Semalam balik sahaja mengikuti Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.... hari dah makin gelap dah nak masuk maghrib…..teman pun singgah sembahyang maghrib kat Pekan Kuale dan selepas tu pekena radiq kesukaan teman tu sambil melayani karenah mata melihat ramainya wanita – wanita kini dah tak peduli menutup aurat malah dengan gahnya pulak banggakan diri kecantikan sementara anugerah tuhan.
Sambil minum teman melihat rata – rata rakyat tersenyum malah melihat golongan pencen yang ` regular ` lepak kat stesen bas Kuale tu ` menyerogen ` dan merasa kagum yang amat sangat dengan kenaikan harga minyak dan barangan dapur baru – baru ini oleh kerajaan yang menjiwai perasaan rakyatnya….teman pun tumpang kagum.
Sempena dengan kenaikan harga barangan ini teman dengan rasminya merakamkan ucapan tulus ikhlas dan penghargaan kepada kerajaan kerana benar – benar mengkotakan slogan ` Rakyat Didahulukan ` sehingga tak sedar air mata mengalir tanda kecintaan yang amat sangat kepada pimpinan umNO dan Bn ini…..amaran teman selepas ini jangan ada orang yang memaki dan mengutuk Najib dan umNO …..nanti teman luku kepala yang mengutuk tadi.
Kepada YB Nga Kor Ming pulak tarik balik kenyataan kamu di DUN Perak semalam yang menyatakan bahawa umNO dan Bn ini bukannya SATU MALAYSIA tapi SAPU MALAYSIA….teman mintak tarik balik kerana kenyataan itu meleset dan kerajaan ini benar – benar berjiwa rakyat ….mintak tarik balik atau nanti teman ` karate ` nanti…..baru tahu.
Selepas ini jika telinga teman ` terdensing ` dengar ada demontrasi membantah kenaikan harga barang ini dan melaungkan slogan ` BN BARANG, BILA NAIK, BARU NAIK, BERAPA NAIK, BANYAK NAIK….nanti teman ` lengsing ` macam Haji Bakhil melensing Labu labi tu.
Rakyat yang anti kerajaan pulak jangan nak pandai – pandai pantun nak memperli kerajaan….sedarlah sikit dan bersyukur kami dah banyak membantu rakyat…..dengar pantun teman ni untuk ` defend ` kerajaan :
Rakyat takut datang ayor bah
Pakai baju butang dikancing
Rakyat sokong umNO tak berubah
Walapun rakyat selalu dikencing
Menandakan kasih sayang teman dan rakyat kepada umNO dan Bn..izinkan teman bermadah buat untukmu umNO.
BUAT TATAPAN GENERASI YANG BAKAL DATANG
Jasa umNO kepada agama Islam
Agama dan hukumnya dipersendakan
Jasa umNO kepada Melayu
Jasa umNO kepada bukan Melayu
Bukan Melayu dibelai demi kuasa
Jasa umNO pertahankan bahasa Melayu
Bahasa Melayu sudah hilang di dunia sendiri
Jasa umNO pertahankan bahasa Melayu
Bahasa Melayu sudah hilang di dunia sendiri
Jasa umNO Kepada Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi Sapu Malaysia
Jasa umNO kepada Sekolah Agama Rakyat
Sekolah Agama Rakyat hilang syiar Islamnya
Jasa umNO kepada suara rakyat
Suara rakyat dinafikan dan dirampas di Perak
Jasa umNO kepada pertahankan akidah umat
Akidah umat terus dilanda murtad
Jasa umNO kepada institusi Raja Raja
Raja - Raja hanya dot. dot. dot.
Jasa umNO kepada institusi Mufti
Mufti hanya menjadi perkakas dapur sahaja
Jasa umNO kepada institusi Raja Raja
Raja - Raja hanya dot. dot. dot.
Jasa umNO kepada institusi Mufti
Mufti hanya menjadi perkakas dapur sahaja
Jaga umNO kepada membantras syirik dan khurafat
Syirik dan khurafat boleh dilakukan tanpa NIAT
Jasa umNO kepada institusi masjid
Masjid hanya tempat bersantai dan kuliah fardhu ain sahaja
Jasa umNO kepada institusi masjid
Masjid hanya tempat bersantai dan kuliah fardhu ain sahaja
Jasa umNO untuk menghapuskan judi
Judi aset penting negara
Jasa umNO dalam membanteras rasuah
Rasuah menjadi kebanggaan dan isi dan kulit negara
Jasa umNO kepada sistem kehakiman negara
Jasa umNO kepada sistem kehakiman negara
Kehakiman negara semakin tidak adil kepada keadilan
Jasa umNO kepada isu akhlak remaja
Remaja menjadi tidak bermoral dan memalukan
Jasa umNO kepada pentadbiran negara
Pentadbiran negara dikuasai oleh yahudi
BUAT UMNO PERAK
Jasa umNO kepada kewangan Negeri
Kewangan Negeri diperaih kepada parti politik Bn
Jasa umNO pertahankan tanah Negeri
Tanah Negeri diperaid kepada keluarga dan kroni
&
Jasa umNO kepada Umno
UmNO buntu, tak menentu dan tak tentu arah
Lain - lain jasa umNO
Jasa umNO macam - macam ada
Lain - lain jasa umNO
Jasa umNO macam - macam ada
Terima kasih umNO
JASA MU DI KENANG.
0 comments:
Post a Comment