Wednesday, December 8, 2010

KELUARGA TOUCH N GO

Gambar Hiasan

Teman dah hampir 10 tahun kurang sangat membaca suratkhabar  apatah lagi mendengar berita – berita di tv maupun diradio…..kerana bagi teman 10 ceritanya 11 teman tak percaya…..kalu betul pun result loteri yang dihalalkan oleh sang penguasa….tu yang teman nak tanya mufti tu…..boleh ke suratkhabar jenis ini dibawah kedalam masjid, tapi teman yakin jawapannya boleh kerana tanpa ` NIAT `.

Dulu  masa DS Nizar jadi MB Perak dulu semua cerita dalam Radio Perak jam itu semuanya kisah umNO dan Bn aje…..kalu ada cerita Pakatan Rakyat pun mesti negatif punya, malah yang positif pun boleh jadi negatif…. walaupun bertema ` UNTUK KOME AJE ` tapi bagi teman bukan untuk ` kome ` tapi ` UNTUK UMno AJE `.

Tengah teman dok sibuk bersantai kat rumah melayari blog kekawan….tiba – tiba sorang Mamat umNO yang juga rakan facebook teman yang kena ` KO ` berhujah dengan teman dan kini telah ` cheroy ` dengan umNO akibat pukulan maut teman ….dia bagi sms kat teman bagitahu Zeti Akhtar dipilih sebgai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1431H.

Maka keluarlah gambar standard tema maal hijrah iaitu ` Sarang Lelabah ` yang dipublishkan setahun sekali laksana ` alat teropong ` nak tentukan puasa dan raya bagi umat Islam di Malaysia ini.

 Teman terkejut dan hampir tak percaya kerana perkhabaran itu datangnya orang umNO….tu membuatkan teman lagi tak percaya tapi meraikan dan semangat  kekawan teman mampu percaya….nak tergelak pun nak term….ntah pun ada….mana tidaknya dalam Islam ciri – ciri seorang tokoh dan pemimpin dalam Islam  ada didalam Al - Quran.

Ntah apa kriteria diorang pakai teman pun tak tahu..., malas gua nak komen banyak... lu orang fikirlah sendiri….kekadang teman hairan jugak bertudung pun tidak bahkata orang Perak ` terbore`ngeh  ` tot tot tot dipilih tokoh maal hijrah….teman bukan apa dengki pun tidak jeles pun lagi tidak tapi cari le tokoh yang sesuai sempena meraikan hari dalam Islam ini.
 
Yang pastinya.. pengamalan Islam di Malaysia ni memang cacamarba di sebabkan oleh puak – puak tidak berasaskan wahyu Ilahi.kerana di Malaysia ni nak pilih seorang tokoh samada Maal Hijrah, MaulidulRasul, Tilawah Al Quran, Ibu Mithali dan lain – lain semacam syarat utama.... anaknya ramai, banyak masuk menara gading [ maka tunjuk le gambar anak – anaknya menerima ijazah ] berjaya dalam pelajaran, kerja pun bagus – bagus, kereta besar - besar....

Teman cadangkan kenapa tidak kriteria seorang tokoh bukan sahaja ada kriteria seperti  diatas tapi yang paling penting tokoh itu benar – benar beriman dan keluarganya pula mendokong perjuangan Islam….baru le betul sambutan itu diadakan…..ingat ini sambutan` Maal Hijrah `  bukannya  pertandingan ` ratu kebaya ` atau  ratu `fotogenik `....tak buat sambutan pun tak berdosa pun.

Dah terlanjur nyembang hal ` institusi keluarga ` teman selitkan kisah keluarga ` Touch n Go `.

Mutakhir ini kita melihat institusi keluarga semakin hari semakin tiada imarahnya. Budaya Touch N Go, SMS telah menguasai institusi ini. Memang dunia maju tapi tali  persaudaraan dan kekeluargaan semakin terhakis.
Itu mujur juga Touch N Go, tapi kalau Smart Tag, jawabnya setahun sekali baru berjumpa dan bertanya khabar.

Mungkin agaknya inilah punca kenapa takbir raya orang melayu mendayu – dayu sedih sepanjang tahun mengenangkan anak – anak diperantauan.

