Monday, June 7, 2010

KUTUKAN ISRAEL : DUNIA KETAWA LAGI

Antara sedih dan ketawa. Antara sandiwara dan betul - betul, Antara  lawan dan berkawan.

Insiden Mavi Marmara adalah kemenangan moral Negara, cetus kemarahan dunia. Regim Zionis perlu dikutuk habis – habisan.

Kita  akan ambil tindakan melalui usul di Dewan Rakyat dan saya tidak mahu kita terhenti dengan usul mengutuk sahaja Datuk Seri Najib merujuk sebagai berkata dalam sidang medianya ketika menyambut ketibaan 12 orang wira Negara iaitu sukarelawan bantuan kemanusiaan di Gaza semalam.
Amboi ! kagum teman melihat  Timbalan Pengerusi Yayasan Amal  teman tuuu… berposing sebelah Najib tu. Koman – koman negara` huloq ` ke pingat ke anugerah ke, baru le namanya wira…maaf Jamulidin teman mengusik aje…Teman yakin mereka dikalangan terpilih oleh Allah SWT dan ikhlas dalam dalam berjuang.
Ini  tidak panjat gunung dapat pingat, panjat bukit dapat pingat, panjat perempuan pun dapat pingat. Malaya…Malaya…Malaya….ADUN lompat katak pun dapat pingat. Datuk pulak tu….
Kah Kah Kah……..teman bukan apa terkadang – kadang teman tersenyum sendiri dengan gelagat pemimpin negara yang kita cintai. Terkadang – kadang fikiran mereka ini macam standard ` bebudak ` malah tidak serius dalam menyatakan prinsip.
Dulunya tilam dibawa ke mahkamah, senjata tentera dicuri dalam isu maunah, injen jet tentera hilang, Pendek kata MALAYSIA BOLEH dan MACAM – MACAM ADA.
Sebenarnya penyakit senyum sendiri telah melanda negara kerana mutakhir terlalu  banyak sandiwara di depan mata. Punca penyakit dapat dijejak datangnya daripada batang tubuh pemimpin umno yang belakangnya ada APCO Israel.
Mujurlah penyakit ini datangnya Israel, tapi kalau datangnya dari Jepun ke, Korea ke atau Mongolia ke jawabnya tak de pelancung ingin kesana.
Mereka ini semacam cerita kartun Tom & Jerry, Upin & Ipin, Mr. Bean dan jenis – jenis kartun yang terdapat di Malaya ini.
Tom  ini jenis spesis kucing dan Jerry jenis spesis tikus. Mereka berdua ini pada dasarnya memang musuh dan seteru No.1 sejak ujudnya haiwan ini dalam dunia. Dalam kes – kes tertentu siapa sangka mereka berdua boleh bersatu untuk kepentingan bersama.Kalaulah pengarah kartun terkenal Hannah & Barbara atau Disneyland  tu tahu tentu dia pakat – pakat buat kartun….meletuppp….tentu Malaysia dapat nama lagi….maklum le Malaysia memang terkenal suka cari nama.
Semalam berkata pula Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamilia bahawa pergerakkan itu mencadangkan untuk mengambil tindakan undang – undang  terhadap Israel. Sekali lagi rakyat Negara ini tersenyum. You all ingat ini mahkamah AR Tompel ke……
Teman bukanlah nak letakkan pemimpin negara ini macam – macam kartun diatas, tetapi ciri – ciri mereka sebagai kartun memang ada sebab dunia mereka penuh dengan pura  pura.
Diantara tajuk besar akhbar hari ialah `` KEMENANGAN MORAL ``dan memberikan cetusan kesedaran dunia terhadap kekejaman Israel. Bagi teman bukan kesedaran dunia terhadap kekejaman Israel , tetapi  kesedaran rakyat terhadap kepuraan Malaysia dengan Israel.
Kekejaman regime yahudi, laknatullah, keatas kapal pengaman Frotilla di laut antarabangsa , mengakibatkan ramai kematian dan cedera parah, apabila diserang dgn ganas oleh tentera yahudi. Perbuatan zolim tentera yahudi ini mesti dikecam sehebat2nya.. Berbagai pihak termasuk UMNO juga mangutuk dan berdemo tanda marah dan mengutuk tindakan regim Israel tersebut.
Ingatlah firman Allah swt:“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi kamu tidak mengikut akidah mereka…..” [Al-Baqarah : 120]
Yahudi bukan jenis bangsa dikutuk tetapi diketuk. Mengutuk dari jauh memang boleh. Mampukah kita mengetuk di dekat dengan mengangkat senjata didalam  keadaan pemimpin dunia Islam lemah malah tidak bersatu hati kerana kecintaan dunia menguasai mereka.
Tapi mesti juga diingat bahawa apabila pada sesi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dgn regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, oleh ketua pembangkang, DSAI, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju" utk kerajaan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dgn Obama dan kos pengiklanan RM, istri 1Malaysia di akhbar The New York Times pd 16 April 2010.
 
Perbahasan isu ini makan masa 2 hari bagi meyakinkan ahli Parlimen supaya menolak APCO. Kesemua ahli Parlimen PR mengecam hebat APCO dan regim yahudi di Parlimen supaya kerajaan tidak membayar dan membatalkan khidmat APCO. Ahli Parlimen PR berkata "tidak". Namun oleh kerana suara "setuju" lebih kuat dari "tidak' maka lulus pembayaran RM77juta kpd firma yahudi, APCO WORLWIDE oleh semua ahli Parlimen UMNO/BN.

Teman masih lagi menunggu dan menaruh harapan kepada mana – mana fatwa menyebut ` HARAM ` berkerjasama dengan Yahudi. Kita juga tidak mahu ahli – ahli agama tergolong didalam kepuraan – puraan atau Tom & Jerry tadi.
Apa – apa pun parlimen dijangka meluluskan usul kutuk Israel hari ini.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More