MESYUARAT AGUNG BUKAN PASAR BORONG
Saya tertarik dengan ` Surat Terbuka ` yang pernah ditulis oleh Ustaz Nasrudin Hassan At – Tantawi dalam isu menjelang mesyuarat agung disana – sini.
Beliau mengingatkan bahawa mesyuarat agung atau muktamar ini merupakan medan dan anggota mana pertubuhan dan persatuan menilai pencapaian semalam guna merangka strategi di hari esok.Kita diajar oleh Allah SWT sebagai seorang pejuang yang mutaqin pada hari ini agar sentiasa menghubungkan pencapaian semalam dengan langkah gagah yang akan dimulakan esok harinya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang – orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan lihatlah apa yang telah dilakukan semalam untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
Surah Al Hasyr . Ayat : 18
Justeru itu, sangat tidak wajar mesyuarat agung / muktamar dibiarkan berlangsung suram, hambar tanpa perbahasan yang mantap dan bernas hasil lontaran idea yang kritis dan dinamis.Persediaan mesyuarat agung jangan dilihat hanya mencantikan dewan mesyuarat,dokumen mesyuarat dan beg perwakilan semata – mata, tetapi mesti lebih tumpu kepada penyediaan idea yang mengandungi agenda dan objektif,menepati misi dan visi perjuangan.
Lebih malang ada kelihatan disetengah mesyuarat agung diadakan hanya sekadar membentang dan mengesahkan minit kemudian melihat jam ditangan jam didinding dan tergesa – gesa untuk pulang.Sesungguhnya mereka yang beranggapan demikian ,mereka hanya hadir menepati masa lapang sahaja dan bukan menepati kehendak amanah kepimpinan dan mereka berjuang untuk kalah dan bukanya untuk menang.
Fenomena ini tidak harus dibiarkan kekal tanpa penarafan semula kerana kita sekarang ini berada di era globalisasi yang menjanjikan cabaran dan tentangan.Hanya mereka kental sahaja yang Berjaya menongkah arus ini.
Kelemahan tidak dikesan untuk kita saling salah menyalah, tuding menuding,tetapi berjaya dikesan dengan pandangan dan teguran ikhlas sesama organisasi.Semua pihak dikalangan kita bertanggungjawab menginsafi perkara ini. Jadikan kelemahan sebagai peluang untuk memperkasa diri dan organisasi.
Jangan sekali memusuhi kelemahan, sebaliknya pula bijak menangani kelemahan dan menguruskan konflik dengan tenang dan beretika.
Kelemahan tidak menjadikan kita panik dan tergugat kerana orang – orang berkepentingan sahaja yang tercabar,sebaliknya kelemahan dan penyelesaian masalah mematangkan kita dan tangani dengan tenang dan berhemah.
Kelemahan bukan dihukum tetapi dibaiki sementara kehebatan pula bukan dinanti tetapi dicari dengan berkat ` Syura didahulukan, taqwa diutamakan `.
Khalilul Rahman Bin Abdul Samad
Salam.
ReplyDeleteKali pertama klik blog ini saya terkejut kerana fikrkan tersalah klik blog Khalid Samad. Dua kali tengok baru terbaca Khalil Samad.
Tahniah atas kelahiran blog saudara Khalil. Selamat datang ke dunia blogger.
Salam Khalil,
ReplyDeleteTahniah! Blog anda dalam senarai Pemaya K, blog saya yg tidak sepertinya.
Salam Man,
ReplyDeleteNgapele gambo mike berlatar belakangkan dango teman. Takdeke dango lain. Teman cadangkan mike taruh gambo pangkin bawah pokok depan sekolah mat nolong .. pangkin tempat kita duduk sembang 20 tahun lalu ...
teman memimnati gaya bahasa mike yang penuh nilaI. Teruskan berblog dan jgn jadi goblog.
ReplyDelete