HIDUP-lah seperti pohonan - manfaatnya untuk bersama
‘Din, aku rasa kurang moleklah bila nampak engkau keluar dengan perempuan tadi’ sapa Sufi.
‘Kenapa pula? Aku bukan pegang-pegang tanganpun. Keluar makan je’ balas Radin.
‘Bukan macam itu din, kita inikan belajar agama. Tak sedap hati pula kalau engkau buat macam itu. Lagipun, kita inikan senior jadi kenalah tunjukkan yang baik-baik je pada adik-adik’ Sufi cuba memahamkan situasi.

‘Hai Sufi, sejak bila pula engkau jadi ustaz ni? Aku tahulah apa aku buat, lagipun kubur kita lain-lain. Kami pun tak lama lagi dah planning nak kahwin tahun depan’
‘Sebab kubur lain-lainlah aku nak tolong engkau sekarang. Kalau kubur sama-sama, mati nanti senang’ Sufi berjenaka dalam teguran.
‘Sudahlah...’
Kubur Lain-Lain
Ketika duduk-duduk petang semalam, saya teringat pesan Nabi saw. Katanya, ‘bukan di kalangan umat aku jika mereka tidak mengambil tahu urusan muslim yang lain’ Rupanya Islam ini ikatannya pada sikap “mengambil berat pada saudara mukmin yang lain” bukan sahaja pada diri sendiri yang perlu di jaga tetapi pada seluruh umat Islam yang lain juga perlu sama-sama memperingati dan diperingati selalu. Kerana sama-sama menjaga nama baik agama Islam. Buruknya feel-laku umat Islam, kelak akan buruklah pandangan orang lain terhadap agama Islam.
Selalunya tidak berlaku lagi suasana yang demikian, hidup secara bertegur sapa dalam perkara makruf dan mungkar sudah tidak lagi kedapatan di zaman dan era ini. Semuanya mengejar ananiyyah dan kepentingan untuk diri sendiri. Yang baik terus dengan kebaikkannya dan hasilnya mereka merasa selesa dengan kebaikkan yang mereka buat, lantas mengabaikan mungkar yang terus berleluasa di depan mata, akhirnya mereka yang hanyut dalam mungkar bersambung-sambung dalam kemaksiatan. Puncanya adalah kerana fenomena Kubur lain-lain yang sudah sebati dalam jiwa.

‘Engkau jangan mencampuri dalam urusan dunia aku selagi urusan ini tidak mengganggu kehidupan engkau’
Oh! begitu sekali kehidupan dunia sekarang, nasihat bukan lagi diterima sebgai teguran, tetapi dibuang umpama sesuatu yang mengganggu.
Namun, apabila berlaku fenomena ini, terjadi pula fenomena yang baru, seseorang takut untuk menegur seseorang yang lain atas alasan jangan jaga tepi kain orang. Masalah ini boleh lagi dipandang biasa-biasa (namun hakikatnya serius) apabila ada sesetangah manusia yang tidak mahu membantu dalam perkara-perkara yang baik, apabila diminta untuk berbuat kebaikkan mentah-mentah ditolaknya. Dan, ia akan jadi lebih serius seandainya tiada lagi sikap pencegahan bila melihat kepada kemungkaran.
Lihat orang mencuri, ‘eh, tak boleh halang, sebab nanti dituduh jaga tepi kain’.
Lihat pula orang berdating, ‘tak boleh juga tegur, nanti digelar pada gelaran yang sama, kubur kitakan lain-lain lubang?'

Jika begitu, Polis dan askar juga tidak perlu menjaga ketenteraman sebuah Negara, kerana jenayah yang berlaku tidak melibatkan gangguan pada kehidupan mereka. Cuma sekali-sekala kalau mengganggu ketenteraman sanak-saudara atau keluarga mereka barulah mereka bertindak, kerana sudah memadai sekadar menjaga kain sendiri, orang lain biarlah. ‘Kain mereka, mereka yang basuh jika kotor’
Oh! barulah saya faham, mengapa Nabi berwasiat demikian. Kerana muslim yang lain juga mukmin seperti kita. Kerana pesan baginda juga, kita ibarat sebuah binaan, saling lengkap-melengkapi, kurang satu bata, maka akan nampak lompangnya (buruknya). Pudar catnya akan terlihat pula kehodohannya. Maka siapa pula yang mahu membetulkannya, jika semua orang mengambil sikap tidak peduli dan jaga kain masing-masing?

“Orang yang berdiam diri dalam menyatakan yang benar, adalah merupakan syaitan bisu”
Seekor burung yang cuba memadamkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim oleh Namrud mencuba sedaya upayanya walaupun dari segi logiknya dia tidak akan mampu memadamkan api tersebut. Apa yang penting bukan api itu yang perlu dipadamkan, tetapi usaha si burung itu untuk memadamkannya. Nanti bila disoal ALLAH senang untuk dia menjawab: ‘Aku sudah berusaha dengan sedaya upaya yang aku telah mampu wahai ALLAH’
Amal Na’ruf, Nahi Mungkar Bergerak Seiring.
Akhirnya saya mulai faham, bahawa kesatuan dalam mengerjakan yang ma’ruf dan mecegah mungkar adalah tugas semua dan tugas itu perlu berjalan dalam seiringan yang sama, yakni tidak boleh didahului dengan salah satu, maka akan jadinya ketidakseimbangan dalam dakwah. Seorang yang mahu bersedeqah saja (berbuat ma’ruf) tetapi dalam masa yang sama tidak mahu meninggalkan tabiat meminum arak (tidak cegah mungkar), akan berlaku kepincangan dalam amalannya, begitu jualah yang sebaliknya.
‘maknanya tak perlukah kita tunggu untuk kita cukup sempurna baru kita boleh menegur orang lain, ustaz?’ Tanya seorang pelajar.
Saya serahkan pada anda untuk menjawabnya, Cuma saya tinggalkan persoalan ini dengan perumpamaan ini. Seorang yang terkenal dengan kepakaran dalam mencuri, penjara sahaja sudah menjadi rumah keduanya. Suatu hari beliau berpesan pada anak-anaknya: 'wahai anakku, bila sudah besar nanti kalian janganlah menjadi pencuri seperti ayahmu ini. Jangan jua sesekail kalian tinggalkan solat' lalu pada siapa yang kita mahu melihat? Pada nasihatnya atau pada penasihat (orang yang memberi nasihat)? Kalau pada penasihatnya, maka kita pasti akan memperkecilkannya lantas mengabaikan nasihat itu. Namun kalau pada nasihatnya? Pastinya nasihat itu datang daripada ALLAH, cuma yang menyampaikan adalah seorang pencuri. Fikirkan untuk renungan kita bersama.

[Usah Jemu Memberi]
Sumber : Mohd Afiq Mohd Salleh
0 comments:
Post a Comment