Tuesday, June 15, 2010

BAHASA WANG KUASAI POLITIK

Teman teringat satu babak dalam filem ` Seniman Bujang Lapok ` dalam dialog seorang jaga di studio Jalan Ampas ketika Sudin lakonan S. Samsudin  bertanya dengan jaga tersebut dengan berbahasa….hoi….hoi ! dengan siapa mereka nak jumpa untuk minta kerja di sudio tersebut.
Malang bagi mereka kerana ditegur oleh jaga yang berketurunan sikh itu `` nama sahaja melayu, tapi panggil orang…hoi….hoi`` ingat saya batu ka….kayu ka !.
Lalu Ramli lakonan P. Ramle menyokong teguran jaga itu dengan memarahi Sudin …BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA !.
Itulah keistimewaan budaya Malaysia. Masing – masing memiliki dialeknya sendiri dalam menunturkan bahasa melayu yang indah ini.
Cuma teman terkilan dalam kita nak memperkasakan bahasa melayu ini pula ada pulak tangan – tangan jijik dalam negara kita ini ingin meruntuhkan bahasanya sendiri.
Teman juga teringat ketika di kerusi sekolah rendah dulu seorang doktor  memberikan taklimat sempena Kempen Menderma Darah Peringkat Kuala Kangsar. Semua orang tersenyum hanya teman seorang tidak senyum kerana kurang jelas maksudnya `` jangan isap dade. dermalah dare `. Kawan teman juga kurang faham….dia tanya pada cikgunya dan cikgu dalam malu – malu beritahu `` Jangan Hisap Dadah, Dermalah Darah `` teman pun tumpang faham…patutla….diorang senyum `` bisik hati teman !.
Cerita diatas ini hanya cerita dan nama pun cerita. Cerita ini tidak ada kena  mengena  kawan teman iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar,  Keshvinder Singh daripada DAP keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
Beliau seorang perwatakannya lembut dan tak banyak bercakap dan bahasa melayu amat baik.

Teman yakin masadepannya cerah sekurang – kurang sebelum pilihanraya yang ke 13.  Teman mengharapkan beliau dapat mengisi tempat dalam exco negeri dan jika prestasi ` bahasanya ` baik pandai mengambil hati bossnya baru….harapan bertitle ` datuk ` cerah baginya. Apa – apa pun teman kagum dengannya kerana boss barunya itu banyak wang…dan mampu mengelapkan mata bagi yang berjuang.
Teman lupakan isu ini kerana memang begitu bahasa orang berpolitik, terkadang kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan. Teman politik Islam.
Kayanya Malaysia dengan berbagai rumpun melayunya. Adanya dari jawa, banjar, rawa, mandailing dan sebagainya. Teman berdarah kerinci dan sedikit bando.
Kini teman perhatikan bahasa telah rosak kerana ` bahasa wang ` menguasai diri masing – masing. Adakalanya nampak lembut dalam berbahasa, tapi memiliki impian dihati untuk melompat prinsip  dan memungkiri dasar perjuangan kerana indahnya pujuk rayu bahasa wang.
Begitulah seperti kadang – kadang kita dengar kekawan kita ` berdegor – degor ` hendak beristerikan 2….tapi habuk pun tarak…tiba – tiba kawan yang banyak diam….tiba – tiba berbini 2. Semangat diam inilah teman nak ikut. Itu bukan bahasa wang, tapi bahasa dan kuasa yang berdiam.
Teman takutkan bahasa amaran dari tuhan.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More