Wednesday, March 31, 2010

KEMULIAAN DUN PERAK TERCEMAR LAGI

Sidang DUN Negeri Perak kecoh lagi.Teman tak faham,kenapa masih berterusan berlaku.Kekecohan ini bukanlah berpunca daripada tidak fahamnya kepada prosedur persidangan dewan semata – mata tetapi yang paling ketara ialah dendam kesumat yang ditunjukkan oleh pihak pemerintah kepada bekas pemerintah  iaitu Pakatan Rakyat.
Kesemua ADUN berjumlah 59 orang sepatutnya diberikan kemuliaan dalam setiap kali persidangan dewan itu diadakan sesuai dengan mulia Dewan Undangan Negeri itu.
Adun Pakatan Rakyat mendakwa pihak Barisan Nasional menganiaya mereka, walaupun mereka tidak menimbulkan keributan.
Keributan berpunca apabila pihak keselamatan yang membuat pemeriksaan yang ketat, malah menimbulkan suasana ketakutan kepada mereka.Malah ada pihak yang tidak dikenali indentitinya turut berlagak sebagai pegawai keselamatan.Persoalannya kenapa ADUN Barisan Nasional dipermudahkan urusan mereka ?.
Untuk apa ramainya polis – polis ini.Kata DS Nizar Ini bukanlah ` majlis persidangan polis ` kerana ramainya mereka didalam dewan mengatasi jumlah pengubal  undang – undang negeri.Itu belum lagi yang berada diluar dewan dalam kawasan bangunan SUK,diluar bangunan SUK,Kedai – kedai makan berhampiran dan sebagainya.
Rakyat percaya jika usaha – usaha sungguh – sungguh pihak polis yang ramai ini bertugas dalam memastikan keselamatan sidang  terkawal ini dihalakan kepada kepada kes – kes yang besar dalam negara sudah tentu penjenayah dapat diberkas dengan tenang dan pantas.
Dewan Undangan Negeri ini adalah rumah atau medan tempat wakil – wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya 5 tahun sekali dan bukannya permohonan menjadi anggota polis  yang diadakan sekali seumur hidup.Berikanlah kuasa dan hak mereka yang rakyat berikan  untuk membangunkan negeri yang tercinta ini walaupun berbeza fahaman politik atau parti.
Persidangan kali ini, yang pertama sejak Pakatan Rakyat berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional,telah berlangsung dengan baik tetapi dirosakkan ketika gangguan keselamatan dalam dewan sebelum Raja Muda menyampaikan titah ucapan DiRaja.
Rakyat  merasakan dukacita kerana  pihak media tidak boleh dan dinafikan hak mereka membuat liputan secara bebas sepanjang sidang kali ini.Teman sedar semasa Pakatan Rakyar menerajui  Negeri Perak yang lalu telah memberikan kebebasan sepenuhnya kepada rakan media,malahan mengadakan siaran langsung pada setiap kali sidang diadakan.
Dimana talian internet dan penggunaan telefon untuk mengakseskan twiter, face book dan sebaganya telah disekat. Adakah mereka lupa bahawa didalam peperangan sekalipun pihak media perlu dilindungi.

Rakyat juga menanti bilakah isu status Yang Dipertua Dewan akan selesai.Semua rakyat yang peka sahaja nampak bahawa Dato` R. Ganesan adalah orang awam tetapi masih di ikhtiraf sebagai speaker yang sah.
 Teman besabo dan dengan tenang serta berdoa menunggu datangnya  sebuah kerajaan yang stabil dan bukannya sebuah kerajaan yang talian hayatnya ditentukan oleh ADUN – ADUN lompat  yang tiada maruah itu.

