Wednesday, June 9, 2010

JUDI : MAKA SYAITAN PUN GEMBIRA

Baru – baru ini satu Persidangan Khas Syaitan – Syaitan Sedunia telah berlangsung dengan jayanya kearah melebar jalurkan industri judi sempena Piala Dunia 2010 yang berprestij ini. Persidangan itu menyaksikan julung - julung kali diadakan dalam sejarah kemelut dunia.

Sebelum ini bermacam – macam persidangan antarabangsa telah diadakan untuk membentangkan laporan aktiviti. Dikalangan bangsa-bangsa syaitan sedunia juga turut mengadakan seminar, forum, bengkel, diskusi dan sebagainya bertujuan untuk memastikan umat Islam berjaya dipesongkan aqidah mereka atau sekurang – kurang sangsi mereka kepada agamanya.
Dalam forum - forum diatas mereka  membentangkan laporan kertas kerja dan mengambil langkah-langkah wajar untuk terus meyesatkan golongan manusia.
Sebelum ini juga mereka telah mengadakan ` retreat ` bulanan diperingkat kecil bagi memantau perkembangan umat Islam yang  berjaya disesatkan. Mengikut kajian bulanan dari ` Satanic Centre ` yang dibayar oleh organisasi syaitan ini untuk membuat ` reseach ` menunjukkan bahawa dalam banyak – banyak maksiat dan mungkar hanya judi menjadi ` first ranking ` dalam rangkaian ` top five `  selain zina, buang anak, menyokong zionis dan sebagainya.

Dalam  persidangan khas syaitan-syaitan sedunia itu  telah diadakan di tuan rumahkan oleh Negara 1 Malaun. Difahamkan terdapat negara – negara yang industri maksiat hebat dan membangun menolak untuk menjadi tuan rumah. Oleh kerana Malaun ini  diantara negara yang menyokong judi dan memang kesukaanya mencari nama dan indeksnya tinggi  membazirkan wang rakyatnya, maka negara ini terpilih.  
Persidangan itu diadakan di puncak perjudiaan di Negara 1 Malaun yang bertaraf dunia dan bersebelahan sebuah hotel mewah berbintang – bintang dimana tempat maksiat tokoh – tokoh pembesar dan ahli – ahli politik mereka. Persidangan ini dihadiri oleh setiap wakil-wakil syaitan dari seluruh pelusuk dunia hadir dalam dalam persidangan yang dianggap ` penting ` bagi mereka sempena Piala Dunia 2010 itu. Semua perwakilan hadir termasuk dari Bermuda Triangle, sehingga  negeri di Antartika.
Difahamkan persidangan khas ini taja oleh sebuah syarikat gergasi arak yang terbesar didunia dan negara itu juga merupakan tempat  berpengkalannya senjata – senjata untuk membunuh umat Islam sejak 50 tahun dahulu lagi.
Majlis itu telah dirasmikan oleh IBLIS LAKNATULLAH yang bertindak sebagai pengerusi majlis. Setiap yang hadir akan membentangkan laporan-laporan terperinci serta pelan-pelan tindakan yang akan diambil untuk menyesatkan golongan manusia.
Didalam persidangan yang yang bertemakan ` Memperkosakan Dosa & Maksiat  ` dalam majilis perasmian yang  warna – warni ini semua perwakilan berdiri gembira sambil bertepik sorak dan menepuk tangan pabila lintas hormat oleh Tuan Iblis Laknatullah masuk bersalam dengan Ahli – Ahli Majlis Tertinggi mereka. Nampak kesatuan mereka untuk merosakkan anak cucu  Adam ini.
Perwakilan yang mewakili Syaitan Muda membuat ` joke ` dengan menyatakan pada peringkat awalnya kita hampir menangis kebetulan musim ini musim ramai umat Islam berlangsung perkahwinan dan kita  gagal menyesatkan mereka untuk melakukan maksiat, tetapi kita mula gembira kerana mereka mengadakan majlis yang penuh maksiat dari awal hingga akhirnya majlis perkahwinan itu.
Maka tiba giliran wakil tuan rumah iaitu Negara Malaun bangun berucap membahaskan ucapan Iblis Laknatullah menyatakan dalam isu judi ini memang diperingkat awal arahannya nampak mudah kita keluarkan lesen perjudian sempena Piala Dunia ini, tetapi rakyat kami khusus organisasi Gerakan Islam dan parti politik mereka menentang sekeras – kerasnya dan mengadakan demontrasi menentang kami dan kami yakini bahawa bantahan mereka hanya sekadar bantahan kosong kerana kerajaan ini kerajaan kami. Kuasa ditangan kami. Maka bersorak perwakilan dengan bangganya sambil melaungkan ` HIDUP MALAUN ` dan ` MALAUN BOLEH `.
Beliau juga menarik perhatian perwakilan semua bahawa kita rasa gembira kerana tokoh – tokoh agama mereka walaupun tidak bersetuju dan menganggap judi ini haram, tetapi tidak menunjukkan penentangan yang sungguh – sungguh.

Persidangan ini diangap berjaya kerana kes – kes berprofil tinggi di negara umat Islam yang melibatkan dosa - dosa seperti rasuah, minum arak, seks telah berjaya dibatalkan oleh mahkamah dan rekod anti agama maupun murtad terus mendadak tinggi oleh satu kajian dibuat. Manakala pemimpin Umat Islam leka dengan dunia dan isinya.
Dalam ucapan penangguhan Iblis Laknatullah mengingatkan mereka bahawa `SESUNGGUHNYA AKU LEBIH TAKUT DARI SEORANG YANG BERILMU DARI 1000 ORANG YANG RAJIN BERIBADAT TANPA ILMU...` maka semua kita mesti bekerja kuat untuk menyesatkan mereka.
Jangan sekali – kali kita biarkan kita menangis kerana mereka mengamalkan agama mereka. Biarkan kita gembira apabila kita berjaya membawa mereka melupakan janji – janji dosa dan pahala agama mereka. Hadirin yang hadir memberikan tepukan gemuruh sekali lagi.
Maka dengan ucapan penangguhan ketua mereka itu, maka berakhirlah persidangan khas itu. Namun begitu komitmen tinggi Gerakan Islam Sedunia untuk menyekatkan usaha mereka  perlu dihalang. membuatkan syaitan ini dan organisasinya itu terus berhati – hati.

Nota  : Sesungguhnya cerita ini hanya rekaan semata – mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.

1 comments:

Salam,

PAS HALALKAN ARAK DI KELANTAN

1.BN dikatakan menghalalkan judi kerana dalam proses mengeluarkan dan meluluskan lesen judi bola sepak..

2.Kalau ukuran sama digunakan..PAS sebenarnya telah lama menghalakan ARAK di KELANTAN kerana telah mengeluarkan lesen arak di KELANTAN....

adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kelantan

Post a Comment

1 comment:

  1. Salam,

    PAS HALALKAN ARAK DI KELANTAN

    1.BN dikatakan menghalalkan judi kerana dalam proses mengeluarkan dan meluluskan lesen judi bola sepak..

    2.Kalau ukuran sama digunakan..PAS sebenarnya telah lama menghalakan ARAK di KELANTAN kerana telah mengeluarkan lesen arak di KELANTAN....

    adibeta,
    layarbiru15@gmail.com
    kubang kerian,kelantan

    ReplyDelete

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More