Teman ditanya oleh seorang sahabat, andainya mike dapat darjah kurniaan dan ditarik oleh seseorang adakah mike gundah – gulana atau dalam bahasa Peraknya ` Guling Pering ` ataupun ` Libang Libu `.
Dengan tenang, teman jawab, jika berlaku bagai dikata…. teman rela memilih maruah perjuangan yang lebih bernilai disisi Allah SWT kerana teman mencari redha Allah SWT walaupun didalam kebencian manusia dan bukannya seperti umNO yang mencari redha manusia walaupun samada mereka sedar, atau tidak sedar ataupun buat – buat tidak sedar ianya didalam kemurkaan Allah.
Teman beritahu sahabat teman ini bahawa teman juga dah dapat ` title Datuk `…terkejut katak dia, dia kata kat teman mike bior bebeno… teman kata beno le ni, teman dah ada 10 cucu daripada anak – anak saudara teman….kah kah kah, dia ketawa.
Soalan sahabat teman tadi merujuk kepada Jumaah Majlis DiRaja Johor mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap Ahji Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Chua Jui Ming.
Walaupun alasan yang diberikan oleh pihak – pihak tertentu tiada kena mengena dengan politik, namunnya persoalan kenapa ?. Adakah beliau penjenayah ataupun mengugat kestabilan dan menggangu keselamatan negara.
Bagi orang – orang Islam ujian itu adalah perkara yang mesti dan sunnah bagi yang berjuang.
“Apakah kalian mengira akan dibiarkan begitu saja, padahal belum terbukti bagi Allah orang-orang yang berjuan diantara kalian?” (TQS At Taubah (9):16)
“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi. Kemudian baru orang-orang yang lebih rendah derajatnya, berurutan secara bertingkat. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Jika ia kuat dalam agamanya, maka ujiannya sangat berat. Dan jika lemah agamanya, maka ia akan diuji Allah sesuai tingkat ketaatannya pada agamanya. Demikianlah bala’ dan ujian itu senantiasa dilimpahkan kepada seorang hamba sampai ia berjalan di muka bumi tanpa dosa apapun.”(HR. Tirmidzi)
Bila sebut pasal semangat berjuang,ramai yang akan angkat tangan untuk turut serta dalam perjuangan.Tak kiralah apa jua jenis perjuangan, pasti akan ada yang merelakan diri mereka untuk berjuang.
Bila sebut pasal berdakwah , ramai juga yang seakan-akan berminat dengan ‘kerjaya dakwah ini. Sehinggakan ada yang sanggup berhenti kerja yang gajinya RM 3k ke atas semata-mata ingin berkecimpung secara langsung dalam arena dakwah. Alasannya , aku berdakwah bukan kerana wang ringgit atau mengejar nama, tapi kerana ingin menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah swt di muka bumi-Nya ini.
Ada dikalangan yang berjuang dan semangatnya mengatasi keupayaanya, akhirnya lesu dan jumud apabila d ilanda musibah ujian dan mehnah tribulasi perjuangan. Malah ada dikalangan pendakwah muda yang merupakan aktivis di pusat – pusat pengajian tinggi. akhirnya tidak dapat dijejak di medan dakwahnya kerana alasan ` mendapat gaji yang pertama ` iaitu pekerjaan atau ` mendapat malam yang pertama ` iaitu perkahwinan membuat mereka hilang dikamus perjuangan.
Ikhlas tidak hanya dengan menyebut dibibir…Ia selalunya perlu kepada ujian yang akan menentukan sejauh mana ikhlas kita dalam berdakwah…… Allah SWT tidak akan membiarkan hamba-Nya berkata-kata “, Sesungguhnya aku adalah orang beriman kepada Allah”, tanpa dirinya diuji dan dengan ujian-ujian yang dapat menilai dan membuktikan , adakah benar mereka ini beriman atau hanya sekadar ucapan yang meniti dibibir sebagai penyedap telinga yang mendengar.
Mana perginya , kata-kata yang diucapkan dulu , yang kononya lahir dari hati yang suci murni bahawa perjuangannya dalam Islam dan dakwah itu adalah semata-mata ikhlas kerana Allah SWT.
Apakah hanya dengan sedikit sahaja musibah dan cubaan yang diturunkan Allah swt padanya , telah melenyapkan niat ikhlasnya dalam berjuang??…. Apakah bila terkena ujian yang sedemikian terus saja kita meletakkan kesalahan atau penyebab utama perkara itu pada bahu individu-individu tertentu?.
Apakah betul kita ni benar-benar ikhlas dalam berjuang untuk agama Allah ini?….Apakah benar kita ni berdakwah bukan kerana ingin mengejar populariti atau nama dan kedudukan dimata masyarakat.
Tanyalah iman dan bukannya tanya selera dan kalian mampu mengubahkannya.
0 comments:
Post a Comment