Monday, March 29, 2010

POLITIK NEGARA MENUJU KEHANCURAN

Kali ini teman mengajak  menkema semua berfikir sejenak diatas ciri – ciri kepimpinan yang redhai Allah SWT.Mutakhir ini menunjukkan bahawa ciri – ciri kepimpinan dan kelayakan seseorang yang bergelar pemimpin  dalam negara kite semakin terhakis dan rosak akibat daripada tangan – tangan manusia itu sendiri.
Secara tabie nya, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang wujud dialam ini dan bermulanya dari yang sebesar – besarnya iaitu kepimpinan Allah SWT terhadap keseluruhan alam ini, hingga kepada sekecil – kecilnya iaitu kepimpinan individu.
Oleh kerana teman sedikit terdedah dalam bidang pentadbiran dan ingin  berkongsi maklumat dengan menkema  semua bahawa ciri – ciri kepimpinan yang terbaik adalah seperti berikut.
Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan suatu amanah.Firman Allah.`` Maksudnya : Sesungguhnya aku [ Allah ] telah melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini [ aL – Baqarah : 30 ]
Allah telah mengingatkan manusia tentang kepentingan dan matlamat yang jelas diantaranya memakmurkan bumi dengan pelaksanaan syariat,menyambung tugas rasul,membuktikan kepatuhan kepada Allah,kemaslahatan ummah dan sebagainya.
Diantara ciri – ciri utama seorang pemimpin yang baik pula ialah beriman dan adil,teladan yang yang baik,pandangan yang tajam,berhikmah dan tenang,yakin  serta yang terbaik mengamalkan syura.
Kepimpinan dan politik dalam negara ini telah menjadi tak tentu arah.Pemimpin – pemimpin yang memiliki jiwa yang kental terhadap agamanya, akhlak yang baik, bertaqwa,pemimpin rakyat perjuang keadilan dan pendokong  Islam dianggap penghalang kemajuan dan musuh politik dendam kesumat yang tiada kesudahan.
Manakala si perasuah,perlaku skandal,perampas hak rakyat,perlaku maksiat pengkhianat undi rakyat,lompat parti,pengamal undang – undang dasar barat,pemfitnah,pecah amanah  adalah merupakan ciri – ciri terbaru dan terbaik sebagai pemimpin  negara  1Malaysia ini. Kemenangan Dato` Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA  juga menunjukkan bahawa moral yang buruk telah mendapat tempat yang mulia dipersada politik negara.
Jika situasi ini menjadi berterusan, maka tunggulah saat – saat kehancuran yang kite bimbangi akan berlaku.
Pemimpin yang baik akan memastikan sesiapa sahaja yang dipimpin termasuk diri kite sendiri mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT, kerana kita bimbang kesan daripada kerosakan akhlak – akhlak ini akan menyebabkan negera akan terjerumus ke lembah kehinaan.

KISAH SAHABAT DI YAMAN

San'aa (Yaman), 21 Mac: HARI ini merupakan hari ketiga kami berada di San'aa Yaman, setelah tiba pagi Jumaat 19 Mac baru-baru ini. Perjalanan kami dari KLIA memakan masa 16 jam setelah pesawat Yemenia membawa kami ke Jakarta, Dubai dan seterusnya San'aa. KLIA-Jakarta 1 jam 45, Jakarta ke Dubai 7 jam, satu perjalanan yg agak menjemukan kerana terlalu lama terperuk di tempat duduk cuma menariknya menyaksikan kehebatan dan keajaiban terbang di atas awan yang cerah memanjang sedangkan waktu Malaysia ketika itu sudah hampir waktu Isya'. Kata penumpang Indonesia di sebelah, "Masih sore pak".

Ternyata juga hasil pemerhatian ringkas lapangan terbang KLIA jauh terkehadapan modennya berbanding Jakarta yang 'simple', dan San'aa pun begitu. Jumaat kami solat di masjid berhampiran Istana Presiden Yaman. Jumaat di sini kebanjiran dengan ribuan manusia hinggakan jemaah melimpah di atas jalan raya. Isu yg disentuh adalah tentang ancaman terhadap masjid Al-Aqsa dan ancaman ke atas Yaman yg dihimpit oleh pelbagai usaha untuk meminda undang-undang syariah sedia ada dengan percubaan memasukkan perisytiharan Shidao yg menghalang perkahwinan awal dan menganggap itu sebagai jenayah terhadap wanita, meniduri isteri sendiri tanpa kemahuannya boleh dituduh merogol isteri sendiri dan salah disisi undang-undang. Juga disentuh tentang usaha mewujudkan kumpulan gay dan lesbian di Yaman yang sedang diusahakan supaya boleh didaftarkan persatuan mereka atas nama kebebasan hak dan seterusnya ke arah menuntut keharusan berkahwin antara lelaki sama sejenis dan perempuan sama sejenis. Nauzubillah....

Khutbah disampaikan oleh Syeikh Hazzaq yang kemudian menggesa jemaah berjihad dengan harta membantu umat Islam Al Quds yang cuba diusir oleh rejim Zionis-Yahudi dari Masjid Al-Aqsa yang sekarang ini berdiri di atas tiang-tiang yang rapuh kerana pelbagai terowong telah digali di bawahnya. Dan Zionis-Yahudi merancang untuk mencipta gempa bumi buatan yang akan mewujudkan gegaran seterusnya mengakibatkan Al-Aqsa roboh dengan sendirinya dan dengan itu mudah bagi mereka membina haikal Nabi Sulaiman.

