Wednesday, June 16, 2010

GADAI PRINSIP KERANA PERIBADI

Politik negara sudah tidak menentu.
Dulunya kawan kini sudah menjadi lawan. Dulunya berjanji sehidup semati dengan perjuangan dan mempertahankan prinsip perjuangan. Kini tiada lagi.
Adanya yang kecundang hanya sekadar masalah peribadi dengan pimpinan, ada yang tersungkur kerana masalah desakan ekonomi, malah ada juga yang tergelincir hanya masalah rumahtangga yang tiada penghujung penyelesaiannya. Akhirnya mengadaikan prinsip kerana taburan wang ringgit yang dijanjikan oleh pihak pimpinan negara khususnya umNO.
Disana dan disitu adanya umNO, maka bersamanya adanya lubuk emas iaitu wang.
Terbaru dipasaran terpelantingnya prinsip seorang ADUN Malim Nawar dari DAP yang namanya tidak layak disebut disini kerana dan hanya masalah peribadi semata – mata dan dengan mudah menerima pujuk rayu nan manja umNO untuk menyertai mereka, walaupun berstatus bebas tapi wang ringgit yang diterimanya  tentukan di` kebas `
Kini, dulu dan selamanya menampakkan politik negara berpaksikan ` remote control ` iaitu robot menguasai negara.
Jawapan semua pimpinan parti yang wakil rakyatnya melompat ini ` standard ` iaitu ` proses pemutihan atau proses pembersihan `.
Soalannya adakah yang bakal menjadi calon parti mereka dalam Pilihanraya Ke 13 nanti ` tentu putih atau bersih ` atau tidak bermasalah selepas diberikan mandat oleh rakyat. Hanya pimpinan mereka sahaja yang mampu menjawab. Jangan menjawab dengan politik menyedapkan hati, tetapi dengan realiti kekuatan masing – masing. Segerakan bertindak ataupun jalan – jalan ke Putrajaya itu melalui jalan – jalan berdebu atau berlopak. Ingat rakyat sedang memerhatikan kita.
Sepanjang sejarah tanah air, ia ditandai oleh warna warni perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Orang Kaya Dato� Bahaman, Mat Kiau, Dato� Sagor, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Abu Bakar Al-Baqir, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestamam, Yahya Nasim dan lain-lain. Mereka adalah sebahagian daripada nama-nama besar para pejuang yang setia kepada prinsip perjuangan.
Sepatutnya yang bergelar ahli – ahli politik dan pimpinan sepatutnya malu dengan sikap mereka yang berpura – pura mendokongi perjuangan dan menjiwai hati budi rakyat tetapi sebenarnya ` musang berbulu ayam `.
Kegigihan mereka mempertahankan prinsip perjuangan ideologi yang dipegangnya, ketegasan dan ketelusan perjuangannya, kehihidupan yang amat sederhana, bahkan ada yang dikategorikan sebagai tokoh miskin, namun dihotmati dan disanjungi kawan dan lawan.
Amat jelas bahawa perjuangan kemerdekaan turut menggambarkan perjuangan mendapatan kemerdekaan begitu panjang, getir dan berdarah.
Kini para tokoh politik di awal perjuangan kemerdekaan itu yang berpegang teguh dengan prinsip perjuangan sudah tidak ada lagi besama kita. Masih tinggal adalah legasi perjuangan mereka yang demikian murni, buku-buku memoir dan catatat perjuangan mereka untuk dibaca dan dihayati oleh generasi sekarang dan akan datang.
Mereka yang membacanya, tentu akan dapat membandingkan penghidupan getir para pejuang kemerdekaan itu dengan kehidupan mewah yang dinikmati dengan penuh gaya oleh para tokoh politik, khususnya mereka yang bergelar pemimpin rakyat.
Sesekali lagi disebut bahawa  dimana ada umNO dan Be End bersama mereka adalah  wang kerana wang akar tunjang ataupun isi dan kulit mereka.
Hanya mereka dikalangan yang berprinsip sahaja mampu mengelakkannya, walaupun onak dan duri menghimpit perjuangan mereka.

Teman masih belum diuji.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More