Hari ini teman terbaca kenyataan Mufti Perak dalam sebuah akhbar harian bertajuk ` Cakap Kosong `.Dengan semangat ini teman entrikan tajuk ` Cakap Kosong ` atau cakap lainnya ` cakap tak serba bikin ` atau bahasa Peraknya ` bedeaah atau ngecik `.
Kenyataan beliau itu ditujukan kepada kerajaan seluruh dunia kerana hanya pandai mengutuk keganasan regim Israel tanpa sebarang tindakan berkesan.
Eh…wah cayalah. Teman harapkan kenyataan sedemikian ini juga bukan ` cakap kosong `
Teman sebenornya maleh nak ulas….kerana teman dah lama kawan dah faham deme ni cakap le ape pun, tapi ` tak ngombeng `maksud teman tak mau berubah.. Rupanya…ku sangka panas kepetang, hujan jugak ditengah hari.
Teman yang jahil ini nak tanya kepada beliaulah…sebelum ini teman tak pernah dengar kenyataan atau fatwanya yang menyebut bahawa sebarang kerjasama dengan Yahudi ini haram…..!
Beliau juga dipetik sebagai berkata….semua pihak sibuk merancang mengenai demokrasi dan hak asasi manusia, namun kekejaman terhadap mereka yang tidak berdosa terus berterusan dan kerajaan seluruh dunia hanya mampu mengutuk tanpa membuat apa – apa tindakan kerana mereka dilindungi kuasa besar.
Bagaimana pula pandangan tuan mengenai pemimpin negara yang bersekongkol dalam isu APCO Israel tu...., malah menjadikan mereka sebagai penasihat pentadbiran negara…..harap jawab dengan tenang dan jangan ` cuak `.
Yang teman musykilkan kenapa pulak menkema tak serta malah sokong rangkaian Gerakan Islam Sedunia dalam memberikan tentangan kepada kuffar.Malah Sekretariat Gerakan Islam Asia Tenggara pun ada. Ate…. moh le kita pakat – pakat kuatkan pakatan gerakan ini…menkema ada kuasa.
Kerahkan seluruh rakyat Perak buat ` Qunut Nazilah ` di Stadium Perak tu selama 3 hari 3 malam ! jangan deme asyik buat program bola….bola….bola, tiap malam pulak tu. Bola boleh….kenapa bermunajat tak boleh ?. lagi pun tuan baik dengan MBnya.Baru betoii….`CAKAP PENUH bukannya CAKAP KOSONG.
Sudahlah negara yang semakin sarat dengan gejala maksiat dan sosial yang bagaikan naik rak..pemimpin -pemimpin negara hanya berpeluk tubuh seribu satu bahasa tidak ambil peduli desakan rakyat prihatin.
Buat rakyat Malaysia yang masih kenal erti kebaikan dan keburukan , bezakanlah pemimpin yang mahu membina negara kearah kebaikan dengan peminpin negara yang mahu menjahanamkan negara dan rakyat kearah kebinasaan .Tolaklah pemimpin seperti ini supaya kita boleh merasakan kenikmatan dan keamanan serta mendapat keberkatan dari Allah.
Teman bukan cakap kosong, tapi kosong cakap, maklum le teman ilmu tak de kuasa pun tak de.
0 comments:
Post a Comment