Mengakhiri khutbah beliau mengajak semua jemaah berdemonstrasi menyatakan bantahan terhadp rejim Zionis-Yahudi ke atas Al-Aqsa. Solat berjemaah dirata-rata masjid di sini paling kurang 5 saf, kalau satu saf 30 orang kiralah sendiri. Solat Subuh pun begitu.

sumber: http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

Sunday, March 28, 2010

SIDANG DUN ROTI CANAI SEGERA

Negeri Perak merupakan negeri yang banyak hasil mahsulnya dan sebuah negeri yang kaya dengan keindahan dan indentitinya.
Tanggal 30 Mac 2010 bakal tiba dan seluruh rakyat Negeri Perak menanti detik ini dengan penuh minat dan penuh sabo.  Persidangan Dewan Undangan Negeri ini adalah yang pertama selepas Dr. Zambry diisytiharkan sebagai Menteri Besar Mahkamah oleh mahkamah.
Seramai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak akan menunjukkan skill masing – masing untuk membangunkan Negeri Perak ini.Detik ini lebih hebat daripada penantian peminat kaki bola menanti saat bermulanya Piala Dunia yang bakal diadakan dalam bulan Jun ini di Afrika Selatan yang melibatkan 32 buah negara yang layak bertanding.
Teman difahamkan kemungkinan besar sidang itu diadakan dalam satu hari sahaja iaitu pada 31 Mac 2010 selepas majlis perasmian oleh DYMM Sultan Perak.Kenapa dan mengapa,jawabnya WallahuAlam.Hanya rakyat Perak yang coredek [ cerdik ] sahaja yang mampu menilaikannya.
Kalau perkara ini berlaku suatu yang amat malang bagi rakyat Negeri Perak.Pengalaman yang  lalu dalam Sidang DUN yang membentangkan bajet Negeri Perak hanya dalam beberapa minit sahaja meluluskan wang yang berjuta - juta ringgit.Sekali lagi rakyat yang peka sahaja mampu menilaikannya.
Rakyat kena sedor bahawa Sidang DUN ini bukan cerita kisah R. Ganesan penjual kacang putih dari Buntong yang meniaga di Stesen Bas Ipoh atau Mak Chik Midah dari Sungei Rapat yang jual ais kepal  di gigi Jalan Kampung Sengat, tetapi sidang ini membincang hal urusan negeri.Kalaulah Allayarham A.R Tompel masih hidup,tentu ayat yang pertama keluar dari mulutnya ` Imposible `,teman posible.
Nampaknya memang dunia ini sudah sampai akhir zamannya,kerana petunjuk yang diajar oleh tok – tok guru bahawa tanda – tanda akhir zaman ialah yang jauh telah menjadi dekat,sungei yang lebor [besar  menjadi sempit dan sebagainya.Malah makanan yang susah dibuat menjadi mudah kini seperti  roti canai segera, mee segera, pau segera dan akhirnya otak manusia pun berfikir segera tanpa merujuk kebenaran wahyu Ilahi.
Teman teringat zaman bebudak dulu,nak main gasing dengan kekawan teman buat sendiri bukan beli.Untuk tu teman ceroye – ceroye [cari – cari] mana – mana batang pokok limau atau jambu yang  boleh dibentuk menjadi  gasing .Nak siap sesuatu gasing pun memakan masa 3-4 hari baru siap.
Kalau Sidang DUN itu diadakan satu hari  juge pada 31 Mac 2010 tu, maka teman nak cadangkan menkema       [kau orang] yang merintah Perak ni jadi bebudak balik le. Nak merintah negeri dengan strategik tetapi bukan mainan magik.
Baru – baru Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh Dato` Seri Nizar memohon perbincangan khas sebelum Sidang DUN diadakan supaya perjalanan mesyuarat tersebut berjalan dengan baik dan harmoni.
Teman yakin ini keikhlasan Pakatan Rakyat untuk sama – sama membangunkan Negeri Perak.Tiba – tiba Dr. Zambry kata Pakatan Rakyat takde hak untuk mengarahkannya dan beliau diibaratkan Pakatan Rakyat sebagai sindrom bulan mengambang.Memang le bulan mengambang masa yang sesuai nak tengok wajah – wajah  yang tak berapa jelas sebelum ini.
Pandai pulak dia kata Pakatan Rakyat takde hak mengarahkannya.Mungkin MB Mahkamah ni dah lupe yang  pimpinannya itu pun hasil rampasan hak rakyat.
Dulu ada kartunis kate negeri teman ini darul kartun,tetapi mungkin satu nanti digelar darul hak atau darul mengambang.

