"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?" (Hassan al-Banna)
RUMAHKU SYURGAKU
KHALILUL RAHMAN, MAHANI SABRI, ABDUL MUIZZ, KHAIRUNNISA AMANI, MUHAMMAD AZIM, NURUL JANNAH, ASMA` : Wahai anakku : “andai perjuangan itu mudah,pasti ramai yang menyertainya. andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan di dunia sahaja,pasti ramai yang tertarik padanya..tapi hakikat perjuangan bukan begitu,turun naiknya,sakit pedihnya,umpama kemanisan tak terhingga… Andai rebah,bangkit lah semula..Andai terluka,ingatlah janjiNYA..Selamat bermujahadah dan berjuang buat semua…”
ISTIMEWA DI DAERAHKU
moh...kite pekena lakse kuale weh ! lain daripada yang lain lain. jangan lupe irup cendolnya sekali.
Total Pageviews
IA PERGI MENEMUI TUHANNYA
1938 - 2007 : Almarhum Tuan Guru Haji Sabran Asmawi adalah seorang tuan guru yang perwatakannya lembut lagi tenang.Almarhum seorang yang warak dan menjiwai perasaan orang bawahannya.AL - FATIHAH.
DOA AS-SHIFA
Dengan Nama ALLAH , yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Daripada Ibnu Umar r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah memperbanyak percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t, maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah S.W.T ialah mereka yang berhati keras.”-H.R Tirmizi.
Kali ini teman ingin berkongsi kebimbangan umat Islam dewasa ini kerana masih ramai wanita dibayangi masalah kurang faham mengenai isu ` menutup aurat `sepertimana dikehendaki oleh Islam.
Dulu kita maklumi bahawa diera tahun 80an pihak Arqam telah memulakan kempen menutup aurat dan diikuti beberapa pertubuhan Islam seperti ABIM dan sebagainya.Selepas itu kesedaran dikalangan umat Islam mula dirasai.
Teman memang sedar kurang arif tentang agama,malah jahil dalam tindakan.
Dalam keadaan sedar tadi,teman hairan dan sedikit terkejut dengan kenyataan terbaru Mufti negeri teman yang menyatakan tidak boleh bercakap politik di masjid – masjid.
Perlu diingatkan bahawa masjid bukan tempat mengisi kekosongan masa lapang semata – mata atau pun tunggu waktu tengahari ataupun makan malam sahaja.Ada diantara jamaah hanya menunaikan solat selepas itu ` nyandor ` ditiang masjid dan balik ke rumah ` megholoh ` iaitu tidur untuk menanti hari esok i dan fikir apa yang hendak minum pagi esok. itupun kalau tidak mati.
kau
kenal tak apa itu kebodohan
saat kau tidak mengerti tentang sesuatu perkara
kau mula menggaru - garukan kepala
kau blur
kau imaginekan sesuatu yang tidak kena pada objeknya
mata kau berpinar-pinar sambil mencari sesuatu sebab yang munasabab
akhirnya, tak jumpa
malas kau nak pikir banyak - banyak tiba-tiba
kau biarkan ia larut begitu saja
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.Biarpun kalah dari sudut undi,namun Pakatan Rakyat tetap menang dari aspek moral.
Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.
Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek.
Teman selaku rakyat Negeri Perak yang cintakan keadilan tidak terkejut malah sudah menjangkakan bahawa Mahkamah akan membebaskan tuduhan rasuah terhadap 2 katak yang melompat duduk sebanglo berbantaikan Umno iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapten [ B ] Mohd Osman Mohd Jailu beberapa hari yang lalu.
Teman sebenarnya malas nak ulas dengan keputusan mahkamah ini kerana hanya mahkamah Allah sahaja yang adil seadil – adilnya.Cuma teman nak tumpang sekaki menyuarakan kebencian amat sangat kerana bila lagi kepercayaan rakyat dan kesangsian rakyat kepada sistem kehakiman ini dapat dibersihkan.
Pilihanraya Hulu Selangor semakin panas.Sana – sini berita digambarkan pimpinan dan ahli Parti Keadilan Rakyat keluar parti.
