Monday, December 6, 2010

MASA BUDAK DISIRAM BOMBA SUDAH BESAR DISIRAM FRU

Oleh kerana sekarang ini musim majlis bebudak  berkhatan disana sini dan diikuti demo – demo menyatakan hak kebebasan bersuara dan menuntut keadilan…..maka teman utarakan tajuk ` Dulu disiram Bomba sekarang disiram FRU `.

Tajuk ini tidak ada kena mengena dengan sebuah lagu yang liriknya  `` kecil – kecil lembu jaga sudah besar bank jaga `` atau pun ` kecil - kecil bola hoki sudah besar bola rugbi ` ayat ini tidak ada mengena samada hidup apatah telah meningalkan dunia.

Trend sekarang dimana ada majlis berkhatan pasti adanya pihak bomba dijemput untuk memandikan dan menyiram kanak – kanak sebelum majlis berkhatan bermula….alasannya bagi bebudak tadi seronok dan sebenarnya  memudahkan operasi bersunat dijalankan kerana ` anu ` mereka lembut dan mudah untuk dipotongkan.

Teman teringat zaman bebudak dulu..... tak merasa le macam bebudak sekarang kerana dengar perkataan ` bersunat ` pun dah lari lintang pukang….malah nengok tukang sunat pun mengerunkan apatah lagi melihat peralatannya. Dunia kini telah berubah bebudak sekarang tidak diuji dengan kesakitan berbanding dengan orang  dulu – dulu….kerana sekarang dah ada laser dan proses menjahit pun tidaklah sesakit mana…itulah diantara sebab bebudak sekarang tak kuat ketahanan mental  dan kalah diuji…..itu sebabnya ` kick ` orang dulu lain....apa – apa pun seronoknya bebudak tadi disiramkan dengan air pancut bomba.

Kini bebudak tadi  sudah dewasa dan mereka peka dan tahu  perkembangan politik negara yang penuh kerakusan rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya….mereka memberontak kerana mereka sedar hak  suara mereka sebagai rakyat Malaysia menentang segala bentuk penyelewengan dan sebagainya. Kini mereka tidak disambut dengan siraman bomba lagi tapi mereka disambut oleh FRU  dengan ` water canon ` yang air dan asap memedihkan mata jika ada yang tak tahan dengan siraman air itu boleh jatuh dan tumbang.

Terbaru kira-kira 15,000 orang yang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga air oleh Syabas di pekarangan Masjid Negara terpaksa berpecah kerana disuraikan dengan semburan air dan gas oleh pasukan polis.

Mereka yang berkumpul sejak sebelum waktu Zohor pada mulanya berada dalam suasana tenang sementara menunggu ketibaan pemimpin Kerajaan Selangor untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pihak polis membenarkan rombongan beliau dengan tiga buah kereta ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Sebaik sahaja anggota rombongan meninggalkan kawasan Masjid Negara, pihak polis mulai menyurai peserta himpunan aman itu termasuk menggunakan gas pemedih mata dan semburan air daripada jentera water cannon.

Teman pun nak mencelah bercerita pengalaman teman dipijak, dikejar dan setakat disiram air asid dan gas pemedih mata tu dah biasa sangat......kekadang dah lama tak kena terasa ` gian ` pulak.....kekadang teman hairan jugak polis dan Fru yang belasah orang tu.....macam le hidup diorang senang sangat....duduk pun rumah ` flat ` kebanyakanya....kalau ada orang berdemo untuk memperjuangkan keadilan dan nasib rakyat dari ditindas.....pada - pada le nak belasah orang......sampai kedalam masjid pun tak hormat....ini apa cerita !.

Di Malaysia memang pelik  dalam  demontrasi aman membantah tindakan jahat Amerika dan Israel yang diadakan di bumi Malaysia , tanpa sebab mereka dibelasah oleh Polis mereka sendiri. Sejarah di Malaysia bukan sahaja isu Amerika dan Yahudi diperlakukan sedemikian rupa, malah memperjuangkan hak rakyat juga terkadang – kadang turut dibelasah oleh Polis.

Rakyat bangun memprotes  tindakan ini dan mengangapkan tindakan itu  seperti Polis Israel… Polis menafikan dengan alasan tindakan mereka itu untuk menjaga kententeraman  dan sebagainya., Inilah realiti sebenarnya.

Dalam hubungan ini, Allah berfirman bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami tetap akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjuang dan bersabar daripada kalangan kamu dan agar Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad: ayat 31)
 
Firman Allah lagi bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Surah Al-Ankabut: ayat 2)

Ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan takwa dan beriman kepada Allah.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More