Malaysia sebuah negara yang terkenal dan kaya dengan slogan dan lebih kaya dari sejarah bijih timah, minyak, getah dan sebagainya yang terdapat dibumi bertuah ini.
Satu demi satu slogan di keluarkan dan bukan sahaja mengabui mata rakyat tetapi menghantui rakyat.
Mari teman bawa ke daerah Kinta , iaitu Ipoh pasti kita melihat sejarah bijih timah yang mengayakan negeri ini. Malah lebih kaya dari ` para pencari tuhan ` ….eh..ayat ni macam filem ` 3 Abdul ` bahkata Abdul Wahub `` saya lebih kaya dari Abdul Wahab dan Abdul Wahib``dan Sadiq Sigaraga membalas dengan ` mata duitannya ` ya kaya kaya kaya…..sambil disambut oleh kroni penasihatnya Kassim Pentolan `` 25 percen `.
Rakyat perlu sedar bahawa setiap slogan itu berharga mahal kerana ada penasihat di belakangnya bagi mempromosikan kepimpinan mereka.
Bagi teman yang paling kaya dan hebatnya ialah slogan yang terdapat didalam Al – Quran kerana sesuatu yang baik itu tidak perlu kata – kata indah…..ianya tetap indah walaupun manusia tidak ucapkan.
Diantara slogan yang masih segar dalam ingatan dulunya seperti Bersih, Cekap dan Amanah [ BCA ], Kepimpinan Melalui Teladan, Islam Hadhari, Penerapan Nilai – Nilai Islam dan dan sebagainya.
Ini tidak termasuk slogan – retorik dalam menyambut mana – mana perayaan agama dalam negara seperti Maulidul Rasul, Maal Hijrah, Tilawah Al - Quran dan sebagainya…..malah kalau tengok besar kain rentang pujikan nabi…masyaAllah lebih hebat daripada bendera yang dibawa oleh penyokong Liga bolasepak di Jepun dan Korea itu bila ada perlawanan distadium mereka.
Persoalannya siapakah di belakang tabir slogan – slogan ini.
Semua orang bercakap ‘ Konsep Satu Malaysia’, yang di cetuskan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak. Ia kini meniti dibibir setiap pemimpin UMNO/BN di seluruh negara yang melaungkan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”, Perkara yang jelas ini semua slogan kosong semata - mata.....malah tebalnya slogan ini lebih tebal ` lipstik ` yang dipakai oleh ` orang rumahnya ` Rosmah.
Budaya rasuah yang sedang mengila, kronisma yang tiada penghujung , amalan boros dan pembaziran serta perkauman masih hidup subur dalam budayanya?
Isu - isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani sehingga sekarang.Rakyat menuntut reformasi bagi menjamin hak mereka. Inilah impian negara ` Malaysia Yang Adil `
Kini sudah slogan UMNO apabla ketiga-tiga elemen 3D bersatu. Sebelum ini berbuih mulut pemimpin UMNO menuduh PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Hari ini UMNO menjadi kuda tunggangan Yahudi, kuda tunggangan taukeh judi dan kuda tunggangan syarikat todi.
Mereka juga sebelum menjaja seluruh negara menuduh DS Nizar sebagai kuda DAP, tetapi mereka juga di lihat sebagai kuda MCA. Malah sanggup membantu parti ini dengan memperuntukkan duit kerajaan.
Peliknya ada lagi golongan bodoh sombong yang menyokong kepimpinannya walaupun lesen perjudian diluluskan….malah dalam Sidang DUN Perak baru didedahkan tanah milik kerajaaan dagih – agihkan kepada keluarga termasuk bonda kepada DS Zambry itu sendiri.
Kini masyarakat ramai mulai sedar, bahawa sebenarya slogan yang betul dan tepat untuk Umno dan BN ialah 1Malaysia, 1Israel kerana merekalah penasihat yang sebenarnya.Kenapa perlu marah kepada rakyat. Ini adalah realiti….tapi yang pastinya slogan Sapu Malaysia lebih sesuai untuk Satu Malaysia kerana yang kayanya kroni yang menguasai projek dan khazanah disapu bersih tanpa memikirkan ` rakyat didahulukan ` tapi ` rakyat dibekukan `
Kini masyarakat ramai mulai sedar, bahawa sebenarya slogan yang betul dan tepat untuk Umno dan BN ialah 1Malaysia, 1Israel kerana merekalah penasihat yang sebenarnya.Kenapa perlu marah kepada rakyat. Ini adalah realiti….tapi yang pastinya slogan Sapu Malaysia lebih sesuai untuk Satu Malaysia kerana yang kayanya kroni yang menguasai projek dan khazanah disapu bersih tanpa memikirkan ` rakyat didahulukan ` tapi ` rakyat dibekukan `
Rakyat semakin cerdik dan sepertimana cerdiknya juga rakyat di rumah – rumah panjang, jauh pendalaman dan sebagainya
Rakyat mahukan perubahan bukannya slogan.
0 comments:
Post a Comment