Kerunsingan rakyat kepada Pakatan Rakyat jangan ditambahkan lagi.Biarkan harapan rakyat kepada pakatan ini terus utuh dan berkeyakinan menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.Mana – mana pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang tiada kekuatan diri,mental,ada kes mahkamah dan problem ekonomi lebih baik bertindak sekarang untuk keluar daripada menyusahkan perjuangan yang besar ini.
Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menyaksikan bahawa Umno baru tahu arak dan judi itu haram disisi Islam.
Seorang demi seorang memimpin Umno menghardik dan membenci najis arak ini.Pemimpin mereka menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.
Sudah menjadi lumrah berpilihanraya.Dimana ada pilihanraya disitu ada janji – janji,samada bergelar wang ringgit, projek, janji manis dan sebagainya dan paling yang ditakuti ialah rasuah.
Banyak untungnya pilihanraya ini.Sebelum ini wakil rakyat hanya menjenguk 5 tahun sekali dan datangnya mereka dengan senyuman memikat seolah – olah pijak semut pun tak mati baiknya mereka ini.
KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Mutakhir ini kecoh mengenai Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mewakili umat Islam di negeri ini mengecam tindakan penyokong pembangkang membaling telur busuk dan memijak papan tanda membantah pembabitan Apco Worldwide di Masjid Sultan Idris Shah II baru – baru ini.
Elok juge kalinya teman nak bercakap mengenai sombongnya manusia kepada penciptanya.
Teman ni tak sombong.Lagi pun apa le yang teman nak sombongkan kerana yang ada hanya gigi dan lidah sahaja.Mungkin Allah SWT uji dengan kekayaan mungkin teman juge dalam kategori sombong.Itu yang teman takutkan.
Sombong bermaksud dirinya hebat dan terasa kelebihan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Teman terkejut dengan tindakan Umno untuk terus menguasai Institusi Masjid apabila memastikan tindakan mereka dengan menyusun semua perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) yang telah diberikan tauliah tempohari sebenarnya telah melanggari peraturan amalan yang telah dilakukan selama ini terutama perlu melalui proses temuduga telah diketepikan.
“Sabarlah… kawan aku dahulu sakit macam ini juga. Walaupun dia meninggal dunia, aku yakin engkau mampu mengatasinya!” seorang teman yang baik hati memberi nasihat.
Hatinya baik.
Tetapi hati yang tidak dipandu akal, menyebabkan mulut ditimpa bebal. Bercakap sesuatu dengan maksud yang baik, tetapi salah memilih perkataan.
Dia menyangka perkataannya bisa mengurangkan penderitaan teman yang diziarahi. Hakikatnya, perkataan simpati yang dilontar itu sungguh pedih dan membunuh harapan.
Manusia adalah makhluk yang sempurna dimuka bumi ini dan mempunyai kekuatan akal yang diberikan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amanah.Allah SWT akan menguji sejauhmana tingginya kesabaran dan keimanan sesorang hambanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan." (Surah al-Isra', ayat 70)
Kebiasaannya teman balik noreh dari ipoh ke kuale tiap – tiap hari hampir maghrib.Kekadang naik hot nengok perangai anak – anak bermain hingga ralet [ lupa ] waktu dah masuk.
Selepas waktu solat maghrib teman pun membaca le apa yang patut untuk nambah – nambah bekalan disana nanti.Tiba – tiba teman terpasang siaran berita yang teman sebelum ni tak berapa berkenan kerana beritanya asyik ` BN always right `dan orang lain semua salah,lebih – lebih lagi gelagat baiknya mereka kepada pengundi di Hulu Selangor.
Kini budaya bohong atau janji – janji palsu kembali datang lagi.Perkataan bohong ini sama ertinya dengan menipu,dusta atau dalam loghat Peraknya` bedeaah ` ataupun ` ngechik `.
Ada orang berbohong untuk dapat kuasa.Ada juga orang berbohong untuk menjatuhkan kuasa .Kalau disekolah sesorang murid boleh berbohong kepada Guru Displin diatas kelewatannya datang kesekolah atau melanggar etika displin sekolahnya dari mendapat hukuman.Kerapkali dalam permainan bolasepak sesorang boleh berbohong terjatuh dipintu gol lawan untuk mempergaruhi pengadil dapatkan penalti dan sebagainya.