Lebih menambahkan lagi sangka ributnya  pula apabila Speaker R.Ganesan dengan mentah - mentah menolak soalan - soalan dewan oleh ADUN Pakatan Rakyat dengan alasan tidak mengikut prosedur kerana tidak diemaikan kepada pejabat speaker sedangkan ADUN tersebut telah menghantarnya secara ` by hand `.Nampaknya speaker kartun ini sekali lagi menyerlahkan  kebodohannya.
Teman impikan darul tenang untuk dunia dan akhirat.

Friday, March 26, 2010

MINUM KOPI BOLEH, DUIT KOPI HARAM

Sempena dengan Hari Polis yang disambut pada 25 Mac 2010 disetiap tahun, teman mengambil kesempatan mengucapkan ` Selamat Hari Polis ` kepada semua anggota Polis di semua peringkat. Jasa kalian tetap dikenang.
Kebiasaannya seorang atuk juge opah selalu bertanya kepada cucu kesayangannya bila dah besar nanti nak jadi apa Cu?.Maka cucunya dengan tenang dan pantas menjawab doktor, askar, peguam, cikgu dan yang paling favourite ialah jadi Polis.
Jarang sekali seorang atuk atau opahnya tadi membalas kepada cucunya mesti menjadi seorang doktor yang beriman,peguam yang beriman ataupun Polis yang beriman.Kita  lupa disinilah awalan doanya.
Teman teringat zaman bebudak dulu , ada teman perhatikan ada seorang anggota Polis yang kerap sangat tahan lori dan ambil duit kopi daripada pemandunya.Teman Tanya pada arwah bapa teman,dia kata mike jangan sibuk ` aje lantaknya ` lagi pun bukan hel kite `` katanya.
Menkema bayangkan kalau 10 buah lori ditahannya dan setiap 1 lori dapat 5 ringgit.Jawabnya anak bininya makan duit  haram le hari – hari.
Dulu teman ingat zaman teman sekolah rendah di Sultan Idris 11,Kuale.Masa itu cerita di tv syok – syok semua.Kalau cerita Polis diantaranya Mannix,Ironside,Canon ataupun Sheriff Lobo.Kalau cerita koboinya seperti Raffles Man, Wild Wild West,manakala cerita perangnya popular dengan ` Combat` starring Vic Morrow,Rix Jason, Kirby dan Little John.Masa tu kalau perang tentera Jerman kalah ` semendang `  [ Kalau selalu ] dengan tentera Amerika.
Masa tu jangan kenang le.Muhammad Ali tinju dengan Joe Frazier,George Foreman dan Joe Bugner pun satu sekolah tengok tv berhenti kelas belajo.Hebat – hebat.
Yang teman nak cerita ni ialah kisah seorang Polis dalam ` Sheriff Lobo ` tu.Dia ni asyik makan suap atau makan duit kopi daripada masyarakat dipekannya.Mungkin dia tak belajo daripada Posto dalam filem ` Ahmad Albab ` ketika Si Syawal pelawa minum kopi, posto tadi jawab `` tak boleh rasuah ``.
Kalau le ramai anggota Polis atau sesiapa saje yang bergelar manusia ikut macam Si Posto ni,maka aman le Malaya ni.
Ada orang cakap pada teman.Ada satu cyber café di pekan Kuale tu,hari – hari ada 2  atau 3 orang Polis datang ambil duit kopi.Teman tak tahu.Nak tahu Polis kena siasat le.
Kali ni teman tak nak bincang kes yang besor – besor.cukup le bincang isu duit kopi saje.Tapi ingat dosanya tetap besor.Maklum le sekarang ni dah banyak jenis – jenis kopi,tinggal lagi kopi duda aje belum  ada lagi.Bior le YB Zulkifli Nordin,Dato Zahrain,YB Mohsin yang bincang Isu Orang ketiga dalam PDRM,Siapa sabotah Siapa ?.Maklum le deme [ diorang ] dah pandai bercakap dan glamor tiap – tiap hari di surat khabor. Teman bukan nak mengoda,hanya teruja.
Sempena dengan Hari Polis yang kita sama – sama sambut ni,Kita doakan keselamatan Negara kita aman dan Polis semakin professional dan efisen.Teman juge doakan anggota topi merah tu juge ditambahkan keimanan dan banyak besabo kepada mereka.Jangan kira nak belasah orang aje.Teman dah biase kena kejor,pijak,ayor asid,bom asap dan sebagainya.Teman dan rakan teman bukan penjenayah, tapi hanya menyatakan kebebasan bersuara dalam negara.
Ingatlah,duit kopi atau rasuah itu umpama bangkai gajah.
Akhirnya teman ucapkan Selamat Hari Polis.Kami bangga dengan kalian.Marilah sama kita hadiahkan kesejahteraan  kepada semua anggota Polis samada yang masih hidup apatah lagi yang telah meninggal dunia.AL – FATIHAH.

