Wednesday, June 23, 2010

ANTARA IKON DAN IDOLA

 Jiwa teman jiwa sentimental. Kesukaan kepada seni bunyi – bunyiaan seperti nasyid, sajak, puisi, pantun malah berteater juga telah terpahat sejak dikerusi sekolah rendah lagi.
Dengan kemenangan anak kelahiran Ipoh,Perak   sebagai Juara Akademi Fantasia Ke 8 baru – baru ini dengan lagu berjudul ` Kebahagian Dalam Perpisahan ` ada sedikit kebanggan kepada teman.
Sebagai peminat seni teman dan dengantenang mengucapkan tahniah diatas kemenangan  penyanyi Shahir tersebut.
 Teman sebenarnya minat kepada lagu – lagu memuji ketuhanan dan lagu – lagu yang menyedarkan pendengar kepada keesaan tuhannya. Malah terdapat lagu rock yang teman minat senikatanya berbentuk mesej kehidupan diantaranya ` jangan berat jangan kita ringankan, jangan ringan jangan kita beratkan ` iaitu lagu kumpulan Bumiputra Rockers pada suatu ketika dulunya.
Orang yang paling seronok nampaknya dengan kemenangan Shahir ini ialah MB Perak DS Zambry sehingga terpancar ` nyerogen ` hingga ke telinga dalam suatu majlis meraikan kemenangan anak Perak ini.
Dialah ikon baru anak muda Perak`` katanya kepada majlis tersebut.
Teman bukan nak komen tapi nak mengomen….yang teman nak komen, sepatutnya sebagai ketua sebuah kerajaan, beliau beri nasihat seperti Mawi nasihatkan dirinya dan peminatnya ketika menang….world, world jugak…..solat jangan lupa. Solat itulah diantara ikon sebenarnya dalam kehidupan ini.
Mujurlah takde wakil anak Perak dipilih oleh FIFA sebagai Pengadil Piala Dunia…kalau tidak tentu beliau menyebut ` dialah ikon orang – orang bola Perak, ataupun adanya gadis Perak menang Ratu Cantik Malaysia, tentu dia katakan`` dialah ikon wanita Perak ``. Maaf Dato` Seri mengusik aje….sembah derhaka.
Tapi tak salah  teman mengusik, kalau – kalau orang Perak menang taruhan judi bola juta – juta…bole juga kita katakan `` dialah ikon pencinta judi Perak ``. Siapa sangka jika kenyataan, lagipun sebarang keberangkalian boleh terjadi kerana Perak juga  dikatakan sebagai negeri bagi Zon Utara Pusat Judi Bola tu…..
Bila kita bercakap isu ikon ini….siapakah yang paling layak diistyharkan sebagai  ikon. Bagi teman yang layak hanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kerana seruannya kepada menyerukan kepada melakukan kebaikan dan menentang segala bentuk kemungkaran. Tetapi ikon ini sering dicemuh dan dihardik.
Ikon kita sebenarnya disisi tuhannya ialah Nabi Muhammad  s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w adalah simbol manusia agung yang telah menerima segala pengiktirafan, penghormatan dan sanjungan terhadap segala yang telah dilakukan baginda kepada tamadun manusia. Hakikat ini adalah bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam”. (al-Anbiya': 107).
Manakala dalam ayat yang lain pula Allah berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzab: 21)

Biarpun begitu, tanpa memahami akan kepentingan mempelajari sirah akan melahirkan generasi muda yang lebih mengenali sejarah dan latar belakang serta menggilai golongan artis , ahli sukan misalnya daripada menghayati sirah Rasulullah, keluarga dan sahabat baginda. 

Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dan memerlukan anjakan paradigma serta momentum untuk meletakkan Rasulullah sebagai manusia teragung di dalam hidup kita setiap saat dan ketika. Oleh itu, berpandukan aspirasi sirah Rasulullah, umat Islam hendaklah menjadikan Baginda sebagai idola dan ikon di dalam kehidupan seharian serta mengikuti segala arahan dan meninggalkan segala larangan Baginda sepertimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia”. (al-Qalam: 4)
Teman pujikan  juga kepada  rancangan `` Imam Muda `` . Kadang – kadang bimbang jugak,  niatnya baik, tetapi tindakan programnya kelihatan agak `` over ` sedikit perlu diambil perhatian kerana imam – imam yang baik adalah imam yang dipilih oleh makmunnya bukannya yang memilih.

0 comments:

Post a Comment

No comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More