Monday, June 14, 2010

WAHAI PIMPINAN SEDARLAH

 Dalam entri sebelum ini teman muatkan pengkisahan ` ukhwah` dalam berjamaah.

Kebetulan dengan izin Allah SWT, teman di berikan kesempatan dapat meletakkan diri teman di bumi bertuah Serambi Mekah dan bukannya Afrika Selatan sempena hari terakhir muktamar yang besar ertinya bagi orang yang berjuang.

Teman cari – cari atau ` cheroye – cheroye ` dan melihat masih ada [ maaf dengan izin ] kenalan lama yang memegang jawatan dalam parti masih bergelar perwakilan sedangkan ada di kalangan mereka sudah 10 kali menjadi perwakilan. Bagi teman sebenarnya tidak salah, tetapi sekurang – kurangnya berikan gelaran perwakilan kepada yang lebih ` fresh ` segar bugar dan mereka adalah pewaris pimpinan dan di medan itulah mereka menimba pengalaman baru.

Sejarah teman pernah menjadi Setiausaha Kawasan dalam satu kawasan dalam Negeri Perak beberapa penggal, namun begitu teman hanya bersedia menjadi perwakilan 3 kali sahaja dan selepas itu teman sendiri mencadangkan muka – muka baru dikalangan ahli dalam kawasan diberikan peluang sebagai perwakilan.

Dalam isu ini teman teruja dengan sahabat teman Setiausaha Tambun, walaupun orangnya muda, gagah dan segak, beliau memberikan peluang kepada perwakilan baru bagi mewakili kawasannya. Malah beliau hadir ke muktamar ini memberikan sokongan moral kepada perwakilan kawasannya.

Namun begitu tidak salah juga seorang Yang Dipertua [  maaf dengan izin ] juga boleh memberikan peluang kepada Timbalannya sebagai mengantikannya jika kes yang sama seperti diatas.

Teman pinjam kata – kata sanggahtoksago iaitu `` untuk kepentingan umat sejagat, saya menyanggah, berani kerana benar, melawan arus tidak semesti karam ``.

Izinkan teman menyanggah.

Teman bersetuju dengan ` point `DS Nizar dalam ucapannya menyeru seluruh pimpinan dan ahli PAS membuang sifat perkauman.Ini kerana ujarnya rahsia orang bukan Islam di Perak menyokong PAS adalah kerana mereka selesa dengan sifat keterbukaan yang ditunjukkan PAS.

"Ayuh buangkan sifat perkauman kerana ia tidak ada tempat dalam perjuangan kita", katanya.

Beliau juga berkata, sokongan orang bukan Islam terhadap PAS tidak harus dipersiakan.

"Jangan tonjolkan elemen perkauman. Sokongan bukan Islam perlu dipelihara sebaik mungkin".

