Friday, December 17, 2010

SIRI 2 : ISTIQAMAH BUKANNYA ISTERIDIRUMAH

Terlebih teman mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada ADUN Tenang, Johor yang telah kembali kerahmatullah malam  tadi. Semoga roh nya dengan tenang menemui tuhanNya.

Blog dengantenang sedang bernimbangkan samada nak bertanding tiket bebas di  DUN Tenang itu….tapi itu di Johor….kalau di Perak dah tentu dengantenang bertanding.

Hari ini dengantenang  masih dalam minggu memperbetulkan sikap dalam berjuang dalam organisasi  teman….izinkan teman namakan  ` Ops Sikap ` atau ` Ops Ubah ` sebelum kita mengubahkan orang lain.

InsyaAllah minggu depan teman akan menyambung pula membelasah umNO dan Bn….bersesuaian dengan prinsip tema dengantenang ` menongkah arus tidak salah, yang salah arus menongkah, mengkritik tidak semestinya menentang samada organisasi teman  sendiri apatah lagi pihak luar organisasi teman kerana pimpinan bukannya ` perfect `.

Posting kali ini teman ambil semula entri yang lalu nak berkongsi pengalaman dalam  mendepani karenah perjuangan menghadapi istiqamah orang yang berjuang sebagai peringatan bersama.

Bukan bertujuaan untuk menunding jari atau mencari kesalahan orang lain, tetapi  bertujuan  untuk mengingatkan dan mengetuk hati – hati kita sendiri  serta kalangan sahabat, lebih – lebih lagi berstatus adik – adik teman yang bersemangat juang. Inilah proses ` thanbighul ghafilin ` sesama yang bergelar sahabat.

Teman ini tidak le....hebat sangat....ada juga kerap dijemput memberikan motivasi kepimpinan  dan hadharah berorganisasi kepada ahli – ahli dan kepimpinan dalam parti maupun adik – adik di jamaah kampus.

Teman selalu ingatkan mereka bahawa perjuangan Islam ini tidak disambut dengan pemaidani merah, tetapi adakalanya disambut dengan darah – darah merah, malah jauhi diri kita daripada bersikap ` manja ` dalam perjuangan. Pejuang Islam mesti bersikap seperti seekor burung helang yang baru menetas diatas kemuncak gunung lalu diteranjang oleh ibunya dan terkapai – kapai mengerbang sayapnya untuk belajar terbang, sedangkan burung – burung yang lain selepas dilahirkan dengan manja dibelai oleh ibunya.

Teman juga juga selalu ingatkan mereka dalam tamrin – tamrin orang muda  bahawa adakala dikalangan orang muda memang bersemangat waja tetapi mulai lesu apabila memegang sesuatu yang bersifat seperti mendapat ` gaji yang pertama ` iaitu mendapat pekerjaan dan ` malam pertama  ` iaitu perkahwinan dan terus langkah perlahan untuk bersama dengan orang yang berjuang dan akhirnya mendapat ` anak pertama `, maka beranika alasan menghantui mereka dan akhirnya terkandas syahid diatas dakapan dan pelukan yang bergelar isteri ataupun suami.....manakala dah dapat anak pula lain pula karenahnya.....nak  lawat  sanak saudara di zoo le, nak pergi sunway lagoon le, nak pergi waterfall le.....boleh tidak salahnya....itu penting riadhah bersama keluarga tapi perjuangan diutamakan.

Penyakit ini sebenarnya bukan sahaja terdapat kepada isteri – isteri yang tiada fikrah Islam, malah dikalangan mereka yang ada fikrah Islam  juga mulai sayang untuk meningalkan rumah menghadiri program – program jamaah.

Dalam merungkaikan masalah ini teman pernah menulis satu artikel yang bertajuk ` suami mendapat isteri cantik, isteri mendapat suami jumud  `.

