Friday, December 3, 2010

BOMOH : MENUNGU KATA MUFTI

 Hari ini masuk hari ke 4 sidang Dewan Undangan Negeri Perak dan mungkin hari terakhir selepas pengulungan. Persidangan semakin panas dengan fakta - fakta yang jelas dari pembangkang dan membuatkan pihak kerajaan hanya mampu menjawab dengan  ` jawapan politik ` semata - mata bagi mengaburi rakyat.

Sejak dari pertama hingga saat ini masih Speaker haram yang dihalalkan iaitu Datuk Ganesan menjalankan tugas – tugasnya mempergerusikan persidangan tersebut….hingga kini beliau belum diganti oleh Timbalan Speaker iaitu ADUN Katak  yang nama nya tidak layak disebut disini kerana mungkin takut dan gerun dengan kehebatan dan tokoh – tokoh Pakatan Rakyat berhujah….nampaknya speaker katak ini betul – betul makan  ` gaji buta ` dari sang pemerintah.

Peringkat awalnya speaker haram ini akan menegur mana – mana ADUN Pakatan Rakyat yang tidak memulakan ucapan dengan menyebut hormat kepadanya ` Tuan atau Dato` Yang Dipertua ` …..tapi masuk hari ke dua persidangan rata – rata ADUN pakatan Rakyat yang bangun berucap memulakan dengan menyebut ` Dato` Yang Dipertua Yang Terpaksa ` yang bermaksud terpaksa sebut jika tidak ucapannya tidak dibenarkan oleh speaker haram itu.

Bahkata YB Nga Kor Ming dalam ucapannya, Tuan Yang Dipertua ` yang terpaksa ` saya kasihi, terima kasih kerana mengizinkan saya bangun untuk membahas enakmen perbekalan untuk bajet tahun 2011. Walaupun nama bergelar Tuan Yang Dipertua tetapi bahkan kata pepatah melayu ‘jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan.” Bagaimanapun, saya akur Tuan Yang Pertua mempunyai misaim yang machor.

Dua ADUN - masing-masing kerajaan dan pembangkang - akan dihadapkan kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul mengenainya terhadap Hasbullah Osmail (BN-Temengor) diterima oleh Speaker Datuk R Ganesan selepas dia menuduh kerajaan Selangor korup.

Manakala Khalil Idham Lim  (PAS-Titi Serong) pula akan dihadapkan kepada jawatankuasa tersebut kerana menuduh kerajaan negeri menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi DUN pada 7 Mei tahun lalu.
(malaysiakini).

Sebelum ini ADUN Titi Serong yang pernah mendedahkan perkara yang sama kepada media pernah dipanggil oleh Polis untuk memberi keterangan selepas DS. Zambry membuat laporan polis akibat dari kenyataannya dewan dimasuki bomoh.

Kali ini teman nak respon mengenai budaya ` bomoh ` telah menguasai Negeri Perak dan bertajuk ` Bomoh : Menungu Kata Mufti `..Ehhh….macam tajuk drama dan filem cinta pulak…..asalkan bukan novel` Mona Gersang ` sudahlah.

Tapi sebelum itu pagi ini DS Nizar menyebut bahawa dimasa beliau dan rakan – rakan memerintah Perak jika ada program – program rasmi kerajaan maklumat program digantung baner – baner hanya di Bandar – Bandar tertentu sahaja…..tapi dibawah kerajaan rampasan ini semua baner – baner tadi digantungkan ke seluruh pelusuk kampung dalam negeri Perak….rakyat boleh bayang berapa punya banyak pembaziran jika satu baner harganya RM200 x beribu – ribu baner. Tambah DS Nizar lagi mungkin DS Zambry nak nunjukkan wajah lawa dan hensemnya…..sambil disambut gelak ketawa dalam dewan tersebut.