Dalam isu yang dibangkitkan teman ingin mencelah bahawa masih terdengar dibeberapa kawasan – kawasan tertentu yang mengekalkan sentimen kebencian kepada mana – mana pihak sesama anggota parti dan jamaah yang ` tidak ngam ` dengan kepimpinan yang memegang tampuk amanah kepimpinan. Malah terdapat  berlarutan panjang tanpa satu titik noktah pertemuan apatah lagi penyelesaian.
Ia betul sebagai pendokong harakah Islamiyah kita mesti memberikan kasih sayang kepada masyarakat bukan Islam, tetapi dalam masa yang sama kita memperkasakan kekuatan berjamaah, kekuatan ukhwah sebagai pemangkin keberkatan dalam berjuang.
Teman meminjam sebahagian isi tulisan Ustaz Nasrudin Hassan At – Tantawi dalam blognya dalam isu pemimpin boleh menegur dan ditegur.
Antara keunikan Syariat Islam , bukan sahaja ahli diwajibkan taat kepada pimpinan , malah pimpinan mestilah telus dan sedia ditegur atau dikritik . Sekalipun teguran atau kritikan tersebut amat pahit untuk ditelan , namun akhlak seorang pemimpin dan kepentingannya untuk parti / jamaah mengatasi segala – galanya.
Pemimpin yang sukar ditegur atau dikritik dan menampilkan imej elit dalam gaya kepimpinannya , akan melebarkan jurang antara pemimpin dengan ahli dan fenomena ini tidak selayaknya berlaku dalam sebuah organisasi yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islamiyyah.
Pada dasarnya , sikap kepimpinan yang sedemikian (sukar ditegur dan berketerampilan elit) tidak hanya melebarkan jurang antara kepimpinan dengan ahlinya , malah mengundang konflik dan krisis dalaman . Paling minima , ahli akan bersikap dingin dan tiada kerjasama yang baik terhadap pimpinan sedemikian .
Keadaan ini tentunya melemahkan jentera parti / jamaah dan ia melambatkan proses mencapai kemenangan . Mendengar dan menerima teguran bukanlah suatu sikap yang merosakkan imej kepimpinan kita , sebaliknya ia adalah sikap yang terpuji dan ia menjadi tanda bahawa ia menerima hidayah Allah swt. , apatah lagi teguran dan kritikan itu sangat membina.
Teman dengan minat hayati  ucapan Saudara Hanifa Maidin yang mengingatkan kepimpinan, walaupun beliau juga pimpinan bahawa jangan sekali kita berada di zon selesa dan menjiwai perasaan kasih sayang sesama anggota jamaah kerana anggota disana yang terdiri dari masyarakat marhaen menunjukkan pengorbanan yang tinggi dan kasihnya mereka kepada kepimpinan.
Ini kisah benar sepanjang muktamar yang teman sempat ikuti terdapat pimpinan nak mengukirkan senyuman dilihat semacam dibuat – buat, sedangkan ahli – ahli dibawah mengukir senyuman sampai ketelinga malah ada juga terkilan tanpa berjabat tangan. Tunggulah tahun – tahun pemilihan, pemimpin kembali kerdil dan ` pijak semut tak mati ` kerana ada sesuatu yang dihajati mereka. Segala – galanya akan berubah.
Setiap kali bermuktamar bahawa Dewan Ulama menjadi sasaran pihak yang berucap. Teman bukan anti ulama tetapi kasih ulama, tetapi teman lihat ada rasional teguran mereka. Banyak isu – isu kepentingan agama malah menyalahi hukum yang dimainkan oleh umNO dipertahankan oleh dewan – dewan yang lain. Jangan sampai pula Dewan Himpunan Penyokong PAS bercakap mewakili ulama untuk mempertahankan kesuciaan Islam. Segalanya boleh berlaku.
Kepada Pengerusi Tetap itu teman tak mahu nak komen kerana kata orang Perak ` tak ngombeng ` dari dulu, kini dan selamanya masih tetap tak henti – henti buat ` joke ` kahwin…kahwin…kahwinnya sehingga dianggap menyinggung wanita, kata Dr. Mariah tapi bukan teman kata. Juga segalanya akan  berubah.

Teman dan ramai juga gusar kerana kelihatan Setiausaha Agung masuk lewat kedalam dewan di pagi hari ke 3 itu. Ramainya yang merungut, tapi teman dengan tenang merungut jugak..... teman sangka, mungkin perutnya kurang sihat ataupun bukannya ` boss always right ` maaf teman mengusik aje.....`

Kepada pihak yang cemburu dengan etika pakaian macam teman ni.....cadangkan  etika pakaian ` baju kebangsaan ` dikuatkuasakan pada hari pertama dan kedua sahaja. Masuk hari ke 3 pakaian bebas.....baru betul melaksanakan arahan. Diatas pentas tu...pun beranika pakaian, malah perwakilan pula bermacam - macam dan t` shirt pun ada.....bab ini teman puji umNOlah.
Kasih teman kepada Tuan Guru Mursyidul Am semakin memuncak. Ucapannya di penangguhan muktamar mudah – mudahan pimpinan dan anggotanya sedar supaya menjaga adab dan akhlak perjuangan itulah sebenarnya memaku pewakilan 3 hari itu.
Posting akan datang teman akan menjiwai nasib ` Murabhitun Dalam Jamaah ` terbela atau dibela.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More