Fenomena bohong ini sebenarnya telah ujud hasil politik didikan barat tanpa merujuk wahyu Ilahi yang disana ada kaitannya dosa dan pahala.
Ada orang kata, ketika sakit barulah kita tahu akan nikmat sihat. Bila kita kesempitan barulah kita menyedari akan nikmat keluasan masa yang ada. Bila kita keseorangan, ketika itu baru disedari akan nikmat hidup berteman.
Saudara, kadang kala kita jarang terfikirkan tentang nikmat yang diberi oleh Allah swt kepada kita. Kita sering lupa dan alpa dengan bermacam nikmat yang dikurniakan tatkala ingin mengejar kemewahan dunia semata. Dalam Islam, kita tidak disuruh untuk meninggalkan atau melupakan dunia seperti mana firman Allah yang bermaksud:
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu melupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.”
Kehangatan menjelang Pilihanraya Kecil Hulu Selangor mula dirasai.
Najib Razak awal-awal lagi turun padang di Hulu Selangor. Najib seolah – olah sudah berkampung disana.Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa jarang sekali Najib turun padang sebelum penamaan calon.
Dalam kenyataan semalam Najib memulakan kempen memberi rasuah politik kepada rakyat dengan berkata bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sg. Dusun di daerah Hulu Selangor.
Teman terpanggil untuk berkongsi diskusi mengenai keruntuhan moral di kalangan remaja setelah saban hari didedahkan dengan pelbagai karenah remaja yang semakin menakutkan di akhbar-akhbar utama negara.
Kajian menunjukkan semua tempat yang berstatuskan keruntuhan moral dan akhlak seperti dadah,seks bebas,anak luar nikah,bohsia,bohjan,GRO,lepak dan sebagainya menunjukkan remaja melayulah yang berprofil tinggi.Teman ingatkan hanya orang politik sahaja yang berprofil tinggi melakukan rasuah dan seks. Mungkin inilah kepimpinan melalui teladan yang dimaksudkan itu.
256- Bab Pada Menyatakan Mengumpat Yang Diharuskan
Berkata Imam Nawawi r.a.: Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.
1- Pengaduan penganiayaan.
Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini.
2 - Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran.
Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram.
3 - Bertanya hukum atau cara penyelesaian.
Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya sebagaimana pada hadis riwayat Hindun r.a. yang kami akan sebut Insya Allah.
4 - Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.
Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu.
Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini.
Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain).
5 - Jika dia seorang yang jelas meunujukkan kefasiqannya atau bid’ahnya.
Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang kami sebutkan ini.
6 - Untuk dikenali
Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran seperti (si pulan) yang berdener matanya atau yang tempang, yang tuli, yang buta, yang bole atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan mereka tadi. Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk mencelanya. Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَجُلًا اِسْتَأْذَنَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقَالَ: ائْذَنُوا لَهُ, بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1532/1- Daripada Aisyah r.a., sesungguhnya ada seorang lelaki meminta izin untuk berjumpa Rasulullah s.a.w., dan baginda bersabda (kepada para sahabat): Izinkan dia (masuk). Dialah sejahat-jahat ahli keluarga.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Berkata Imam Nawawi: Imam Bukhari berhujjah dengan hadis ini dalam membolehkan mengumpat orang yang jahat dan yang tidak tetap pendirian.
Diharuskan mengumpati mereka supaya kita tidak terkena kajahatan mereka dan tidak terpedaya dengan zahir mereka.
وَعَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَظُنُّ فُلَانًا وَفُلَانًا يَعْرِفَانِ مِنْ دِينِنَا شَيْئًا. رَوَاهُ البُخَارِيُّ. قَالَ اللَّيْثُ بنُ سَعْدٍ, أحَدُ رُوَاةِ هَذا الْحَدِيْثِ: هَذانِ الرَّجُلانِ كَانَا مِنَ الْمُنَافِقِينَ.
1533/2 - Daripada beliau juga (Aisyah r.a.) katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku rasa kedua-dua orang ini sedikit pun tidak mengenali agama kita ini (Islam).
