Anda seorang ibubapa yang penyayang….tahukah anda dimanakah anak – anak anda sekarang. Kasihi mereka dan jejaklah dimana mereka berada sekarang.
Begitulah kebimbangan ibu bapa sekarang terhadap keselamatan anak – anak mereka. Mungkin mereka mudah terjebak dengan dadah, lepak tanpa tujuan, bohjan, bohsia, hidu gam, rempit dan penyakit sosial yang lain.
Masih terbayang di benak rakyat isu tembakan mati keatas remaja yang bernama Aminulrashid, remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, ditembak mati oleh seorang anggota Polis…..dan adik Shalinie yang di culik sampai kesudah tidak dapat dijumpai oleh Polis.
Rakyat menganggap kejadian tembak – menembak ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa….teman kesal dengan insiden itu kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Polis. Ingat itu pistol betul - betul bukannya pistol mainan.
Teman teringat juga dalam satu cerita koboi ` high chaparall ` namanya`.....bapanya bernama John, isterinya Victoria dan anak tirinya bernama Blue….bila Blue keluar ke ladang bersama koboi yang lain, ibu tirinya selalu bimbang kerana Blue yang berumur belasan tahun ini berani pandai bermain pistol….teman tak minat Blue tapi minat Manolito sebab dia ni romantik.
Teman dan masyarakat orang awam mengharapkan supaya pihak yang berkenaan bijak menangani isu ini dan bijak juga memulihkan kesangsiaan rakyat. Jangan sampai yang menjadi mangsa itu anak dan keluarga ahli politik atau anak menteri baru kelam kabut 1 Malaysia.....sebulan tak habis cerita....maklum le anak menteri..... teman teringat zaman bebudak dulu , ada teman perhatikan ada seorang anggota Polis yang kerap sangat tahan lori dan ambil duit kopi daripada pemandunya…teman tanya pada arwah bapa teman, dia kata mike jangan sibuk ` aje lantaknya ` lagi pun bukan hel kite `` katanya.
Bayangkan kalau 10 buah lori ditahannya dan setiap 1 lori dapat 5 ringgit…..jawabnya anak bininya makan duit haram le hari – hari.
Dulu teman ingat zaman teman sekolah rendah di Sultan Idris 11, Kuale...masa itu cerita di tv syok – syok semua….kalau cerita Polis diantaranya Mannix, Ironside, Canon ataupun Sheriff Lobo. Kalau cerita koboinya seperti Raffles Man, Wild Wild West, manakala cerita perangnya popular dengan ` Combat` starring Vic Morrow,Rix Jason, Kirby dan Little John…masa tu kalau perang tentera Jerman mesti kalah ` semendang ` dengan tentera Amerika.... masa tu jangan kenang le....seronoknya....Kalau Muhammad Ali tinju dengan Joe Frazier, George Foreman dan Joe Bugner pun satu sekolah tengok tv.
Yang teman nak cerita ni ialah kisah seorang Polis dalam ` Sheriff Lobo ` tu. Dia ni asyik makan suap atau makan duit kopi daripada masyarakat dipekannya.Mungkin dia tak belajo daripada Posto dalam filem ` Ahmad Albab ` ketika Si Syawal pelawa minum kopi, posto tadi jawab `` tak boleh rasuah ``.
Kalau le ramai anggota Polis atau sesiapa saje yang bergelar manusia ikut macam Si Posto ni, maka aman le Malaya ni.
Kalau nak difikirkan….nak marah kat Polis - Polis ni pun tak guna juga,,, kalau dah menteri-menteri yang dok ada pun kebanyakan tak senonoh, ada yang pelakon filem porno DVD jadi ketua parti, ada yang kisah raba punggung, dan yang agak brutal bunuh dan kemudian bunuh diri.... jadi kalau dah pemimpin macam tu, jadi anggota-anggota polis yang jenis bernafsu binatang pun …..maka bertambah le kebinatangan mereka.
Apakah kita sanggup nak berhadapan dengan kehidupan sedemikian ini lagi,,, kita mungkin tak lama dah nak hidup pun, tetapi bagaimana dengan nasib anak-anak kita, bagaimana dengan bakal cucu-cucu kita...
Kalau kita tak dapat nak mengubah atau menghumban umNO Bn dari Putrajaya, maka sama-samalah kita menerima nasib yang mungkin teruk lebih dari itu lagi, janganlah nak mengharapkan perubahan pada umNO, hanya pada undang-undang Islam (Allah) sahajalah yang dapat menyelesaikan masaalah sebegini....waktu peras ugut kat rakyat, guna kuasa dan pangkat tak tau malu......
Kepada siapa lagi rakyat nak menyimpan harapan jika negara mempunyai Polis seperti ini.
Berita semalam jugak `` Selamat dari diperkosa kerana haid ….disebabkan datang bulan, seorang wanita berusia awal 30-an terselamat daripada dirogol seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pemandu teksi berusia lewat 30-an terbabit memberhentikan kenderaannya di lorong belakang sebuah bangunan dan cuba merogol mangsa.
“Sebaik suspek memberhentikan kenderaannya, dia menoleh ke tempat duduk belakang sebelum mula menggoda mangsa. “Suspek mendakwa tidak mengenakan caj sekiranya mangsa bersetuju melayaninya,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa.
Sumber berkata, mangsa yang terkejut mempertahankan diri menyebabkan suspek lebih agresif dan cuba menanggalkan pakaian mangsa.
“Lelaki terbabit mula hilang selera apabila dia mendapati mangsa datang bulan.... namun begitu bagi melepaskan geramnya, suspek mencabul mangsa.
0 comments:
Post a Comment