Wednesday, March 24, 2010

DAIRI HARIAN PELAKUN DUNIA TANPA AGAMA

1. Anak-anak yang bersekolah  dibangunkan pagi oleh ibubapa nya atau pengasuh Indonnya terus kebilik air.Kena ibubapa yang tak peduli tentang sembahyang anak – anak terus bersarapan dan terus mengalas bag sekolah yang berat bagai nak pergi perang tanpa jadual harian,tanpa doa perjalanan, tanpa doa keluar rumah meninggalkan ibunya juga tanpa bersalaman.

2. Orang yang bekerja di pejabat, lesu bukan kerana sembahyang malamnya tapi kerana bolanya, kerana laghonya semalaman dengan kekawan terus menghidupkan enjin kereta. Memikirkan fail yang bertimbun-timbun, kerja yang terbengkalai, kerenah 'bos' dan birokrasi yang tercatat dalam jadual kerja harian.Keluar rumah pula tanpa niat bekerja suatu ibadah. Silap – silap mandi wajib pun lupa, lebih malang tak tahu langsung.Kes berat ni !

3. Guru-guru pula terpaksa 'bersilat' awal ke sekolah. Anak-anak yang akan di 'transit' ke nursery itupun mujur nursery,tapi kalau bagi mak yang jaga jawabnya mak bertuankan anak le jawabnya,tak ketinggalan ko-korikulum yang memenatkan, belum lagi kerenah anak-anak murid yang semakin ' kurang sopan' mutakhir ini kerana terikut – ikut dengan ` Akademi Fantasia dan Pentas Raja Lawak maupun Halimah Jongang The Serie. Pening - pening!

4. Kelab Orang Pencen (KOP) , selepas subuh, tiada lain yang difikir - nasi lemak, teh tarik, roti canai dan tumpuan kedai janda dan bangga dengan kepulan asap-asap rokok ibarat hutan simpan yang terbakar, menjadi agenda penting setiap pagi. Tak lupa juga, suratkhabar yang bersedia untuk memutar otak-otak mereka yang menghentam ulama dan perjuangan Islam dianggap sebagai sumber ` qath`ie. Quran? Lain tahun baca atau tunggu pesta tahunan musabaqah diadakan.

5. Ahli-ahli politik yang 'tak siuman' nak fikir apa? Kena fikir nak 'makan siapa' hari ni. Nak cipta fitnah apa hari ni. Nak pilih balai polis mana nak buat report yang mengada-ngada, yang lebih kepada nak glamor dalam tv sahaja.Bagi derma dengan cek berbentuk replika 1 Malaysia nampak. Nak tidur dan nak dengkur pukul berapa dalam sessi perbahasan parlimen hari ni. Kemudian berlagak dan mendakwa jadi pembela rakyat.

6. Yang berstatus Dato` ke , Tan Sri Ke sibuk pula mengintai mana – mana selebriti yang ` merenyang ` untuk dijadikan isteri ke 2 atau ke 3.Alamak berperang le yang pertama.Mereka juga tak sedar Mak Datin juga pandai mencari gigolo.

7.Bloggers pula sibuk  dengan cari bahan terkadang – kadang makan pun lupa dan kena pula bloggers yang tak islamik sembahyang pun ` kantoi `

8.Exco Kerajaan Negeri Perak pula siang malam berfikir macamana nak martabat speakers Ganesan dan berdepan dengan karenah ADUN PR yang mereka iniaya tu.

9. Para cerdik pandai agama termasuk mufti pula hari – hari cakap tak serba bikin kerana yang penting dapat penghormatan dan dijemput ke forum perdana, janji masyukkkk.

10. Mak chik – mak chik  sebelah petang menanti maghrib dok sembang pok pet – pok pet mengenai menu bengkang tak menjadi atau karenah anak menantu mereka.Sekali menantu lelaki sembang dengan kawannya kisah karenah banyak mak mertuanya baru mereka tahu.Baru ADIL.

11.Polis  dok sibuk mantau ceramah politik pembangkang kerja dan fail kes – kes lama dimakan anai – anai dan bubuk.

12.Remaja yang berpeleseran kerana mak ayah tak peduli dok sibuk melihat bilik gerakan mereka untuk memilih tempat – tempat lepak hari ini.

13.Artis – artis yang putus cinta, putus tunang, putus kahwin pula mula mengintai Dato` , Tan Seri yang berprofil `rumah kata pergi kubur kata mari `tu untuk menjadi suami mereka.Walaupun tua tetapi serba serbi pengalaman.Pendek kata cerah masadepan.

