Tuesday, December 7, 2010

RINDU YANG TAK TERUCAP, BAHAGIA YANG SUKAR DIUNGKAP

BismilLahirRahmanirRahim

Hidup ini benar-benar satu ujian. Pejam celik pejam celik, usia semakin meningkat. Tempoh hidup semakin singkat. Sesekali kesihatan terjejas, jiwa terasa lemah. Longlai nafas perjuangan. Lelah, letih, jemu dan segala-galanya menjengah. Sedaya mungkin.. bermengah-mengah mencari punca, agar jiwa terus bermaya. Tidak cepat menyerah kalah apatah lagi berputus asa...

Segera perkukuh rasa berhubung dengan Allah (Ma'iyatulLah), adalah antibiotiknya. Pertemuan ukhuwwah dan tarbiyah adalah ubatnya. Menyibukkan diri dengan amal dakwah adalah pencegahannya. Sedikit demi sedikit tubuh kembali terasa segar.. menghirup nafas panjang perjuangan dengan kelapangan dada dan kebesaran jiwa..

Terima kasih Ya Allah, melorongkan aku di jalan ini. Sungguh, tiada daya dan upaya diri ini tanpa keagungan kasihMu, tanpa keluasan rahmatMu. Seringkali dalam perjalanan dakwahku yang kerdil ini, mereka para mad'u (sasaran dakwah) dan mutarobbi (anak didik) menyatakan penghargaan dan terima kasih mereka buatku atas usaha yang sangat sedikit itu. DemiMu Ya Allah! Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya akulah yang lebih memerlukan mereka dan akulah yang sepatutnya berterima kasih kepada mereka...
 
Akulah yang sebenarnya sangat memerlukan dakwah ini. Untuk membasuh dosa-dosa silamku yang tidak mereka ketahui, namun Engkau Maha Mengetahuinya, Ya Allah. Akulah yang sebenarnya sangat memerlukan mereka. Perkongsian ilmu, didikan dan bimbinganku selama ini kepada mereka sebenarnya bukan sepenuhnya untuk mereka, tetapi juga untuk diriku. 

Terlebih banyak sebenarnya untuk diriku sendiri. Agar selepas itu aku mempunyai satu sebab yang sangat jelas yang boleh memaksa diriku untuk lebih gigih beramal dan mempertingkatkan diri. Agar aku boleh mengherdik diriku diriku sendiri "cakap jangan tak serupa bikin". Agar boleh aku mencela hatiku sendiri "apa ni, cakap bukan main lagi, mu sendiri buat ker tidak?" Semoga semua celaan dan herdikan itu menjadi satu sebab yang boleh mendorong aku mempertingkatkan diri. Sungguh, aku lebih memerlukan dakwah ini dari mereka.
 
Ya Allah, peliharalah hatiku atas penghargaan yang mereka berikan. Kerana hakikatnya diriku ini memang langsung tidak berharga tanpaMu Ya Allah. Ya Allah bantulah aku untuk terus menikmati manisnya berhubung denganMu di atas jalan dakwah ini. Terima kasih kerana menjadikan lelahku di atas jalan dakwah ini, satu nikmat yang tidak terucap. Letih tapi sangat membahagiakan... Termengah-mengah, tapi melahirkan kerinduan yang bersangatan... Sehingga kini aku sedari, tak mungkin dapat aku jalani hidup ini tanpanya. Tak tergambar bagaimana boleh aku melalui hari demi hari tanpanya. 

Moga bahagia itu adalah keranaMu. Moga rindu itu adalah untukMu... terima kasih Ya Allah!

Oleh : Ustaz Mohd Hazmi Dibok

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More