Hari ini teman terasa kurang mood untuk masukkan posting baru dalam dengantenang dan hanya melabuhkan persinggahan ke blog – blog kekawan sahaja.
Tiba – tiba terasa sunyi dan rindu teman kepada seseorang kerana sejak beberapa bulan ini blog kekanda teman iaitu Cikgu Ali yang memggunakan nama glamornya iaitu ALHUSSEYN tidak lagi beraksi dipersada bloggersnya. Memang le…blog ini agak hangat dan padat dengan sindiran – sindiran kepada pimpinan, malah di cemburui lawan dan kawan.
Sebenarnya teman memang setuju sesangat teguran demi teguran beliau kerana pimpinan bukan ` perfect ` kadang – kadang kantoi dan ` ego centrix ` dalam melakukan tindakan. Kalau orang bawahan tidak berani atau mampu yang menegur siapakah mereka. Yang penting ` think positive `.
Cuma yang menjadi konfius teman dimanakah tulisan beliau sekarang. Berbagai persepsi yang diterima terhadap pembekuan blognya itu. Teman sangka baik padanya….maklum le beliau ini guru teman berblog tapi bukan bergoblog. Walaubagaimanapun terkadang – kadang ada bisikan didalam hati teman….agaknya dah melompat kot ! maklum le sekarang ini musim orang suka lompat – lompat dan lebih – lebih lagi ADUN dikawasannya pandai memikat….maksud teman wangnya bukan seksinya. Kalu betoiii…dia dah melompat, berape dia dapat ?. Teman yakin padanya masih istiqamahnya tinggi, Cuma maleh nak menulis gamaknya….lain le kawan teman itu PKR tu sikit – sikit lompat…maklum le ada benda. Teman belum diuji.
Kali terakhir postingnya dapat dijejak sejak 1 Mei 2010 dalam posting bertajuk ` Perjumpaan Dato ` Bandar Dengan Peniaga Pasar Gunung Rapat ` lepas tu tak mandang. Tiba – tiba muncul pula pada posting 22 Mei 2010 bertajuk ` Bantahan Lesen Judi Di Perak `. Dengor cerite blog teman dengantenang tu dah mengatasi blognya tu…teman menulis bukan kerana nama tapi bernama.
Semua orang bertanya dimana Cikgu Ali sekarang. Teman beritahu dia orang dia sedang ` beruzlah ` maklum le di Malaya ni banyak sangat dah kemungkaran hingga budak sekolah pun boleh beranak dalam kelas…cakap pun ` perghabihkan bho` reis ` aje....tapi ingat dakwah pena kita mesti diteruskan.
Teman teringat satu rancangan di TV satu masa dulu iaitu siaran bebudak ` Dimanakah Joe Jambul `. Gamaknya kekawan bloggers juge bertanya `` Dimanakah Alhusseyn ` tu. Eh…sedap juga nama cerita ni…kalu Mat Sentol dapat tahu ` sure ` dia buat cerita komedi baru !. Dari dia buat iklan makanan ringan bebudak lebih baik buat derama….ada juge masyukkkk.
Teman terbaca dalam ` info ` blognya sebelum beliau menyepikan diri ada ayat tertulis mana – mana blog yang lama tidak tidak ` update ` atau sudah lama tidak di ` posting ` baru akan dikeluarkan dari ` link ` blognya. Teman pun bimbang juga takut – takut blog teman juga disingkirkan dalam linknya. Eh!.....macam penyerang England, Wallcott yang ternanti - nanti menunggu senarai untuk beraksi ke Piala Dunia tu....akhirnya tersingkir oleh skuad Coach Capello tu.Mujur le… teman terselamat….tapi awas kalau dia masih maleh nak menulis semula….mungkin teman buat info yang sama dan akan bertindak sedemikian. Harap – harap Al – Husseyn ini kembali beraksi dan bangkit semula.
Nanti kita malu dengan ` MELAYU BANGKIT `. Bloggers mesti BANGKIT.
Nanti kita malu dengan ` MELAYU BANGKIT `. Bloggers mesti BANGKIT.
Kembalilah sahabat bloggers merindui anda. Inilah ukhwah bersahabat dan ianya adalah suatu keberkatan buat orang berjuang.
0 comments:
Post a Comment