Thursday, June 3, 2010

SEGALANYA BERMULA DISINI

Hari ini seramai 40 orang ahli – ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak berkampung di Kota Bharu, Kelantan kerana menjadi tetamu YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dalam Program Seminar `` Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia  ``.
Sejarah terpahat sudah. Pelancaran Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS telah pun disempurnakan oleh  Presiden PAS dalam majlis warna – warni pada 23 Mei 2010 di Dewan Serbaguna Kelang, Selangor, maka dunia dakwah menyaksikan sendiri bagaimana sebuah Parti/jamaah Islam yang memiliki skuad penyokong dan pendokong yang terdiri dari kaum bukan Islam, membenarkan kaum bukan Islam mengundi pemimpin gerakan Islam dan sebagainya.
Hal ini jelas menunjukkan betapa PAS sebuah gerakan yang cukup relevan dalam kosmo hidup majmuk di Malaysia.
Teman diantara banyak – banyak manusia yang cukup terharu dengan pelancaran ini kerana diawal cadangan penubuhannya lagi teman sempat bertukar pandangan diperingkat Negeri Perak, malah beberapa kali bermesyuarat di Kuala Lumpur bersama ` orang kuatnya ` Dr Mujahid  kerana kebetulan teman diamanahkan sebagai Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Perak ketika dahulunya Lajnah Antara Kaum [ HAK ].
Memanglah untuk mengerakkan organisasi yang baru ini memerlukan kesabaran tinggi dan pernah diwaktu teman mempergerusikan Mesyuarat Agung Penubuhan mereka di sebuah hotel di Taiping suasananya amat panas dan mujurlah berkat kita memberikan ` kasih sayang `kepada mereka dan membuka ruang memberikan pandangan, akhirnya mesyuarat tersebut dengan tenang berjaya diadakan. Terkadang terpaksa korban wang saku sendiri untuk menjayakan program mereka. Dalam hal ini teman ` respect ` dengan kawan teman iaitu Mohd Saad tu….beliau ini dilantik oleh PAS Pusat sebagai Ketua Penyelaras Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak.
Segalanya bermula disini.
Sebenarnya teman sebelum ini tidak banyak bergaul dengan bukan Islam. Mungkin kerana ego melayunya yang tinggi dan terasa hebat kebangsaannya. Bermula dengan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris Ke 11, Kuala Kangsar hanya sebilangan kecil pelajar India disana. Masih teman ingat dikepala diantara nama – nama mereka seperti Siva, Ramesh, Subramaniam, Velayhutam dan lain lain lagi.
Ketika teman belajar di Sekolah Menengah Bukit Merchu, Kuala Kangsar barulah hubungan teman dengan bukan Islam semakin terbuka. Diantara ` best friend ` teman iaitu seperti Kalyana, Narayanan, Sasi, David dan beberapa kawan tionghua yang terlepas pandang dalam ingatan, malah begitu mesra dengan keluarga mereka kerana kebetulan diwaktu itu teman tinggal di Kuarters Malay College, Kuala Kangsar.
Pernah dalam satu kempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, ketika teman berada didalam kawasan pilihanraya tersebut, teman diperhatikan oleh seorang India bermotosikal dari mula teman masuk ke taman itu sampai keluar akhir nya beliau mengampiri teman dengan berkata `` Hey… you Kuala mari ` kah?.
Dengan tenang dan dengan spontan teman menyebutkan namanya ` Subramaniam `. Dia terkejut `` Heh…. Macamana you boleh ingat saya punya nama …kita sudah tarak jumpa you sudah banyak tahun. Mesti lah saya ingat….saya politik punya orang.`` kata teman padanya ``. Kah….kah…kah….dia ketawa`. Teman Tanya dia….you mana tempat undi. Dia jawab `` I say ` saya daftar juga belum`` dia menyesalkan dirinya kerana hatinya sudah tertawan dengan DS Nizar.
Pengalaman yang sedikit ini bersama dengan bukan Islam mematangkan perjuangan.Inilah kejayaan PAS setelah sekian lamanya berjuang diladang yang subur ini iaitu perjuangan Islam, akhirnya `setiap yang batil itu akan pergi apabila datangnya kebenaran `.
Kini teman terasa milik mereka. Terkadang mereka berkunjung ke pejabat teman, malah menghubungi teman bertanyakan pandangan dalam satu – satu isu semasa dan pernah juga didatangi oleh seorang paderi yang berminat dengan perjuangan ini, malah ada juga minta membantu menguruskan konflik rumahtangga mereka.
Justeru itu pihak pimpinan di kawasan – kawasan perlu ` memberikan perhatian dan  memahami berbeza pendapat serta ujudkan ` duta kasih sayang ` kepada mereka kerana disitulah kuncinya kelunakkan berdakwah dan janganlah bencinya mereka kepada perjuangan ini kerana benci mereka kepada sikap kita sendiri. Suatu yang amat malang jika ada dikalangan kita beranggapan apa perlu adanya Dewan Himpunan ini dengan hujah kerana kita ada DAP dan PKR. Siapa yang beranggapan demikian mereka berjuang untuk kalah bukannya untuk menang kerana medan utamanya kita ialah berdakwah dan memperlihatkan kehebatan kepada mereka.
Kesedaran kaum-kaum bukan melayu terhadap kebejatan UMNO dan BN telah membuka peluang kepada PAS untuk mendekati mereka sekaligus memperkenalkan Islam dan PAS kepada mereka dan ini termaktub di Fasal 6 dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.
Tanpa Dewan Himpunan ini, adakah benar dakwah kita, sikap kita, hasrat kita sampai ke dada dan sanubari kaum bukan Islam?
Sebenarnya Fasal 6 inilah yang menjadi titik tolak kepada konsistennya anggota Lajnah Perpaduan Nasional bergelut dan bersusah untuk menubuhkan Kelab Penyokong di serata Malaysia dengan satu tujuan, iaitu menekuni dan menginssafi DAKWAH sebenar Rasulullah SAW.
Kini teman tiada lagi dalam organisasi ini dan hanya memberikan sokongan untuk mengerakkannya sekadar dipinggiran sahaja. Namun begitu wajah – wajah baru mampu mengubahnya kerana prinsip teman iaitu ` HARAP dan PERCAYA `. Inilah kunci kejayaan orang berjuang.
Segalanya bermula disini.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More