Ibu teman pernah menceritakan kepada teman, dulu – dulu di era tahun 70an jika ada dikalangan anggota keluarga dapat tawaran  interview masuk askar semua keluarga dan jiran – jiran pakat – pakat  menghantar ke stesen keretapi Kuala Kangsar kebetulan rumah kami masa itu kat stesen tersebut. Bayang  itu bagi satu keluarga, tapi kalau ramai…jawabnya pesta ` sure heboh ` di stesen itu.

Begitu juge jika ada anggota keluarga itu  bekerja ` Gomen ` di Kuala Lumpur…itu juga keluarga pakat mendoakan kejayaan anak itu…malah sanggup menghantar ke Kuala Lumpur walaupun perjalanan jauh dan membawa bekal nasi  bertolak pagi sampai ke malam baru sampai ke ibu kota tu. Maklumlah masa itu mana ada lebuh raya kadang – kadang  berhenti berkelah sepanjang perjalanan dan tumpuan masa tu di Templer Park kat Rawang tu. Tapi hati mereka bangga dan gembira.

Anak – anak sekarang jika mereka mendapat ibubapa yang tidak pentingkan hubungan keluarga….anak – anak ini susah untuk bertemu dengan keluarga dan tetamu yang datang kerumah mereka. Kadang – kadang jenuh atau bising ibubapa mereka menyuruh untuk keluar bersalam walaupun yang yang datang itu keluarga atau saudara yang paling dekat. Mereka keluar tapi salam Touch N Go tanpa bertegur sapa dan Touch N Go masa tetamu ini keluar untuk pulang…itu pun kalau budak – budak moodnya baik. Kalau tidak jangan harap. Alasan mereka nak baca le, nak buat kerja sekolah le….ataupun sibuk dengan facebook dan macam – macam hal. Mereka boleh layan berjam – jam depan komputer  tapi walaupun seminit tetamu yang datang dianggap menyibuk sahaja.

Tapi kalau cikgu sekolah suruh buat sesuatu dengan tenang mereka ` kami dengar dan kami patuh ` malah sebelum subuh dah bangun nak kesekolah….itulah budak – budak sekarang keluarga mereka adalah  komputer, cerdik tapi jiwa dan mental lemah, Se…tanya mereka boleh layang – layang tak…..gasing tak….jawabnya semua tak boleh sebab celik – celik dah pegang notebook. Kalau nak main beli sahaja….kat kedai tu semua ada…yang takde makbapa sahaja.

Ada juga jenis mak bapak  tak berani berani nak tegur anak....jika mereka melakukan perkara yang tidak diingini, malah anak tak sembahyang, pakai seluar pendek pun tak berani nak tegur kerana takut duit tiap - tiap bulan ` kantoi ` kerana anak tadi merajuk.

Banyak yang teman perhatikan….kadang – kadang jika ada anggota keluarga mereka meninggal dunia, malah ibubapa mereka sendiri yang meninggal, anak – anak ini tidak terasa apa – apa peranannya kerana peranan mereka telah dibayar upah kepada orang  lain. Mereka akan menjadi penonton apabila mayat diturunkan ke liang lahat dan memerhatikan sahaja orang itu menimbuskan tanah tanpa memegang cangkul diatas tanah perkuburan itu. Ini realiti.

Malah budaya kenduri perkahwinan secara kontrak katering juga diantara sebab keluarga yang hadir datang makan dan balik tanpa merasakan kenduri itu juga kenduri mereka. Itu bukan Touch N Go tapi Food N Go.

Setiap manusia tentu impikan keamanan dan mereka berlumba-lumba untuk mewujudkannya dengan setiap jalan dan cara yang memungkinkan. Rasa aman ini lebih mereka maukan di atas  makanan semata - mata. Kerana itu Islam memperhatikan hal ini dengan cara membina manusia sebagai bagian dari masyarakat di atas akidah yang lurus disertai akhlak yang mulia. Bersamaan dengan itu, pembinaan individu-individu manusia tidak mungkin dapat terlaksana dengan baik tanpa ada wadah dan lingkungan yang baik. Dari sudut inilah kita dapat melihat nilai sebuah keluarga.

Syaitan begitu bangga dalam merosakkan sebuah keluarga. Berbagai upaya ditempuh untuk mencapai misi mereka itu. Ini disebabkan keluarga merupakan tunjang bagi terbentuknya masyarakat muslim yang berkualiti.

