Sejak dua menjak ini blog dengantenang sentiasa ceria dan tersenyum megah.
Mana tidaknya semua rakyat 1Malaysia bercakap tenang, tenang, tenang selepas kematian ADUN Tenang itu.
Dengantenang semakin tenang apabila menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat baru – baru ini dan tersentuh dengan kenyataan terbaru pimpinan tertinggi parti DAP Itu…..walaupun dalam perjalanan pulang dari Kepala Batas ke Kuala Kangsar terpaksa berdepan dengan 3 situasi ` jam ` hampir 2 jam tersangkut dilebuhraya persekutuan tersebut…..tapi wajahku kian tenang walaupun jika berlaku di hari – hari biasa sudah ku makikan puak – puak PLUS yang menyebabkan lalulintas ini kerana membaiki jalanraya tersebut dimalam minggu yang kenderaan banyak nak ke selatan.
Tapi bila teman dapat tahu yang Ketua Menteri Serawak berkahwin dengan gadis Lubnan berusia 28 tahun….perasaan tenang mula berkocak….bukan teman dengkikan rezeki pembesar ini tapi….eheheh ! kalaulah teman ditempat dia alangkah seronoknya teman dapat berkebun diladang yang subur ini…..akan ku hiburkan hatinya, akan ku bahagiakan istananya, akan ku serahkan khazanah negeri…..minyak, lada hitam semuanya untukmu …..wahai permaisuriku…..tapi aku takut dan terlintas dan bermain diruang mataku mampukah aku memberikan nafkah kepadanya kerana ` 010 ` perlu ada kekuatannya…..ahhhhh……itu semua ` small matter ` boleh ku aturkan yang penting aku bahagia….apa mereka nak kata itu hak mereka….inikan negara demokrasi dan kebebasan bersuara….biarkan apa mereka nak kata yang penting gadis Lubnan ini telah menjadi miliku…..
Tiba – tiba deringan sms telefonku berbunyi kuat lalu ku baca mengajakku bermesyuarat katanya pilihanraya semakin hampir dan jangan bermimpi lagi…..baru ku tahu lamunan gadis Lubnan hanya mimpi yang menipuku. Astafirullah Al Azim.
Teman bangun dengan semangat bahkata orang Perak ` beronkas ` lalu buka blog kekawan dan beristifar panjang melihat Ketua Wanita umNO memakai ` santa claus `….ada yang mengusik nak menunggu jawapan mufti Perak….teman kata dalam hati teman buang masa aje….kerana jawapannya mesti standard ``katanya ….hasil maklumat yang saya perolehi bahawa Datuk Seri Shahrizat tidak melakukan syirik dan khurafat kerana kejadian itu berlaku dalam keadaan beliau tanpa ` NIAT `….saya ulangi lagi bahawa kejadian ini juga seperti pernah berlaku keatas YAB. Dato` Seri Zambry baru – baru ini….saya harap pihak – pihak tertentu jangan mempolitikan isu ini.
Teman lupakan kegembiraan Ketua Menteri ini….teman doakan dia bahagia….InsyaAllah giliran teman akan menyusul….mungkin Maghribi, mungkin Iran, mungkin Kambodia ataupun teman dapat kesemuanya disyurga nanti….itu yang hakikinya bahkata sebuah lagu nasyid tu ` Syurga menanti `.
Sekarang ini fokus teman mesti bangkit menentang umNO dan Bn….bukan masa untuk beretorik, berilusi atau syok sendiri kerana ` Putrajaya ` tidak semudah tebalnya kertas kerja, tidak semudah berseminar dan tidak semudah berkonvensyen.
Mari kita buktikan....masa berbulan madu telah pun berlalu.
0 comments:
Post a Comment