Ini bukan ` Lu fikirlah sendiri Nabil atau [ Blog -sendiri – mau – ingat  ] kerana lahirnya kita kedunia ini bukan sia – sia.

Pesanan ini di bawa oleh DENGAN TENANG  sebagai ` Tanbhigul Ghafilin ` yang bermaksud peringatan bagi yang lupa.

Tuesday, March 23, 2010

ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA DERAS MEMBANGUN

Teman terkejut dengan info terbaru Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [ JPN ] Datuk Alwi Ibrahim mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

2007 : 16,100 anak luar nikah
2008 : 16,541 anak luar nikah
2009 : 17,303 anak luar nikah

Beliau juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam . Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

Teman bersetuju sesangat dengan tulisan Ustaz Nasrudin At – Tantawi menyatakan paparan  ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.
 
Beliau juga menyebutkan bahawa banyak usaha nasihat dilakukan, kunjungan hormat,dialog terbuka,wacana ilmiah,debat, kuliah,khutbah,ceramah,perbahasan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri malah demontrasi jalanan, tetapi pihak pemerintah mengambil sikap ` bodoh sombong ` dan membisu.

Itu belum didedahkan angka sebenar yang murtad dan penyakit – penyakit sosial yang lain yang pastinya orang – orang melayulah kilang utamanya.Lebih menghairankan bila ada pihak bercakap isu murtad umpamanya diangap salah.
Teman hairan. Sudahlah pak – pak menteri jahil agama dan enggan  menerima petunjuk Ilahi dan kebenaran, malah yang dukacitanya ada juga yang bernama mufti, tokoh agama turut membisu dan sebagainya.Ini terbukti ada cadangan beberapa tahun lalu dari seorang menteri  dalam menyelesaikan ` Kes Rogol `dengan memakai cawat besi juga disokong seorang mufti diutara negara kita.ASTAQFIRULLAH ALAZIM.
Memang negara kita serba boleh.Bayangkan pelacuran, pondan,dadah dan sebagainya  di sekitar Jalan Raja Laut,Chow Kit Road sampai sekarang beroperasi tidak siapa pun peduli.Terkadang – kadang nasib seorang pelacur , mak nyah lebih terbela daripada seorang pendakwah yang sering diburu dengan status tidak tauliah dan sebagainya.
Malaysia memang sebuah negara yang kaya dengan industri ` Slogan `.Memang satu Malaysia tahu.
Budaya slogan ini sebenarnya adalah retorik dan hanya untuk mengekalkan kuasa sahaja,Natijahnya masyarakat dan agama punah dilanda krisis dan sedarilah  dengan Islam sahaja yang mampu menyelesaikan krisis.

Teman berterima kasih kerana seorang Exco Perak  simpatinya untuk mengambil  bayi malang yang dijumpai di belakang sebuah pasaraya di Ipoh baru - baru ini sebagai anak angkat.  Bayi tersebut diberikan nama Mahsya Kurnea yang bermaksud ` kurniaan yang hebat `.Gurau teman mujur tidak ` Kudeta Kurnea `yang bermaksud kurniaan rampasan kuasa.

Persoalannya sekarang bukanlah memikirkan siapa yang bertanggungjawab kepada bayi - bayi malang ini samada masyarakat,NGO,tempat perlindungan dan sebagainya.Isu yang paling  utama kembali kepada ajaran Islam, kerana didalam Al - Quran sudah terjawab jalan penyelesaiannya.

Ramai orang berpandangan bahawa di negara kita tidak mungkin dapat melaksanakan hukum Islam kerana masih ramai yang tidak faham.Sayugia diingatkan bahawa yang telah faham akan mati dan yang tidak faham akan dilahirkan kedunia ini. Setiap alasan akan dipersoalkan di Rabbul Jalil nanti.

Rakyat perlu bangun dan dengan tenang menghadapinya serta bersama mendepani ` peduli ummah `.

Monday, March 22, 2010

MALAYSIA TANAHAIRKU

Gambar Hiasan

Kepala dah naik tension – idea menulis semakin kurang mood.
Tapi teman dengan tenang tak terikut – ikut dengan rentak berita pembunuhan,isu pembuangan bayi,akad nikah secara internet,lompat parti,rasuah seks, spekulasi,ancaman dan sebagainya yang melanda dunia.
Kekadang terpacul soalan merapu dari mulut teman kenapa dunia ini tidak adil kepada kebenaran.
Kekadang orang yang betul dan baik baik dianggap penjenayah dan ancaman.Kekadang pula orang yang memang tidak  betul dianggap betul.
Yang tak perfect tu teman tak mau cakap le ? tetapi menkema bayangkan orang – orang yang terkenal dengan kebodohannya dianggap hero masyarakat.
Dunia semakin tidak faham dengan tanahairku.Menkema bayangkan pula orang tercalit dengan tuduhan rasuah politik, rasuah seks tapi dengan tenang dan dengan bangganya hadir ke mahkamah bawa Mercedes dengan drebarnya sekali itu dianggap nothing.Kalaulah ianya berlaku di Jepun,Korea malah Taiwan sudah tentu disabitkan kesalahan rasuah kerana ketidakmampuan mereka memiliki kenderaan mewah ini.
 