Keluarga dalam pandangan Islam memiliki nilai yang tidak kecil. Bahkan Islam menaruh perhatian besar terhadap kehidupan keluarga dengan meletakkan kaidah-kaidah yang arif guna memelihara kehidupan keluarga dari ketidakharmonisan dan kehancuran. Kenapa demikian besar perhatian Islam? Karena tidak dapat dipungkiri bahwa keluarga adalah batu bata pertama untuk membangun istana masyarakat muslim dan merupakan madrasah iman yang diharapkan dapat mencetak generasi-generasi muslim yang mampu meninggikan kalimat Allah di muka bumi.

Bila peganganini kuat, lurus agama dan akhlak anggotanya maka akan kuat pula masyarakat dan akan terwujud keamanan yang dituntut oleh Islam. Sebaliknya, bila tercerai berai ikatan keluarga dan kerusakan meracuni anggota-anggotanya maka dampaknya terlihat pada masyarakat, bagaimana kegoncangan melanda dan rapuhnya kekuatan sehingga tidak diperoleh rasa aman.

Dengan keterangan di atas fahamlah kita kenapa musuh-musuh Allah dari kalangan syaitan jin dan manusia begitu kerjakuat untuk menghancurkan kehidupan keluarga. Mereka bantu-membantu menyisipkan kebatilan ke dalam keluarga agar apa yang diharapkan Islam dari sebuah keluarga tidak terwujud. Dan sangat disesalkan ibarat gayung bersambut, kebatilan itu banyak diserap oleh keluarga muslim. Akibatnya tatanan rumah tangga hancur dan dampaknya masyarakat diantar ke bibir jurang kehancuran. Naudzubillah min dzalik!!!
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :

"Sesungguhnya Iblis meletakkan singgasananya di atas air kemudian ia mengirim tentara-tentaranya. Maka yang paling dekat di antara mereka dengan iblis adalah yang paling besar fitnah yang ditimbulkannya. Datang salah seorang dari mereka seraya berkata: Aku telah melakukan ini dan itu. Maka Iblis menjawab: "Engkau belum melakukan apa-apa". Lalu datang yang lain seraya berkata: "Tidaklah aku meninggalkan dia (manusia yang digodanya) hingga aku berhasil memisahkan dia dengan istrinya". Maka Iblis pun mendekatkan anak buahnya tersebut dengan dirinya dan memujinya dengan berkata: "Ya, engkaulah". (Hadits riwayat Muslim dalam Shahihnya, Kitab Shifatul Qiyamah wal Jannah wan Naar, Bab Tahrisyu Asy Syaithan wa Ba`tsuhu Sarayahu Li Fitnatin Naas, 17/157- Syarah Nawawi)

Kita berlindung kepada Allah ta`ala dari kejahatan sihir dan pelakunya!

Ketahuilah, suatu keluarga baru memiliki nilai lebih bila bangunan keluarga itu ditegakkan di atas dasar taqwa kepada Allah Ta`ala.

Bila setiap muslim memperhatikan dan melaksanakan dengan baik apa yang ditetapkan dan digariskan oleh syariat agamanya niscaya ia akan mendapatkan kelurusan dan ketenangan dalam hidupnya, termasuk dalam kehidupan berkeluarga. Dan dia benar-benar dapat merasakan tanda kekuasaan Allah ta`ala sebagaimana dalam firman-Nya;

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia menciptakan untuk kalian pasangan-pasangan kalian dari diri-diri (jenis) kalian sendiri agar kalian merasa tenang dengan keberadaaan mereka dan Dia menjadikan di antara kalian rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda –tanda bagi kaum yang mau berfikir". (Ar Ruum: 21 )

Penyakit ini sebenar telah meresap pada sebahagian orang yang berjuang ataupun jamaah Islam. Kadang – kadang perkhabaran ada anggota jamaah yang sakit dan terlantar dirumah  atau hospital….ada juga hanya mampu ` forward ` sms kan maklumat kepada ramai orang, tapi belum tentu orang yang smskan ini  mampu  datang menziarahinya.

Tapi teman nak ingatkan jugak....walaupun hebat kasih kita kepada keluarga pun janganlah pula kita ` peraid ` tanah kerajaan bagi kat keluarga kita sepertimana berlaku dalam negeri Perak sekarang ini yang disebut dalam Sidang DUN baru - baru ini.

1 comments:

menari keluarga touch n go ni...tapi kalau yg over ramah mesra luar biasa tu mcm mana?

Post a Comment

1 comment:

  1. menari keluarga touch n go ni...tapi kalau yg over ramah mesra luar biasa tu mcm mana?

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More