Tuesday, June 8, 2010

MUKTAMAR BUKAN PASAR BORONG

Kini Muktamar Agung PAS  datang lagi. Datangnya pula sama datang dengan demam atau kegilaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Tahniah kepada yang bergelar perwakilan. Pastikan kehadiran kita dalam muktamar ini bukanlah hanya untuk mengisi kekosongan kuota perwakilan, tetapi yang paling penting menunaikan  amanah jamaah dalam konteks hadharah berorganisasi.

Janganlah ada diantara kita masih ada kecenderungan kepada demam bolasepak ini. Jika ada kecintaan kepada sukan ini, maka tinggalkan kecintaan bola itu dipagar PUTIK  iaitu tempat berlangsung muktamar ini  untuk seketika kerana tumpuan perjuangan perlu diutamakan.  Kini Islam terus dibelenggu dan ditindas. Siapalah kalau bukan kita yang mendokongnya. Ingatlah kita semua bukan penyokong tetapi pendokong. Penyokong boleh datang dan pergi, tetapi pendokong terus istiqamah walaupun berapa berat cabaran dan cengkaman musuh – musuh Islam yang melanda.

Kalaulah Pengurus bolasepak Itali melarang anak – anak buahnya melayari internet, berfacebook dalam memberikan fokus kepada Piala Dunia ini , mengapa kita yang membawa risalah kebenaran ini mengambil sambil lewa dalam perjuangan ini.

Mujurlah Piala Dunia ini bukan diadakan dalam musim berpilihanraya, kalau tidak kerja yang bersistematik akan menjadi sukar kerana tumpuan menjadi serba tidak kena.

Renungi kata – kata hikmat   Almarhum Dato Fadzil Noor yang berbunyi ` Selagi pimpinan jamaah Islam tidak meletakkan keutamaan dan tumpuan dalam perjuangan Islam,maka selama itulah apa yang kita katakan persiapan harakah menjadi masalah yang belum selesai. Kita tidak mahu memperdayakan diri dan masyarakat kalau kita tidak meletakkan perjuangan kita ini sebagai perjuangan yang serius, KERANA ISLAM TIDAK PERNAH BERMAIN – MAIN ``.

Mujurlah juga tahun ini bukan tahun pemilihan. Berdasarkan pengalaman tahun – tahun yang ada pemilihan adalah tahun – tahun yang sibuk kerana masing – masing menunjukkan skill, malah lebih dekat dengan hari muktamar, maka lebih sibuk dengan program masing – masing. Jika kita yang bernama pimpinan atau calon - calon  yang sentiasa bekerja, lunak dan mesra dengan ahli bawahan dan masyarakat, maka  senyuman dan batuk kita pasti difahami oleh perwakilan di hari muktamar. Insyaallah mereka akan memilih kita.

Bila musim pemilihan datang.Terkadang – kadang ada pimpinan mempelawa dirinya untuk dijemput dan diprogramkan. Tradisi  ini sewajarnya bukanlah amalan yang baik dan bijak kerana semua organisasi sibuk juga menghadapi mesyuarat agung masing – masing disemua peringkat.

Pertingkatkan displin dan mematuhi etika berrmuktamar termasuk arahan berpakaian. Janganlah segak bergaya di hari pertama dan kedua sahaja, tetapi pakaian bebas di hari ketiga. Ini realiti. Malah hilang sebelum agenda penanguhan oleh Presiden Parti. Dimanakah displin kita ?.

Pengerusi Tetap pula  perlu kurang ` seloka dan gurau senda ` kerana dibimbangi adanya unsur – unsur lucah yang tidak sepatutnya berlaku sebagai jamaah Islam dan menganggu ` argumentasi ` pihak lain. Semua faham tujuannya untuk menghidupkan suasana muktamar, tetapi jangan sekali ` over ` kerana ini bukan pentasnya.

Saya tertarik dengan ` Surat Terbuka ` yang pernah ditulis oleh Ustaz Nasrudin Hassan At – Tantawi mengenai muktamar atau mesyuarat  agung disana – sini.

Beliau mengingatkan bahawa mesyuarat agung atau muktamar ini merupakan medan dan anggota mana pertubuhan dan persatuan menilai pencapaian semalam guna merangka strategi di hari esok.Kita diajar oleh Allah SWT sebagai seorang pejuang yang mutaqin pada hari ini agar sentiasa menghubungkan pencapaian semalam dengan langkah gagah yang akan dimulakan esok harinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang – orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan lihatlah apa yang telah dilakukan semalam untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
Surah Al Hasyr . Ayat : 18

Justeru itu, sangat tidak wajar mesyuarat agung / muktamar dibiarkan berlangsung suram, hambar tanpa perbahasan yang mantap dan bernas hasil lontaran idea yang kritis dan dinamis. Persediaan mesyuarat agung jangan dilihat hanya mencantikan dewan mesyuarat,dokumen mesyuarat dan beg perwakilan semata – mata, tetapi mesti lebih tumpu kepada penyediaan idea yang mengandungi agenda dan objektif,menepati misi dan visi perjuangan.

Lebih malang ada kelihatan disetengah mesyuarat agung diadakan hanya sekadar membentang dan mengesahkan minit kemudian melihat jam ditangan jam didinding dan tergesa – gesa untuk pulang.Sesungguhnya mereka yang beranggapan demikian ,mereka hanya hadir menepati masa lapang sahaja dan bukan menepati kehendak amanah kepimpinan dan mereka berjuang untuk kalah dan bukanya untuk menang.

Fenomena ini tidak harus dibiarkan kekal tanpa penarafan semula kerana kita sekarang ini berada di era globalisasi yang menjanjikan cabaran dan tentangan. Hanya mereka kental sahaja yang berjaya menongkah arus ini.

Kelemahan tidak dikesan untuk kita saling salah menyalah, tuding menuding,tetapi berjaya dikesan dengan pandangan dan teguran ikhlas sesama organisasi. Semua pihak dikalangan kita bertanggungjawab menginsafi perkara ini. Jadikan kelemahan sebagai peluang untuk memperkasa diri dan organisasi.

Jangan sekali memusuhi kelemahan, sebaliknya pula bijak menangani kelemahan dan menguruskan konflik dengan tenang dan beretika.

Kelemahan tidak menjadikan kita panik dan tergugat kerana orang – orang berkepentingan sahaja yang tercabar,sebaliknya kelemahan dan penyelesaian masalah mematangkan kita dan tangani dengan tenang dan berhemah.

Kelemahan bukan dihukum tetapi dibaiki sementara kehebatan pula bukan dinanti tetapi dicari dengan berkat ` Syura didahulukan, taqwa diutamakan `.

Almarhum Dato` Fadzil Noor pernah berkata `` Pekerjaan yang kita lakukan dalam jamaah Islam ini bukanlah sukarela tetapi ianya dalah kewajipan dan amalan kita, dan jangalah biarkan sehari pun berlalu tanpa kita untuk bekerja kearah kemenangan Islam ``.

Teman masih rindukan Almarhum Fadzil Noor masih hidup.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More