Kita berbalik isu bomoh tadi….ketika YB Drs. Khalil bangkitkan dalam ucapannya memang ada bomoh yang dijemput untuk memulihkan semangat dewan itu mungkin konon – kononnya menyelamatkan dewan itu dari gangguan ADUN – ADUN Pakatan Rakyat….teman lihat semua ADUN – ADUN Bn membisu termasuk DS Zambry, Dato Ramli Zahari yang sebelum ini bila DS Nizar dedah isu khurafat yang berlaku di Manong, kedua – dua tokoh ini melenting…..teman yakin mereka ada jawapannya kerana biasanya jika satu perkara itu betul orang akan diam….seperti seorang gadis yang menerima pinangan orang bila ditanya dia kan malu dan lari masuk ke bilik dan meniarap tanda setuju seperti Sarimah bersetuju dengan pinangan P.Ramlee dalam filem ` Madu 3 ` itu terus masuk ke biliknya…..kata bapaknya yang lumpuh itu  berkata`` baik …..ada makna tu `.

Teman bukan apa ada kekawan teman bercerita pada masa tu dia minum di kafetaria pejabat SUK tu…..ada dia terdengar staff pejabat MB tu  berborak – borak beritahu kawannya ` ADA BAU KEMINYAN ` kat SUK.

Jika benar bagai dikata teman hairan jugak kenapa Datuk Mufti tak berjawab…..mungkin gamaknya orang tak dak bertanya kat dia kerana jawapannya mungkin standard ` tak berniat kot `….maka tak salah !....tapi bila DS Nizar pegang lilin heboh dia komen bukan sahaja SATU MALAYSIA tapi SAPU MALAYSIA…. tu ayat YB Nga Kor Ming sebut bukan teman sebut yer…..umNO sengaja buat tak tahu…program tu bukan program keagamaan dan pegang lilin tu tanda simbolik kepada ketidakadilan dalam hak asasi kemanusian. Yang hebatnya DS Nizar boleh mengaku silap tapi puak – puak ni sampai ke sudah ` bodoh sombong ` dengan tingkahlaku sendiri.

Moh berkongsi mengenai pandangan Islam terhadap bomoh dan seangkatan khurafat dengannya.

Sesungguhnya Nabi s.a.w datang kepada masyarakat yang mempercayai pawang-pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib.

Mereka berkata mampu mengetahui perkara ghaib yang akan datang atau yang lepas dengan cara mereka berhubung dengan jin dan sebagainya. Rasulullah s.a.w memerangi perbuatan bomoh-bomoh seumpama ini dengan membacakan ayat:

"Katakanlah hai Muhammad ; tidak ada yang mengetahui perkara yang ghaib samada di langit dan bumi melainkan Allah." (65:an-Naml)

Allah telah menceritakan bahwa jin sendiri tidak tahu dengan kematian Nabi Sulaiman sehinggalah anai-anai memakan tongkat Nabi Sulaiman a.s. dan Allah berfirman:

"Kalaulah mereka (jin-jin Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang gHaib nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (berkerja susah payah berkerja walupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (14:Saba)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib maka dia telah berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."

Sesungguhnya telah tiba segerombolan manusia bertemu dengan Nabi s.a.w. mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang ghaib, lalu mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka.
 
Mereka bertanya "Beritahu kamu apa yang ada dalam tangan kami?" Nabi s.a.w menjawab dengan jelas:

"Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang ghaib. Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara ghaib) berada dalam neraka."(Hr Tirmizi)

Percaya dengan cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib adalah kekufuran.
Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritau tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w." (Hr Bazzar-Jaid)
Nabi s.a.w pun tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Firman Allah s.w.t:

"Katakanlah hai Muhammad ; aku tidak mengatakan mempunyai khazanah-khazanah tuhan, aku tidak mengetahui perkara yang ghaib..." (50: al-Anam)
 
Kebanyakan masyarakat mempercayai akan bomoh – bomoh  ini. Ini sangat bahaya terhadap akidah mereka dan  perlu berhati dengan kewujudan bomoh-bomoh ini.

Adapun bomoh yang tidak mendakwa mengetahui perkara gaib dan merawat hanya dengan al  Quran dan sunnah maka ia dibenarkan.

Teman minat ` Nujum Pak Belalang ` bukan bapaknya tapi anaknya Belalang.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More