Hadis riwayat Bukhari. Berkata al-Laith bin Saa’d (salah seorang perawi hadis ini) : Kedua-dua orang ini adalah daripada kalangan munafiqin.
Harusnya mengumpati orang yang munafiq supaya zahir mereka tidaklah memperdayakan orang yang tidak mengetahui hal sebenar mereka.
Kita tidak boleh menuduh sewenang-wenang seseorang dengan munafiq.
وَعَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقُلْتُ: إِنَّ أَبَا الْجَهْمِ ومُعَاوِيَةَ خَطَبَانِيْ, فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَّا مُعَاوِيَةُ فَصُعْلُوكٌ لَا مَالَ لَهُ, وَأَمَّا أَبُو الجَهْمِ فَلَا يَضَعُ العَصَا عَنْ عَاتِقِهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَفِيْ رِوَايَةٍ لِمُسْلِم: وَأمَّا أبوْ الْجَهْمِ فَضَرَّابٌ لِلنِّسَاءِ.
1534/3 - Daripada Fatimah binti Qais r.a. katanya: Aku datang menemui Nabi s.a.w. dan aku memberitahu baginda: Sesungguhnya Abu Jahmi dan Mua’wiyah masuk meminangku. Baginda bersabda: Mua’wiyah tu miskin dan tidak berharta. Abu Jahmi pula tidak membuangkan tongkat daripada bahunya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Perhatian: Hadis ini tidak diriwayatkan oleh Bukhari sebagaimana yang beliau sebutkan. Perkara ini memang diketahui bagi orang yang mengkaji Riyadus Solihin. Memang hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud. Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad, Malik dan juga Darimi.
Dan pada riwayat Muslim : Abu Jahmi pula suka memukul perempuan. Dan ini adalah tafsir kepada riwayat: tidak membuang tungkat daripada bahunya. Ada juga yang berpendapat maknanya banyak bermusafir.
Harus menceritakan keburukan calon suami atau isteri kepada pasangan mereka.
Menyatakan pandangan terhadap calon suami atau isteri tidaklah termasuk dalam mengumpat yang diharamkan sekalipun dengan menyebut keburukan dan kelemahan mereka.
3 - Kita mestilah berhati-hati dalam membuat keputusan.
4 -Pandangan orang yang berilmu atau berpengalaman adalah penting dalam menentukan sesuatu.
Kita mestilah memberikan nasihat jika diminta.
وَعَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ أَصَابَ النَّاسَ فِيهِ شِدَّةٌ, فَقَالَ عَبْدُاللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ: لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا, وَقَالَ: لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ, فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَأَخْبَرْتُهُ بِذلِكَ, فَأَرْسَلَ إِلَى عَبْدِاللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ, فَاجْتَهَدَ يَمِينَهُ مَا فَعَلَ. فَقَالُوا كَذَبَ زَيْدٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَوَقَعَ فِي نَفْسِي مِمَّا قَالُوا شِدَّةٌ, حَتَّى أَنْزَلَ اللَّهُ تعالى تَصْدِيقِي:﴿ إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ ﴾ ثُمَّ دَعَاهُمُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَسْتَغْفِرَ لَهُمْ فَلَوَّوْا رُءُوسَهُمْ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1535/4 - Daripada Zaid bin Arqam r.a. katanya, kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam musafir yang penuh dengan kesusahan. Maka Abdullah Ibnu Ubayy berkata: Jangan seorang pun daripada kamu memberikan belanja kepada sahabat-sahabat Rasulullah sehinggalah (akibatnya) mereka akan berpecah belah. Dia juga berkata: Jika kita pulang ke Madinah, maka orang yang sangat mulia (Abdullah Ibni Ubayy) akan menghalau orang yang sangat hina (Rasulullah). Aku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu baginda perkara tersebut. Rasulullah pun mengutuskan utusan menemui Abdullah Ibni Ubayy (untuk bertanya kesahihan perkara tersebut). Dia bersungguh-sungguh bersumpah tidak mengatakan demikian. Lalu orang ramai berkata: Zaid telah berbohong dengan Rasulullah s.a.w.. (Kata Zaid lagi) Hatiku sungguh terasa dengan apa yang dikatakan (tuduhan) terhadapku, sehinggalah Allah Taala menurunkan wahyu membenarkan (perkataan) aku. (Iaitu firmanNya): “Apabila datang orang-orang munafiqin kepadamu (wahai Muhammad) …”. Kemudian Rasulullah memanggil mereka untuk beristighfar memohon keampunan kepada mereka, tetapi mereka memalingkan kepala mereka (kerana lari daripada mematuhi Rasulullah dan enggan beristighfar).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Harusnya menceritakan rahsia orang-orang munafiq dan orang-orang yang khianat supaya kita terselamat daripada kejahatan mereka.
