Tuesday, December 28, 2010

KUASA KARTUN OTAK KARTUN

Otak kartun  kini telah menguasai  negara.

Terbaru heboh ` joke ` dalam facebook menyifatkan kekalahan Indonesia kepada Malaysia dalam  perlawanan akhir  pertama Piala Suzuki itu adalah angkara laser ultraman cosmos lawan lakshakshar marcus….teman pun tak tahu apa ke jadah tu…...

Sebelum ini heboh ` kuasa bomoh ` sepertimana berlaku dalam kepimpinan Negeri Perak sekarang ini.

Inilah akibatnya apabila siri – siri kartun menguasai pemikiran kanak – kanak dalam negara….jika ditanya kepada kanak – kanak samada ibubapa pejuang Islam  apatah tidak yang tidak mempunyai fikrah Islam  semua anak – anak mereka mengenali power rangers, ultraman, badman, superman, invisibleman dan bermacam – macam kartun yang tak mampu dituliskan lagi…..cerita hiburan merapu tak payah nak sebut disini dah bersepah banyaknya.

Se kita tanya kepada anak – anak ini siapakah Khalid Ibni Walid, Saidina Hamzah, Suffian At Sury…..jawapannya standard ` ntah ` sambil mengarukan kepala.

Pendekata hidup mereka dikuasai kartun…..beg sekolah kartun, kasut sekolah kartun, bag duit kartun, topi kartun, bantal busuk kartun, cadar kartun, selimut kartun dan bermacam – macam kartun….malah kerana kartun anak – anak akan memberontak.

Hinggakan kepada pemimpin negara yang belajar tinggi – tinggi pun terikut dengan undang – undang kartun….parlimen kartun, bajet kartun, mahkamah kartun, SPRM kartun, SPR kartun dan akhirnya negara kenyang dengan kartun.

Dulu ada Dr. Yusof al-Qardhawi mengharamkan siri kartun Jepun popular Pokemon, samada filem bersiri ataupun permainannya. Katanya, fatwa ini adalah berasaskan kepada “untuk memelihara pemikiran, akidah dan akhlak anak-anak kita”.

Al-Qardhawi menjelaskan bahawa fatwa pengharamannya ini adalah ekoran dari pro dan kontra yang berlaku di kalangan masyarakat di sekitar apakah ia halal ataupun haram. Menurutnya lagi, “ramai yang bertanya kepada saya mengenainya oleh kalangan ibubapa yang mengambil berat tentang perkembangan anak-anak mereka agar mengikut acuan Islam yang benar. Di mana di dalam suasana itu akidah mereka selamat. Ibadah mereka sah. Jiwa mereka bersih. Akhlak mereka tidak menyimpang.”

Al-Qardhawi menegaskan, bahawa fatwanya itu bersandarkan kepada pendapat para pakar dan pemikir di kalangan muslim yang kuat agamanya yang tahu selok-belok dunia seni, drama dan seumpamanya. Katanya, seorang ahli feqh tidak boleh menangguhkan fatwanya dalam kes-kes seperti ini sebelum dia tahu apakah ia sebenarnya. “Hukum ke atas sesuatu adalah cabang dari gambaran mengenainya. Para fuqahak biasanya tidak mengetahui perkara-perkara seperti ini, kerana mereka (mungkin) tidak menonton drama bersiri atau bermain permainan (games), lebih-lebih lagi yang dibuat khusus untuk kanak-kanak.”

Al-Qardhawi menggariskan 5 faktor pengharaman berkenaan:

1. Boleh merosakkan akidah di mana pada siri Pokemon dimasukkan unsur-unsur teori evolusi Darwin, iaitu berlakunya proses dan perkembangan makhluk di dunia ini dari yang ada sekarang kepada makhluk yang lebih kuat.

2. Merosakkan akal pemikiran kanak-kanak. Akan tumbuh di dalam pemikiran mereka dongeng-dongeng dan khayalan-khayalan yang tidak berasas samasekali. Begitu juga, masuk ke dalam pemikiran-pemikiran mereka perkara-perkara yang mencarik adat yang bertentangan dengan sunatullah di atas mukabumi ini. Dapat dilihat dalam siri ini bagaimana Pokemon mengeluarkan sesuatu yang pelik dan ajaib yang tidak ada asasnya, samada menurut akal ataupun wahyu.

3. Siri Pokemon itu dapat merosakkan akhlak kanak-kanak dan hubungan baik antara mereka dan masyarakat di sekelilingnya. Di mana dari sudut ini wujud juga unsur-unsur pemikiran Darwin, iaitu bertempur.. Dan yang kuat akan terus kekal hidup. Siri Pokemon ini mengajak kepada pertempuran, keganasan dan pembunuhan yang berterusan antara makhluk-makhluk berkenaan.
 
4. Di sekitar permainan/games Pokemon pula, ia mengandungi unsur judi yang diharamkan oleh syarak.

5. Pengharaman Pokemon juga kerana di dalamnya mengandungi simbol bintang enam yang memang kita ketahui ia mempunyai hubungan dengan gerakan Yahudi Zionist dan Freemasonry. Ia adalah lambang negara yang telah dirampas dari tangan umat Islam yang diberi nama Israel.

Al-Qardhawi menyeru kepada kaum muslimin agar mempunyai produknya sendiri yang berasaskan kepada acuan akidah kita. Nilai kita. Warisan tradisi kita. Dan peradaban kita. Hendaklah tampil para karyawan, seniman, hartawan dan sebagainya dari kalangan kita untuk melahirkan filem kartun yang membawa risalah kita, dari wataknya, kecenderungan keagamaannya dan tamadunnya, dengan bahasa yang mudah, dapat difahami serta mengasyikkan.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More