Sape sangka ADUN katak Osman Jailu,Jamaluddin Radzi,Dato` Zahrain,Mohsin dan lain - lain hadirnya mereka dalam setiap kali mesyuarat mingguan exco dan parlimen hanya sekadar ` memanaskan ponggong `dan kata anak mami Penang ` buat ramei ` tiba – tiba menjadi wira melayu dan wira rakyat.
Teman semakin tak faham.
Macamana deme nak dapat bina masyarakat yang bertamadun ? Bila dapat kuasa diperhabiskan dengan memperbodohkan rakyat demi kepentingan perut dan bawak perut mereka.Jangan jadikan rakyat seperti daun karipulai yang peranan besar untuk menyedapkan kari tetapi bila dah masak daun karipulai diketepikan.
 
 Teman semakin tak faham,bile Tuan Guru Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak dan  keadilan dalam isu royalti, rakyat Kelantan diketepikan.Mana slogan keramat kamu iaitu ` Rakyat Didahulukan `
Entahlah….! Teman susah nak faham.
Dunia juge semakin tak faham dengan tanahairku.Menkema bayangkan perasuah dianggap mulia disisi masyarakat,Terkadang – kadang pemberi maklumat dan laporan rasuah dianggap sebagai musuh rasuah.
Dunia juga beranggapan bahawa tanahairku boleh terdedah dengan rasuah disemua  jabatan,kementerian dan sebagainya.Mungkin  Jabatan Kaji Cuaca sahaja sukar dirasuahkan kerana hujan tetap hujan, petir tetap petir,ribut tetap ribut tapi ingat peralatannya mampu boleh dirasuahkan.
Teman nak pinjam kata – kata hikmat Mat Sabu, la ni orang berjalan kepala dibawah kaki diatas.Semuanya dah tak ketauwan [ tak tentu arah ].
Kepada hamba rakyat ditangan menkemalah pencetus perubahan ini.Rakyat perlu bangun dan bercakap menyatakan kebenaran kerana maklumat adalah ` information is power `.
Macamana rasanya ? sudah bersediakah rakyat.
Bersediakah rakyat untuk berdepan dengan PRU 13 nanti,atau masih lena dibuai mimpi ` Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan `.
Teman dengan tenang.

Saturday, March 20, 2010

DUNIA DILANDA KRISIS PEMBUANGAN BAYI MENJADI - JADI

Teman adalah dikalangan manusia yang sukakan bebudak.Dimana ada bebudak disitulah teman bertanya kabar dan mengusik mereka.Teman boleh menang kalau sesorang ibu atau ayah meminta derma sesuap nasi atau bantuan lain,tetapi akan kalah apabila ada kanak – kanak atau bebudak bersama mereka.Itulah tanda kasihnya teman kepada mereka.

Mutakhir ini Negara kita dilanda krisis, kerana isu pembuangan bayi terus menular malah menjadi hangat kembali.Siapakah yang harus dipersalahkan.

Kalau kita lihat dalam mana – mana Forum Perdana,Seminar, Diskusi dalam isu keruntuhan moral semuanya salahkan 100% kepada ibubapa,ibubapa sahaja.
  
 Teman pernah berhujah dengan Mufti Perak sekarang ini dalam satu mesyuarat bersamanya.Teman mengatakan ketidak seriusnya pihak kerajaan dalam menangani isu keruntuhan moral dan menuding jari semuanya salahkan ibubapa,ibubapa.Teman kata kepada mufti ini berapa masa yang ada kepada ibubapa bersama anak – anak mereka.Pagi dan petang malah malam baru pulang bekerja, manakala anak – anak pula pagi kesekolah, petang ke fardu ain, malam ke tuition dan sebagainya.

Teman kata lagi baik macamana pun ibubapa mendidik anak – anak kearah agama dirumahnya, tetapi langkah terakhir anak – anak ini keluar pintu rumahnya adalah langkah pengkuatkuasa yakni kerajaan, kerana kanak – kanak dan remaja terdedah dengan maksiat, keseronokan,hiburan.konsert,lepak dan sebagainya.Persoalannya adakah ibubapa yang mengeluarkan lesen atau permit kepada tempat mungkar ini.?
 
