Negaraku Malaysia memang terkenal dan kaya dengan berita – berita tergempar dan sensasi, malah lebih kaya daripada empunya kaya iaitu Al – Quran. Al – Quran kata judi itu haram, adalah pula yang menghalalkannya.
Kadangkala takut mereka kerana bantahan manusia. Itupun kerana masadepan politik. Ketakutan mereka mengatasi peringatan dan amaran – amaran tuhanNya didalam Al – Quran itu sendiri. Contoh terdekat dalam isu lesen judi bolasepak.
Sering fobia apabila ada pilihanraya kecil diadakan disana – sini berita orang keluar parti sehingga mencecah 40 orang atau lebih kedalam parti pemerintah, tetapi sebenarnya hanya mainan media dan perang sarap semata – mata.
Isu terbaru begitu gah umNO mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.
Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Menurut sumber yang rasmi hanya ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.
Dari sumber ceria blogger KulupSakah memaklumkan akan diadakan satu majlis GEMPAK yang juga akan berlangsung pada jumaat ini, 3 Julai dimana 40 blogger akan menyerahkan borang masuk umNO. Maklumat yang diterima hanya Albanjari dalam Perak yang terpalit dalam senarainya dan yang lain – lain diluar Perak negeri Kejor Yop Kejor ini.
Kalaulah AL – Banjari mangsa yang mencukupi 40 orang ini, maka sudah tentu bloggers Perak kehilangan Presidenya dan jika ada Husin Lempoyang dalam Filem ` 3 Abdul ` akan berkata lah ia ….`` lebih baik niaga bloggers daripada niaga unta ``……wowww….heeee.
Ingat...Tuan Presiden....Engkau jangan buat hal !.
Menurut sumber – sumber ` nyembang ` kedai kopi dan cyber cafĂ© bahawa ada usaha – usaha dijalankan untuk memujuk 40 atau lebih bloggers PAS menyertai umNo. Teman yakin jika benar bagai dikata dan ianya mampu boleh berlaku kerana mereka mempunyai material dan memiliki ilmu memujuk dan mengoda. Sebarang kebarangkalian boleh berlaku kerana bloggers ini pun insan yang lemah .
InsyaAllah dengantenang dan kekawan bloggers Perak akan mampu mengawal emosi ancaman ` mardiyyah `ini dan mengharapkan ber berpegang ` jika diletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku bagi meninggalkan urusan agama ini, nescaya aku tidak akan meningalkannya.
Siapa sangka demi politik macam – macam boleh berlaku. Mungkinkah selepas ini ada 40 orang ` mak nyah `, 40 orang penyamun tarbus dan 40 lain sebagainya.
Kita tunggu.
0 comments:
Post a Comment