Mutakhir ini ramai orang mencari binatang ini....teman dengar kata binatang ini boleh buat orang jadi kaya....tapi teman tak tahu namanya.....mungkin gamaknya namanya ` pot pet pot pet ` atau pun `sok sek sok sek `kot.....nama saintifiknya pun teman tengah studi.....jangan nama Chua Soi Lek ` sudahlah.
Sejak kebelakangan ini kita lihat banyak iklan-iklan samaada di media massa, media siber atau di tepi-tepi jalan terpampang berbagai jenis ubat-ubatan serta peralatan-peralatan yang berkaitan kesihatan.Kebanyakan iklan-iklan ini adalah mengenai ubat-ubatan dan peralatan yang bukan dari kategori perubatan modern.
Memang tidak dinafikan di Malaysia jenis perkara bukan setakat permakanan kesihatan malah perkara – perkara untuk mudah dapat duit terbuka luas atau pun ` open air `
Bukan itu sahaja kempen produk ubat kuat juga macam – macam ada….pendekata di Malaysia ini semua yang ada kecuali nak cari ` mak bapak ` yang telah mati sahaja yang tak da.
Teman pada suatu ketika agak mursykil jugak apabila terbaca poster – poster yang terlekat kat ` street light ` yang tertulis ubat lelaki kuat ` tahan lesen `…..pening teman fikirkan apakah maksud ayat tahan lesen itu…..` enko – engkonya ubat untuk memastikan kesegaran alat – alat sulit lelaki`.
Kekadang - kadang teman tertanya jugak dalam suratkhabar kesayangan teman tu ` harakah ` tu handal jugak tapi bahkata kawan ofis teman tu ` itu pun tak mengapei `.
Kadang – kadang teman hairan jugak nak menyakinkan pembeli ada jual melerakkan gambar – gambar orang besar seperti menteri – menteri yang pernah membeli produk itu……apatah lagi ramai yang berkerumun daripada yang membeli. Alangkah kan bagus gerai – gerai kitab – kitab, kuliah dan ceramah juga diberikan tumpuan dalam mana – mana expo dan tempat – tempat perniagan yang dianjurkan…..tapi kalau produk ubat letak gambar Altantuya mungkin tambah laku tapi kalau Rosmah itu teman tak confidentlah….sebab diorang kata dah tak da ` cutting `.
Itu belum kita bercakap jenis – jenis ` jualan langsung ` yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan tu….itu jugak belum disebut tentang kegilaan mencari mengkarung lah, cicak lah , biawak lah,….tapi akhir bila habisnya ` sangka rebut ` mencari hamba Allah itu semuanya ` senyap ` nak tunggu apa pulak selepas ini……dulu apabila orang berpakat – pakat ramai mengutip pokok ` jarum emas ` semua berpakat rendah hutan…lepas itu heboh pulak pokok ` sentang dan gaharu` lagi bikin rebut dibuatnya…..macam – macam.
Ramai dari kalangan pengusaha-pengusaha ubatan dan peralatan ini samada tidak mendapat latihan serta pendidikan khas perubatan ataupun mereka adalah jurujual profesional yang hanya tahu sedikit mengenai latarbelakang bahan penjualan tetapi amat handal dalam mempengaruhi 'mangsa-mangsa' untuk membeli barangan dan ubatan mereka.
Kita bukan berniat untuk sabotaj atau menabur pasir di dalam periuk nasi sesiapa tetapi saban hari kita melihat perkara sebegini rupa berlaku seolah-olah tiada pengawasan dari pihak berkuasa.
Kenapa kita mudah terpedaya dengan iklan yang berunsur penipuan?
Iklan ygn berunsur penipuan seperti meminjam duit tnpa perlukan pejamin, membeli kereta untuk yg disenarai iklan, dan lain – lain lagi…..ada juga ubat kuruskan badan dengan hanya RM29.90 dan 3 hari pakai minyak rambut untuk melebatkan rambut.
Teman rasa sebab mungkin tak berfikir panjang dan kesan sampingan.lagi satu iklan yg ditayangkan atau dihebahkan adalah melampau kadang – kadang di mana saya pun kadang – kadang tergoda.
so fikir panjang,fikir baik buruk dan kalau boleh do a lil bit research bout it.
Bila tersebut isu tergoda ni….izinkan teman ada cerita kisah kekawan teman…..dia first time pergi Kelantan dan dia bagitahu teman duit dalam poketnya tak berapa ada maksud teman ` pokai `…..tapi katanya bila mendengar jurujual ` mek kelate ` samada tua apatah muda – muda bercakap lembut penuh manja dan memnaggilnya ` abe - abe ` membuatkan kawan teman yang tak banyak duit ini tadi tergoda lalu meminjam duit teman pulak….`` katanya dia tergoda…..sebenar teman jugak tergoda `…..mana tidak penuh sopan bahkata Ibrahim dalam filem ` DO RE MI ` tu….` berdezook`....apa pun cerita diatas ni teman nak menunjukkan hebatnya dan berbudi bahasa orang Kelate ini dan hebat berniaga.
''Mana boleh kita mendapatkan pulangan yang begitu lumayan dalam masa yang singkat. Sekiranya kita menggunakan logik akal, kita akan sedar skim itu hanyalah satu helah.
Dulu ada seorang pembaca dalam sebuah akhbar dedah bertajuk RM50 menjadi RM20,000? Mendedahkan sistem skim piramid yang ada di negara ini yang mesti berhati – hati sebelum menyertainya.
Katanya, Skim Mat Jenin itu hanya memerlukan seseorang melabur RM50 dan kemudian dijanjikan pendapatan lumayan RM20,000 selepas lima bulan. Akibatnya, katanya, hampir 4,000 pelabur yang kebanyakannya orang kampung berputih mata apabila 'kepala' skim cabut lari bersama duit mereka.
Tiada kesenangan tanpa berusaha...jika mahu senang kita perlu duit bekerja untuk kita..tetapi untuk dapat duit yang bekerja untuk kita,kita perlu terlebih dahulu bekerja untuk duit...TAK MUNGKIN dengan hanya RM50 boleh jadi RM20,000 dalam masa yang singkat ...apape pun fikir la dulu dan selidik dengan pihak yang berkenaan.
Memang benar dengan ekonomi yang agak merundum pada hari ini…. kita disarankan untuk mencari kerja-kerja sampingan dan duit lebih....tapi kadang kala dita dikaburi dengan mereka yang ingin mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup manusia....oleh yang demikian.. gunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah untuk menilai dan mengkaji setiap aspek perniagaan yang ditawarkan oleh peniaga....tiada jalan pintas untuk menjadi kaya selain dari berusaha dengan tekun dan ikhlas.
Itu belum lagi membincangkan ramai rakyatnya Malaysia mudah terpedaya janji – janii manis umNO dan Bn yang bila berjanji semacam ` pijak semut tak mati ` dan ` senyum sampai ketelinga `…..tapi rakyat mudah terpedaya.
Tapi yang pastinya janji – janji Allah dalam Al Quran masing – masing sukar untuk terpedaya mempercayainya…..kenapa ye…..?
0 comments:
Post a Comment