Muktamar kali ini nampaknya teman tak kesampaian kesana. Nampak gayanya teman kena pergi noreh lee….maksud teman bekerja dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang…lepas tu ` kumbesh ` balik ke Kuale.
Macamana pun teman sempat juge ikuti ` live ` majlis perasmian Muktamar Ulama, Pemuda, Muslimat…walaupun peringkat awalnya kantoi sedikit kerana kadang – kadang suara hilang, gambar tak clear dan sebagainya. Teman akan ikuti hari - hari berikutnya.Syabas juge diucapkan diatas kelancaran perasmian tersebut.
Sebenonya pejabat teman sunyi sesangat kerana semua orang besor, boss dan staf pejabat semuanya dah berkampung ke PUTIK tu….sejak hari selasa. Tinggal le teman jadi hero kampong.
Teman sebenornya tak pergi bukan apa…..kalau semua pergi ke muktamar sape pulak nak lawan puak – puak yang benarkan Negeri Teman Perak ini sebagai destinasi judi bagi zon utara sempena bolasepak Piala Dunia tu. Bukan apa kalau teman ada sekurang – kurangnya deme ` cuak ` juge dengan teman. Nak harapkan tokoh – tokoh agama Negeri teman ` puahh ` baik le deme ` mengholoh ` maksud teman tidor kerana dengan tidornya mereka itu ada ganjaran pingat menanti setiap tahun.
Teman ini hebat tidak….tapi setakat berhujah dengan puak – puak ni…dengan tenang teman ` ngadap `. Maaf teman ` ngochah ` aje.
Blog teman dengantenang ni sebenornya dalam kerja – kerja terakhir kemaskini ` lay out ` baru oleh seorang ` consultant `yang tersohor di Malaya ni. Maklum le…teman cemburu jugak kerana blog kekawan teman macam cinaislam, budak nakal ipoh timor, anakmuallaff, saudagar ubat kuat al banjari dan seorang lagi blog kawan teman yang mana exco perempuan Perak syok dan ` feeling ` padanya tu semua cantek – cantek belaka dengan imej baru mereka. Tercabar kejantanan dan keblogkan teman.
Kesempatan ni teman nak ucapkan terima kasih dan penghargaan tinggi kepada sahabat teman itu yang bernama Ustaz Hisham yang melapangkan masa cutinya untuk bersantai melayani karenah teman untuk menaiktarafkan blog kerdil ini kearah yang lebih TEGAS, ADIL & BERHEMAH. Eh…maaf itu moto polis.
Teman disini, tapi hati teman disana.
Teman disini, tapi hati teman disana.
`` Orang – orang yang berbakti, bertaqwa dan tersembunyi, Jika tidak hadir, mereka tidak di cari dan jika mereka hadir, mereka tidak di kenali ` Riwayat : At – Tirmidzi.
SELAMAT BERMUKTAMAR.
same le kite yob!
ReplyDelete