Menceritakan hal dan rahsia mereka tidaklah termasuk dalam mengumpat yang diharamkan.
Orang munafiq sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Islam dan penganutnya. Kerana itu kita mesti sentiasa berwaspada dengan mereka.
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَتْ هِنْدُ امْرَأَةُ أبِيْ سُفْيَانَ للنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيْسَ يُعْطِيْنِيْ مَا يَكْفِيْنِيْ وَوَلَدِي إِلَّا مَا أَخَذْتُ مِنْهُ وَهُوَ لَا يَعْلَمُ. فَقَالَ: خُذِيْ مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1536/5 - Daripada Ai’syah r.a. katanya: Hindun (isteri Abu Sufyan) memberitahu Rasulullah s.a.w. (dengan katanya): Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang yang bakhil dan dia tidak memberi kepadaku (nafkah) yang mencukupi untuk aku dan anakku, melainkan (yang mencukupkan daku ialah) aku mengambil daripadanya (hartanya) sedangkan dia tidak tahu. Baginda bersabda: Ambillah daripadanya (hartanya) yang cukup untuk kamu dan anak kamu dengan baik (tidak berlebihan dan tidak juga terlalu sempit).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Pengajaran Daripada Hadis
Harus menceritakan hal suami atau isteri dalam bertanyakan hukum atau jalan penyelesaian.
Harus bagi isteri untuk mengambil haknya daripada suaminya jika haknya tidak diberi sekalipun dengan tidak keizinan suaminya.
3 - Tidak harus bagi isteri mengambil wang dan harta suami sewenang-wenang, yang diharuskan mengambil tanpa izin itu hanyalah sekadar keperluan.
4 - Suami hendaklah membelanjakan hartanya dengan baik untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak dan janganlah terlalu kedekut sehingga menyusahkan mereka

Hukum Syura : Syura didalam Islam adalah wajib. Tidak halal bagi seorang pemimpin muslim untuk membuat keputusan tanpa mendapat pandangan orang lain. Malah ianya wajib sebagai melaksana aya t Al - Quran didalam Surah Al - Imran : 159.
NUKILAN TOKOH
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)
Buat tatapan pemimpin negara dan tokoh – tokoh agama yang ada didalam negara 1 Malaysia ini.…....
Diskusi
Followers
DIRIKU MILIK TUHANKU
Teman rindukan jiwa yang tenang kerana ketenangan itu mampu mengawal emosi yang diterjah dari lonjakan amarah.Prinsip teman ialah ` peduli ummah ` dan yang berat jangan diringankan, yang ringan jangan diberatkan kerana itu semua suatu kehidupan.
KELAHIRAN KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar adalah sebuah Bandar Di Raja bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam catatan sejarah kuala sungai ini yang mengalir persisiran Sungei Perak ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kangsar.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di daerah yang tersohor ini.
LA TAHZAN
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu." (Fussilat: 30)
SAJAK , PANTUN, SYAIR & PUISI WARISAN SILAM
Engkau adalah penyejuk mataku yang menenangkan hatiku hadirmu bagaikan bunga yang bersemi mewarnai kehidupanku Engkau adalah penyejuk mataku yang menenangkan mataku kau bagaikan embun pagi yang mengisi ruang hati Selamanya kita jalinkan cinta dan kasih sayang selamanya kita bersama berjuang di jalan-Nya. Oleh : PuisiIslam