggang, kaki raba dan bermacam – macam yang terdapat di bumi Malaya ini.
Almarhum Dato` Fadzil Mohd Noor dalam satu kuliah yang pernah teman dengar seketika dulunya menceritakan kisah pemimpin yang menyesatkan rakyat kerana membawa panji – panji syaitan kepada rakyatnya.
` Diakhirat nanti semua hamba Allah didunia yang mengikuti jejak langkah syaitan bertanya dan memohon pertolongan daripada syaitan untuk melepaskan diri daripada siksaan api neraka….`` kata mereka….` wahai syaitan tolonglah kami…kami didunia memberikan ketaatan setia dan kepatuhan tidak berbelah bahagi kepadamu dan engkaulah idola kami, maka tolonglah kami…`` kata syaitan itu tadi, kamu semua nak mintak aku tolong kamu….Eh..eh…aku sendiripun tak lepaih [ lepas ] neraka.
Maka amat rugilah mereka – mereka yang mengikuti jejak langkah didunia penyesat ini kerana syaitan juga tidak terlepas daripada hukuman Allah swt.
Dalam satu kuliah lain Almarhum pernah menyebut kisah dalam bulan Ramadhan iaitu ` dimana pihak penguatkuasa Jabatan Agama dan Polis membuat serbuan disebuah restoren 786 yang menjalankan operasi kepada umat Islam yang tidak berpuasa, maka apabila serbuan dibuat semua yang ada di restoren itu termasuk pekerjanya lari lintang pukang menyelamatkan diri masing – masing…tiba – tiba Polis melihat hanya seorang lelaki tua tidak lari dan terus duduk dan Polis bertanya…kenapa kamu tidak lari…kata orang ini….` tengok kakilah `….Polis bertanya lagi, berani kamu menjawab dengan Polis, kata orang tua ini lagi…` tengok kakilah ` lalu Polis memeriksa kakinya dan didapati orang ini memang benar – benar tidak berkaki ataupun kudung kakinya. Patutlah tak lari.
Cerita diatas mengambarkan bahawa dunia ini semakin parah di warnai dengan maksiat dan dosa akibat keangkuhan dan kesombongan yang bergelar pemimpin yang tidak membawa rakyatnya kearah mentaati Allah dan rasulnya.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Ada tiga jenis yang Allah tidak akan mengajak berbicara mereka pada hari kiamat, tidak akan mensucikan mereka, tidak melihat kepada mereka dan bagi mereka siksaan yang pedih. Orang tua yang berzina, raja yang berdusta, dan orang miskin yang sombong'," (HR Muslim [107]).
Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yasar r.a, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lantas ia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan mengkhianati rakyatnya kecuali Allah haramkan atasnya surga," (HR Bukhori [7150]).
Masih diriwayatkan dari Abu Umamah r.a, Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua jenis ummatku yang tidak akan mendapat syafa'atku: pemimpin yang zhalim dan berbuat semena-mena, setiap orang yang melapui batas dan sesat," (Hasan, HR ath-Thabrani [8027]).
Ancaman keras dan celaan terhadap pemimpin zalim yang diangkat Allah untuk memerintah rakyat, namun mereka justeru mengkhianati, menzalimi, menipu, dan membohongi rakyat.
Mereka selalu memberi janji - janji namun tidak pernah ditepati. Oleh karena itu, semua hamba yang dizalimi akan menuntut mereka pada hari kiamat kelak, akibatlah timbullah kerugian, kehinaan, dan penyesalan.
Sepatutnya seorang pemimpin senantiasa membuka pintunya untuk memenuhi kehendak rakyat, untuk mendengar laporan orang-orang yang terzalimi. Barangsiapa menutup pintunya maka Allah akan menghukumnya dengan tidak menerima do'anya dan tidak akan diperkenankan segala permohonannya.
Kezaliman, kejahatan, dan penipuan yang dilakukan oleh para pemimpin akan menghalanginya untuk mendapatkan syafa'at Rasulullah saw. Dari sini jelaslah bahawa dosa mereka lebih besar daripada pelaku dosa-dosa besar, sebab syafa'at Rasulullah saw. tetapi diberikan kepada ummat beliau yang melakukan dosa besar.
Kekuasaan dan kepemimpinan adalah sebuah beban. Bagi orang yang mau menerima bahan tersebut sudah selayaknya melaksanakan semua kewajibannya agar ia tidak menjadi seorang pengkhianat lalu dicampakkan ke dalam Jahannam dalam keadaan yang hina-dina.
Wahai pemimpin, sampai bilakah kamu terus membelengu rakyat dan angkuh digelar ` kaki maksiat ` dan lain - lain label yang menjijikan.
0 comments:
Post a Comment