Cerita ini mengisahkan seorang anak muda yang bersemangat dengan usrah, solat sunat, membaca Quran malah adanya Quran kecil didalam poket bajunya, akhirnya apabila bergelar suami atau ayah sudah hilang segala – galanya, malah bencinya kepada rokok semasa belajar di menara gading, akhirnya  istiqamahnya merokok dibibirnya.

Anak muda ini memang bersemangat dan bersedia memegang mana – mana jawatan, tetapi akhirnya kerjanya mula tiada berfokus kerana alasan isteri takut tingal dirumah waktu malam ataupun orang rumahnya mula – mula pening, loya, muntah kerana perbuatan  suami nya.....`` abang....abang....sayang....sayang semua program jamaah akan terbang dan melayang !.

Ingatlah bahawa kita bukan golongan fahaman ` asabiyah ` yang meletakkan  ` melayu leka, hilang kuasa ` tetapi kita akan hadapi ` jamaah leka, Islam hilang kuasa ` dan pastinya kita akan terpalit dosanya disisi Allah swt. 

Penyakit ini sudah menular dikalangan yang berstatus ` ustaz `. Adanya memberikan alasan `` ana tak dapat ke program jamaah sheikh `` kuliah ana banyak....lagi pun ada tempat - tempat tu kubu umNO.... dan bermacam - macam alasan untuk mengiyakan tindakan mereka itu betul. Dimanakah ilmu ` Fiqh Aulawiyyat ` yang mereka pelajari tu.....tot tot dapat tahu ustaz tu tadi dah pasang sorang lagi isteri.....jawabnya terus istiqamahnya le rumahnya.

Manusia adalah makhluk yang akan berubah sama ada dalam bentuk fizikal, pemikiran, emosi dan paling besar ialah hidayah. Perubahan ke arah positif adalah terpuji, manakala perubahan ke arah negatif adalah mencelakakan. Inilah yang membimbangi kita jika kita tergolong dalam golongan yang mempunyai penghabisan nafas terakhir dalam golongan celaka bukannya berhidayah.

Terbaca teman dalam sebuah buku yang memetik kata masyhur daripada John Maynard Keynes: `` Apabila fakta berubah, saya mengubah fikiran saya `.

Jika memperolehi fakta yang baru, kebarangkalian seseorang untuk berubah pemikirannya adalah tinggi. Jika ditambah dengan dorongan material dan emosi (pujukan syaitan, nafsu dan orang tersayang dan berkepentingan), istiqamah dalam perjuangan akan layu. Teringat saya ketika TG Fadzil Noor meninggal dunia, TG Haji Hadi berkata dalam maksud lebih kurang begini ‘ beruntung ustaz kerana matinya dalam perjuangan, kita belum tentu lagi’. 

Mukmin sejati tidak cukup hanya dengan mengatakan, "Ya, Engkau Tuhan kami !" Namun, ia akan mengorientasikan hidupnya pada kehidupan hari akhir. Allah SWT sendiri mengatakan, "(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, ‘Sesungguhnya kami (Bani Adam) orang-orang yang lengah terhadap hal ini (keesaan Tuhan).’" (QS Al-A’raaf, 7 :172).

Dengan demikian, kepercayaan serta kesaksian terhadap keesaan Tuhan akan melahirkan sikap yang berorientasikan ` yaumul akhir [ aiqiyamah ]. Hidup yang berorientasi qiyamah beerti keyakinan bahawa semua perbuatan dan kehidupan di dunia dan di akhirat akan pasti ditanya dihadapan Allah SWT. Sekiranya kita ingin selamat tentu kita akan memenuhi dan mewarnainya dengan perbuatan kebajikan dan bukan sebaliknya. Bila ini dilakukan secara konsisten dan istiqamah ianya mempunyai kemungkinan ` terbebas dari dosa dan kesalahan ` [ ma`shum ].

Tentu hanya sedikit orang yang mampu mencapainya….para ulama menyebut sikap seperti ini sebagai sikap ISTIQAMAH.

Teman menulis sebenarnya untuk menyedarkan diri teman semoga kita tergolong dikalangan yang terus istiqamah sehingga dengan tenang kita menemui Allah SWT kelak.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More