Itu sebabnya Islam perlu ada kuasa kerana tanpa kuasa seolah – olah pejabat yang memerintahkan agama dan bukan agama memerintahkan pejabat.Maka beliau terdiam.
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Jangan sampai pembuangan bayi ini dijumpai di tepi pagar istana,dalam lif KLCC,Kediaman rasmi PM,bilik mesyuarat Putrajaya barulah masing – masing  malu  barulah tersentak  nak tunjuk hero menyelesaikannya.Pengalaman di Malaysia biasanya begitulah.
  
 Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.
Jawapan yang terbaik dalam menyelesaikan kemelut ummah ini ialah kembali dengan yakin  kepada hukum Allah kerana inilah jalan yang terbaik kerana `siapakah kita untuk mempertikaikan hukum Allah `.

Friday, March 19, 2010

TAZKIRAH JUMAAT

Rasa malu itu ada 10 macam :
 
Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.
Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

Sumber : http://jihadtegakislam.blogspot.com

Thursday, March 18, 2010

ANTARA IMELDA MARCOS DAN ROSMAH

Teman kali ini nak bawak menkema [kauorang] kepada dua cerita, nama pun cerita  iaitu 2 tokoh wanita yang dikatakan  hidup hebat dan berbelanja `moncah `[mewah] dan seorang ` first lady `di negeri masing – masing.
Kite kenali wajah anggun dan mengancam Imelda Marcos iaitu isteri kepada Presiden Marcos yang merupakan diktator kepada Filipina satu masa dulu.Siapa tidak kenal kepada Imelda Marcos ini….beliau seorang cantik dan mengoda hinggakan pak – pak menteri kabinet suaminya ` melelih ayorlior yop `kempunan.melihatnya.
Berkat kecantikannya,Imelda memperolehi berbagai gelaran, misalnya `Rose Of Tacloban,Miss Layte, Iron Butterfly  dan gelaran lain.
Diwaktu kejatuhan empayar suaminya, ketika itu Corazon Aquino isteri kepada Mendiang Senator Benigno Aquino yang tewas tertembak di Bandara, Manila pada 21 Ogos 1983 mengambil pemerintahan Filipina dan dianggap itulah titik awal `people power`,Imelda pula  menuduh bahawa wanita ini tidak tahu apa – apa tentang politik.Tetapi terbukti apabila Corazon atau Cory ini dengan tegas apabila menolak kepulangan jenazah Marcos untuk dimakamkan di kampong halamannya di Ilocos Norte, Filipina.Berbagai usaha dilakukan oleh Imelda tetapi Cory tetap menjawab `No`.

Himpunan sepatu mewah Imelda

 Yang teman nak cerita kali ini ialah mengenai kisah ketika  Imelda keluar  Istana Malacanang beliau meninggalkan 3 ribu lebih pasang sepatu, 15 mantel bulu [ mane ke ropenya `] 500 lebih gaun, 500 butang dan 888 tas.Menkema bayangkan berape nilai  belian tersebut.Yang teman tahu hanya Belakang Loken Ipoh, Gerbang Malam dan Chow Kit Road aje.
Nak jadikan cerita kite kembali ke Malaya, tanah ayor kite.Nampaknya disini tak kurang hebatnya malah lebih hebat dari empunya hebat.
Siapa yang tak kenal dengan Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri yang 1 Malaysia.Beliau  juge seorang `first lady yang asalnya seorang selebriti ….memang cantik, tapi sikit berisi maksud teman mantop Masa muda dulu….Fuhhhh ! setakat Zizie Bung Mokhtar tu…jawabnya dengan tenang aje.
Ramei yang berpendapat kesukaannya bukan sambal belacan dalam Filem Seniman Bujang Lapok tu…..tapi bershopping dari satu negara ke satu negara,Setakat  The Mall, Sunway Piramid, Suria KLCC, Time Square ke…The Store Pekan Kuale tu ! lagi tak main le..
Kadang – kadang rakyat hairan juge, beliau ni bukan orang politik tetapi bercakap politik lebih dari Shahrizat Jalil apatah lagi Rafidah Aziz yang namenya pun orang dah tak ingat ! maklum le Melayu ni mudah lupa.
Menkema bayangkan dikhabarkan oleh orang ramai sekali penama diatas ini bershopping boleh membantu rakyat miskin di Gugusan Manjoi,Kampung Chui Cak di Pasir Salak,Kubang Pekan Di Kuale dan tempat – tempat lain yang merindui bantuan, ada juge diantara mereka `merokho dinding `cari rezeki sesuap nasi untuk keluarga.
Teman ni kaye idak……tapi dapat kaye jiwa pun sudah syukur yang penting dengan tenang.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More